Stress Sahabat Aku

Assalamualaikum. Nama aku la. Sejak sekolah rendah sampai sekarang orang susah nak ingat aku. Kira aku kurang femes lah. Aku asal dari Kenyalang. Umur 20 lebih, sekarang kerja office hour. Aku anak bongsu dari 3 adik beradik. Dari semua adik beradik aku yang paling berdikari dan awal mendapatkan pekerjaan sejak umur 18.

Nak dimulakan cerita sekarang aku dah berkahwin. Aku anak bongsu. Orang cakap anak bongsu untung manja. Yes aku manja dan rapat dengan bapak aku. Sebab tu aku yang paling sedih tenhok keadaan ni. Abang aku dah kahwin dan kakak aku pon dah kahwin. Kami semua masih menetap di rumah orang tua.

Benda ni aku rasa nak share sebab buatkan aku stress tahap nak jumpa kaunseling, tapi tak mampu. So aku mampu buat ni je. Kot2 abang kakak aku bace boleh jugak dieorang taubatun nasuha kot.

Disebabkan aku yang paling awal kerja, so aku tahu how hard cari duit, so rezeki aku kongsikan kat mak bapak aku, tolong apa yang mampu walaupon bapak aku masih kerja. Tapi untuk umur dia aku sedih tengok dia masih bekerja keras demi nak sara kakak abang aku yang tak faham kepayahan orang tua.kakak abang aku dah lerja tapi tak macam kerja, masih mengharap duit orang tua.

Disebabkan aku paham nak kurangkan beban mak bapak aku kat rumah aku tak pernah nak bermalas malasan. Apa yang mak bapak aku mintak tolong semua aku buat. Aku berjimat sehabisnya sebab aku tahu macam mana susah nak cari duit untuk bayar bil setiap bulan 300 lebih. Aku sentiasa masak sebab aku rasa syukur sebab mak bapak aku bagi tinggal sini sementara tunggu rumah kiteorg siap. Sampaikan ” me time ” memang tak ade.

Mak aku takut kat abang aku. Sampai nak tegur sepatah haram tak keluar perkataan kat mulut mak aku. Bapak aku cakap takut abang aku lari bawak anak bini cucu2 dia lari. Apa korang rasa kalau mak bapak kandung takut kat anak, rasa kalau boleh nk tuhan makbulkan segera doa supaya abang kakak aku berubah.

Abang dan kakak aku dudok kat rumah mak bapak aku 1 sen haram tak pernah keluarkan duit. Bukan bawah tanggungan dah kahwin kot. Tapi demand tinggal kat sini siang malam guna aircond, yang menghadap bising bayar bill bapak aku (bill hanya aku dan bapak yang share bayar. Tapi bapak hanya mengadu kat aku je, macam semua beban aku rasa kat atas bahu aku. Aku nak tolong banyak tak mampu sebab gaji aku kecik. Lepas byr kereta dan mkn sebulan, lebihnya aku bagi kat mak bapak).

Kalau kat rumah, diaorang ni tak pernah berganjak dari depan TV selain nak ke tandas or nak makan. TV dibukak tangan tak lepas pegang hp, Kalau lepas makan tak pernah nak cuci pinggan mangkuk sendiri, apa lagi nak cuci kan untuk mak bapak aku. Memang haram nak ambik pahala tolong orang tua kandung. Nak masak untuk makan?? Masak untuk diri sendiri, kalau malas masak makan kat luar.

Kalau ajak mak bapak aku keluar makan pon bersebab, sebab nak bapak aku yang bayarkan… Haram nak sedekah kat mak bapak bagi makan. Nak hulur setiap bulan apa lagi.memang tak pernah. Same jugak kat kakak aku. Mak aku mengadu mesti kat aku. Bapak aku kerja buruh je. Mak aku petani.

Abang aku lebih suka sedekah kat bitcoin, online gamble, kat rokok. Untuk anak pon mak bapak aku yang berhabis, beli susu beli pampers beli ape lagi. Just named it. Sebab tu aku cakap 1 sen haram pon tak keluarkan duit. Untuk pengetahuan, abang aku ade kerja yang tetap.

So bab kakak aku pon sama sebijik dengan abang aku. Just kakak aku kaki mengarah. Rumah kotor lah… Siapa yang sepah sepah bla bla bla bla…. Tapi diri sendiri tak de nye nk mngemas. Kalau masa makan, semua tak sedap, berminyak tak berkhasiat lah tu lah ni lah semua kurang, tapi sendiri tak pandai masak pon. Harap aku dan mak je yang masak.

Aku nak share ni bukan nak burukkan diaorang just aku nak suatu hari nanti both of them baca ni dan insaflah dari menyusahkan mak bapak aku. Aku kat rumah ni dah rasa macam maid. Aku kesian kat mak aku kalau masa aku tak ade kat rumah nak kene layan kerenah kakak abang aku dan ipar aku. Adakah hati abang dan kakak aku dah mati sebab dah takde rasa kesian kat orang tua aku.

Mak selalu cakap, mak bukan nak duit sangat, tapi kalau hulur sedikit untuk tolong setiap bulan bukannya salah. Korang pon dudok sini sama sama. Setiap aduan semua mak mengadu kat aku.

Untuk korang yang baca ni tolong dokan kakak dan abang aku lembut hati kesiankan orang tua aku. Sebab lepas ni aku pon nak pindah dah. Aku cakap kat mak, aku tak dapat nak hidup bersama dieorang, takut hari hari buat dosa mengumpat adik beradik dalam hati. Aku cakap nak pindah sebab tak nak suatu hari nanti aku bergaduh dengan mereka.

Mak izinkan aku pindah. Mak cakap dia faham. Harap korang doakan mereka supaya segera diberi hidayah untuk boleh berfikir menolong orang tua aku sama sama. Mungkin ada doa antara korang yang termakbul tanpa hisab. Aku tak sanggup nak tengok mak asyik mengadu kat aku letih semua benda kat rumah dia yang buat masa aku tak ade.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca luahan saya.

– Ian moone

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *