Stress dan Sering Dibanding-bandingkan Dengan Mertua

Assalamualaikum, namaku Fasha. Berusia 33 tahun, sudah berkahwin dan tidak memiliki anak. Aku berkahwin pada tahun lepas, iaitu pada bulan 3, sebelum PKP bermula.

Everything was fine pada awalnya. Bahagia bersama suami tercinta. Aku berkenalan dengan suami semasa kami melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah di universiti yang sama.

Pada bulan puasa tahun lepas, aku bergaduh besar dengan suamiku kerana sifatnya yang suka membanding-bandingkan aku dengan maknya. Sikit sikit mak.

Pada awalnya aku anggap itu sebagai bahan jenaka dan pembakar semangat untuk aku menjadi lebih baik seperti emaknya.

Lama kelamaan, aku merasa low self confidence, mudah terasa hati dan merajuk. Suamiku meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Namun, perkara yang sama terjadi berulang kali. Bukan itu sahaja, layanan terhadap aku begitu berbeza mengikut moodnya.

Sekiranya salah timing call, suami akan meninggikan suara. Kadang-kadang makian juga aku terima.

Tetapi apabila emak, ayah atau adik suami call, mood yang tak baik, bertukar jadi baik. Aku terasa hati apabila terjadi seperti ini berulang kali.

Dan as expected, perkara tersebut berulang kembali pada minggu lepas dimana aku terlalu letih untuk memasak, kerana aku pon bekerja. Jadi aku mengajak suamiku untuk makan malam diluar.

Namun apa yang ku dapat adalah, “awak ni malas”. “Kenapa tak boleh jadi macam mama?” “mama masak sedap, mama rajin masak tanpa mengeluh”.

Aku terus menangis dan suamiku cuma membalas beliau tidak bersalah. Beliau menyatakan perkara yang benar. Hancur hati aku.

Ya… kami baru mendirikan rumah tangga dan baru sahaja genap 1 tahun. Tetapi kehidupan suami bersama emaknya sudah selama 35 tahun.

Adilkah untuk membanding-bandingkan antara emak dan aku, isterinya? Adakah aku tidak penting dalam hidupnya?

Untuk pengetahuan pembaca, aku akan masak 4x seminggu. Weekend (ahad) sahaja aku tidak masak.

Aku tidak menyuruh suamiku membuat kerja rumah. Dan rumah kami tidak bersepah kerana hanya kami berdua sahaja yang tinggal disitu.

Setiap bulan akan balik ke rumah emaknya yang terletak di Seremban. Kampungku pula jauh di Selatan. Maka, jarang-jaranglah balik.

Aku sedih kerana jauh dari keluarga dan suamiku sering membanding-bandingkan cara kerja aku, cara mengemas dan cara masakan. Tidak pernah dipuji.

Aku okay sahaja. Aku sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sehabis mampu aku.

Jarang sekali mengajakku pulang ke kampungku. Ye lah, PKP. Tapi ke Seremban boleh pula. Aku turutkan sahaja kerana beliau Suami.

Akhir kata, doakan aku boleh menjadi sebaik emaknya. Doakan aku bahagia dan aku percaya ini sebahagian dari pahit manis kehidupan berumah tangga.

Sekian…

– Fasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *