Stress budak sekolah

Salam semua, saja he saya nak share pengalaman body shaming waktu muda-muda dulu.

Nak cerita, masa saya form 2, selalu sangat budak budak laki bila lalu je tepi saya mesti selalu kata 'eeeeeee~'. Boleh bayang tak perasaan masa tu? Memang tak tahu nak cakap apa la. Ya, sejujurnya memang tak cantik, tak putih, tak kurus, tak bersih pun muka. Tapi waktu sekolah saya memang introvert, memang tak layan laki pun. So macam tak faham kenapa lelaki lelaki tu cari pasal.

Dan saya bukan perempuan yang akan berlawan cakap dengan budak lelaki, introvert sangat sampai malas nak bertekak. Tapi perit sangat rasa dalam hati. Sampai satu hari tu, menangis tak nak pergi sekolah.

Dengan parents pun tak nak share, puas la menangis-nangis tak nak pergi sekolah. Tapi parents tak faham juga, sebab malu sangat nak cerita dengan parents. Waktu tu, ada pakcik duduk sekali, pastu dia la yang pujuk suruh pergi sekolah jugak. Dia tanya la, kena buli ke kat sekolah. Diam, tak jawab. Tengok tingkap luar, menangis.

Pastu benda tu masih lagi sampai form 4 ke form 5 tah. Budak laki tu tak ejek obvious sangat, tapi diorang have that kind 'weird look'. Ntah, comot sangat ke tak tau nak cakap apa. Tapi basically that is one of the reason kenapa sampai sekarang jadi introvert.

Benci laki tu takda la, tapi sebolehnya malas nak cakap dengan laki. Jangan cakap introvert ni senang nak ubah, sangat susah. Tapi saya ambil initiative sendiri, masuk universiti, nak berubah, nak jadi outspoken. Tapi tak senang. Confidence level 0, present kat depan gagap. Lagi lagi uia kan kena speaking.

Tapi alhamdulillah, sekarang nak present ada la confidence balik, tapi kat depan je boleh present, bila duduk balik terus jadi introvert hahaha. Sorry sangat dekat classmates, groupmates, coursemates, dan semua orang especially laki laki yang saya tak tegur dan tak pandai mix. Saya bukan macam perempuan lain.

– Aiyaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Jangan rasa down
    Bukan salah awak
    Tp.salah laki tu sbb g kacau awak
    I think u should learn to be more confidence..hehehhe…mula2 memamg payah lama2 okay la…believe me

  2. Confident akan dapat bila kita byk bergaul (carilah kawan yg baik dan positif)… Skang kan musim raya… Kalau tak reti nak borak… Dgr jer apa yg diorg borakkan… Nyampuk jer ckit2 kalau perkara yg diborakkan ada yg kita tahu maklumatnya… InsyaAllah… Confidence diri kita akan build up sedikit2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *