Student Gay

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Nama aku Hairul (bukan nama sebenar). Aku merupakan pelajar tahun 2 di sebuah IPTA di di Malaysia. Kalau admin siarkan confession aku ni, aku ucap berbanyak terima kasih dekat admin. Jadi di sini aku nak confess tentang kisah hidup aku dan macam mana aku struggle nak lawan naluri songsang ni, in fact memang sedang struggle hingga ke saat ini sebab selama ni aku tak pernah mengadu dekat sape2 selain Allah dan segalanya aku pendam sendiri. Ini barulah bahagian pertama daripada confession ini dan jika pihak admin siarkan confession ini, in Sha Allah aku akan sambung di bahagian kedua secepat mungkin

Jadi aku mulakan cerita aku. Aku merupakan budak lelaki yang dilahirkan lelaki dan bukannya lelaki lembut jadi luaran aku sama macam budak2 lelaki yang lain. Ibu bapa aku pula sangat strict jadi ketika zaman sekolah rendah alhamdulillah pelajaran aku bagus dan aku merupakan best student sehinggala habis UPSR. Jadi ketika aku masuk sekolah menengah, bapak aku masih nak aku kekalkan momentum tu jadi dia tak bagi aku bercinta dan ada makwe sehingga habis sekolah. Aku tak tahu kenapa dia fikir macam tu mungkin sebab dari pemerhatian dia remaja mudah rosak bila bercinta. Jadi aku ikutkan dan akur. Pernah sekali ketika aku di tingkatan 3 aku kene marah dengan bapak aku sebab result aku jatuh masa pertengahan tahun. Dia tuduh aku leka bercinta padahal aku down sebab aku banyak main dan tak focus dalam kelas. Tapi alhamdulillah aku bangkit dan PMR aku merupakan best student lagi dalam sekolah.

Keadaan ni berterusan sehinggalah aku form 4 dan form 5. Aku cuba elakkan diri dari bercinta atau jatuh cinta, jadi semua kawan perempuan dan kawan lelaki aku anggap sama je. Sehinggalah aku habis tingkatan 5, aku masih suci dan tiada makwe dan tak pernah bercinta. Hahahaha dan alhamdulillah result SPM aku cemerlang dan aku jadi best student lagi di sekolah dan nama aku juga disebut2 dekat sekolah2 jiran yang sama daerah.

Kemudian, aku melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi. Di sinilah aku perasan ada yang tak kena dengan aku. Masa sesi pendaftaran, aku berjumpa dengan ramai orang dan muka2 baru dan aku mula kagum bila lihat lelaki yang bermuka handsome. Di hatiku seolah terlintas “wah, hensemnya mamat ni”. Pada mulanya aku anggap ia perkara biasa sebab baru jumpa orang baru selama ni kerana di sekolah asyik jumpa muka classmate yang sama je setiap tahun naik muak dibuatnya hahaha.

Jadi dekat matrikulasi ni, setiap kali aku nampak lelaki handsome aku macam “wah hensem mamat ni”, “leh tahan jugak hensem mamat ni” macam tu. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana dekat pembaca. Lebih kurang macam kita nampak perempuan lawa la lepastu terkesima seketika. Haa, lebih kurang macam tula. Yang peliknya, banyak je perempuan lawa dkt sini tapi aku macam takde perasaan nak stare lama2 macam orang lain duk usha awek. Tiada definisi cantik dalam hidup aku untuk puji perempuan ni. Kalau kawan aku cakap “lawa weh minah tu” aku pun macam “oh yeke, hmm lawa-lawa” padahal aku tak pandang pun minah tu and aku just cakap untuk jaga hati kawan aku je. Kehidupan di matrik berjalan seperti biasa aku belajar macam biasa tanpa hiraukan perkara remeh-temeh tu sehinggalah ada seorang classmate aku yang lelaki ni approach aku. Dia kata dia nak belajar sekali dengan aku. Dan sejujurnya aku katakan, muka dia memang handsome aku gelar dia si A. Jadi aku selalu la belajar dengan dia, siapkan tutorial dengan dia, buat lab report dengan dia dan ajar dia apa yang dia tak tahu dan kurang faham. tujuan si A ni masuk matrik sebab nak tebus kesilapan zaman sekolah dia yang tidak membolehkan dia memilih course idamannya untuk sambung belajar. dan aku dapat rasakan keikhlasan niat dia jadi aku tolong dia. Dan lama-lama jadi macam kawan rapat la sebab apa2 dia rujuk aku. Dia pun baik dan banyak jugak tolong aku dalam hal yang bukan pelajaran la.
Dalam masa yang sama, ada jugak classmate aku yang perempuan approach nak belaja sekali, jadi aku, si A dan beberapa kawan perempuan lain belajar sama2 jadilah study group. Tapi masa aku banyak habis dekat si A la sebab sama2 lelaki boleh buat kerja dekat bilik je. Bila dah siap kerja, borak, main game dekat phone dan sebagainya.

Tapi aku sebenarnya ada banyak je kawan lelaki dekat matrik ni juga, roommate, classmate dan kenalan lain tapi tak serapat macam dengan si A ni la. Lama2, aku rasa macam ada sesuatu perasaan dekat si A ni seolah-olah aku suka dia, aku suka tengok dia, aku suka bila dia ada dengan aku, aku rasa selesa bila die ada, aku suka spend time dengan dia dan inilah pertama kali aku rasa perasaan tu sepanjang 18 tahun aku hidup. Mula2, aku abaikan je la perasaan tu tapi lama2 perasaan tu makin menjadi2. Aku mula rasa tak selesa bila dia borak pasal awek dia, aku mula tak senang bila tengok dia dengan kawan lelaki dia yang lain. Ya dan aku mula sedar tu perasaan cemburu, tu perasaan jealous, sakit sangat rasa hati ni tu first time aku rasa. Tapi aku cuba kentalkan hati. Agaknya macam ni la kot rasanya bila kawan2 aku kata dia jealous tgk awek dia dengan lelaki lain atau bila awek die curang la.

Masa tu aku baru 18 tahun, aku naif dan confused dengan perasaan aku sendiri. Aku selalu salahkan diri aku kenapa aku boleh ada perasaan macam ni. Tapi yang bagi advantage bila dekat matrik ni, jadual sangat busy dan pack, pagi kelas sampai petang lepastu nak kene siapkan tutorial, lab report lagi, kalau ada quiz dan test nak kena study lagi. Jadi sedikit sebanyak perkara2 begini dapat alihkan perhatian aku daripada melayan sangat perasaan ni walaupun sakitnya memendam rasa tu Allah je yang tahu. Memendam rasa takpe lagi, ini memendam rasa yang salah.

Pejam celik, pejam celik setahun pun habis dan peperiksaan akhir semester 2 pun hamper menjelang. Lepas tu beberapa hari nak exam, si A ajak jumpa lepastu dia kata dia berterima kasih sangat2 sebab aku selalu ajar dia dan dia rasa lebih yakin sebab budak matrik je yang tahu betapa susah nak manage masa dengan syllabus yang banyak dan susah. Masa tu entaha tiba-tiba aku rasa macam nak menangis lepas tu balik bilik aku menangis mungkin sebab aku sedar habis exam nanti, maka kami dah selesai matrikulasi dah tak boleh jumpa dan lepak selalu dengan si A sebab kami tinggal di lain negeri dan aku akan kehilangan dia. Tapi aku cuba untuk tabah dan aku hargai masa2 terakhir lepak dengan si A. Lepas habis matrikulasi, aku ambil masa lama untuk move on, untuk lari dari perasaan ni walaupun sakitnya memendam rindu, rindu pada orang yang salah pula tu. Dan aku dan si A masih selalu contact juga tanya khabar walaupun dah tak face to face dah. Dalam masa yang sama juga, aku struggle nak pujuk hati sendiri dan lama2 aku boleh terima dan redha aku cuba kosongkan dan suppressed perasaan dan hati aku macam zaman sekolah dulu.

Dan alhamdulillah result matrik aku bagus. Si A pula orang yang pertama whatsapp aku tanya result dan dia sangat gembira sebab result dia memberangsangkan dan dia ucapkan terima kasih pada aku. Tapi tu semua atas usaha dia sendiri yang rajin. Aku ni cumalah menolong yang mampu yang lain tu daripada Allah. Selepas beberapa bulan, aku dapat sambung belajar di IPTA yang agak terkemuka di Malaysia ni dan si A pula dapat sambung di universiti pilihannya dengan course yang sangat diidamkan.
Nanti aku akan sambung tentang life aku di universiti pula di mana semakin besar dan berat ujian yang datang membabitkan soal hati dan perasaan yang aku tanggung kepedihannya seorang diri.

– Hairul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit