Stress and Depression

Assalam. Hi semua. Thanx admin kalau approve cerita aku. Nama samaran aku Samira. Baru umur 25 tahun. Tapi aku mengalami stress dan depression yg sgt teruk. Aku acah-acah Happy Go Lucky walaupun aku sebenarnya tengah emosi koyak rabak.

Ni aku nak cerita punca-punca aku stress. First, aku student part time. Aku kerja sambil belajar. Mula-mula tu aku ingat aku boleh adapt. Tapi makin lama makin teruk pulak. Part exam tak payah cerita la pointer aku memang teruk walaupun aku dah cuba apa yang terbaik setakat yang aku mampu. Parents aku suka bebel sebab aku tak pandai macam anak orang lain. Aku memang nak blame parents aku sebab suruh aku kerja sambil belajar sebab aku tak mampu nak buat dua-dua sekaligus. Selalu jugak akibat komitmen kerja, aku tak submit assignment on the time. Ada lecturer yang faham okay la.. Jadi problem bila lecturer tak berapa nak faham. Kadang-kadang aku rasa lecturer pun benci dengan aku sebab aku susahkan diaorang semua bila tak mampu siapkan segala task yang diorang bagi.Tapi dari sudut positifnya aku tak payah buat pinjaman PTPTN untuk tampung kos aku sebab aku dah bekerja boleh bayar sendiri duit yuran semua tu. Lagi satu aku tak payah pening sebab aku ada skit pengalaman kerja dalam sektor swasta dan kerajaan. Takde la pro sangat tapi bolehlah.

Kat tempat kerja pulak aku stress sebab ada Lady Boss dan masyarakat bermentaliti rendah. So called Islamic sangat! Islamic apanya kalau kerja asyik mengutuk dan membambu orang. Part PHD atau yang penuhnya Perasaan Hasad Dengki tu memang BANYAK sangat. Stress dengan Lady Boss tu sebab dia suka mengutuk hasil kerja aku, cara aku dress up, cara aku bekerja semua serba serbi tak kena. Aku benci nak jumpa dia sebab aku PASTI kena ceramah kalau jumpa dia. Self-esteem level aku akan jatuh merudum tiap kali aku pergi jumpa Lady Boss tu. Actually aku kena culture shock bila kerja kat tempat ni. Cara kerja yang aku guna selama ni 360 darjah berbeza. Okay lain tempat lain cara. Tapi tempat yang sekarang ni memang menolak bulat-bulat segala idea yang datang dari orang bawahan melainkan orang bawahan tu pandai mengipas. Budaya kipas kat sini memang sangat-sangat teruk dan satu hal lagi satu benda yang aku boleh bagi kesimpulan, majoriti orang yang bekerja di sini berfikiran Islam Melayu. Aku pulak dah biasa bergaul dengan masyarakat pelbagai bangsa. Jadi bila orang kat sini cuba brainwash aku, memang aku tak boleh terima. Jumudnya pemikiran yang membataskan Islam dalam lingkungan perspektif Melayu.

Macam kebanyakkan orang , aku buat juga business sambilan. Tapi nasib aku kurang baik, entah macam mana aku terpedaya untuk join satu business ni melibatkan puluh-puluh ribu ringgit. Nasi dah jadi bubur. Sekarang pada usia 25 tahun, aku telah sia-siakan peluang aku untuk beli rumah pertama dengan buat pinjaman peribadi untuk start up business. Urusan pinjaman peribadi aku diuruskan oleh leader. Aku rasa aku macam sedar tak sedar je masa tandatangan semua agreement loan tu. Asalnya pinjaman itu RM50k. Entah macam mana bila urusan dah selesai leader tu boleh cakap, “dik sebenarnya akak buat loan awak RM60k”. Bila aku check online banking total hutang aku termasuk interest RM100k! Paling best aku baru sedar aku bagi dia pegang kad bank aku. Baki
akaun aku dah licin habis. Masa tu la aku rasa bagai dihempap gunung. Sakit terus kepala aku. Demi Allah, memang aku rasa teraniaya sangat-sangat walaupun dia ada bagi barang untuk dijual, tapi barang tu susah orang nak membeli. Aku tak halal dunia akhirat duit yang leader dengan team dia dapat setelah gunakan aku.

Aku tak tahu la aku nak luahkan kat sapa hal-hal ni semua.Aku susah nak percayakan sesiapa termasuk parents, adik-beradik, kawan-kawan dan bakal suami. Serius memang aku rasa aku looser dan down sangat-sangat. Macam nak pergi commit suicide pun ada. Tapi banyak kali aku fikir, kalau aku pergi bunuh diri, dah lah roh tergantung tak diterima langit dan bumi. Nabi tak mengaku umat. Takkan aku nak tinggal beban hutang kat family dan adik beradik. Benda tak selesai pun kalau aku pergi mati bunuh diri. Aku tengah usaha buat macam-macam kerja part time untuk cover hutang. Tolonglah doakan aku kuat dan berjaya bayar hutang aku cepat-cepat sebelum aku kahwin tahun depan dan berjaya hadiahkan parents aku rumah teres yang diidam-idamkan. Moga dengan doa korang aku akan berjaya hadapi waktu susah ni. Thnx.

– Romi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit