Student

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku adalah seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda (electrical & electronics engineering) di sebuah universiti tempatan yang terletak di negeri Pahang. Okay sekadar itu sahaja pembuka bicara daripada aku. Seperti yang kita tahu kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak lari dengan kesibukan menghadap assignment, test, quiz, lab dan sebagainya. Tapi di sini aku hanya ingin bicara tentang beberapa perkara yang aku rasa agak tidak kena.

Yang pertama, Assignment. Haaaaa, mesti korang rasa aku akan cakap pasal komitmen kerja berkumpulan kan? Hmmm, tak. Sebab aku rasa perkara sebegini agak general dan sering kali berlaku, so aku tidak akan membicarakan soal ini. Apa yang aku ingin luahkan disini ialah penggunaan “software analisa” . Boleh dapat tangkap apa yang aku ingin sampaikan? Okay aku akan terangkan berdasarkan dengan bidang pengajian aku iaitu bidang kejuruteraan. Seperti yang kita tahu, pelajar2 engineering memang akan menggunakan software untuk membuat sesuatu analisa. Apa yang aku kurang puas hati ialah lecturer langsung tidak mendedahkan cara penggunaan software tersebut. Okay aku akan terangkan berdasarkan real situation, sebagai contoh, aku diberikan tugasan untuk menyelesaikan sebuah “equation” dengan menggunakan software Matlab/Simulink dan diberikan masa 10 hari untuk submit dengan full report dan simulation file. Fuhh mana lah aku nak cekau segala ilmu Matlab tu dalam masa sebegitu pendek di mana tidak diberikan sebarang pendedahan langsung cara penggunaannya. Bila tanya lecturer “ macam mana saya nak selesaikan assignment ni Dr sedangkan saya tidak mempunyai knowledge untuk menggunakan perisian tersebut ” dan pertanyaan tersebut dibalas “awak perlu belajar sendiri”. Fuh, masa tu redha je laa, nak tak nak kena explore sendiri. Haaaa, mesti nanti ada orang comment kat aku cenggini : “takkan semua nak kena suap kot”, “aku dulu lagi teruk kena tapi boleh je handle”. Kan kan kan. Kau komen macam tu, aku boleh gelakkan je. HA HA HA.

Kesan jangka panjang, terutamanya untuk final year student di mana mereka semua akan hadapi dengan Final Year Project (FYP). Dah lah almost semua projek kena guna Matlab, aku kesian pulak tengok abam2 and kakak2 tu struggle nak faham guna perisian tersebut.
Kesan jangka tengah, copy assignment orang. Haaaa, ni lah salah satu punca bila kita dah buntu dan tak tau nak buat macam mana dengan assignment tu. Dah cuba pelbagai cara nak buat, tapi tak dapat, apa boleh buat. Ha Ha Ha. So, pada pendapat aku, better pihak universiti buat kelas untuk menggunakan perisian seperti Matlab, Pspice, Autocad, Proteus, dan sebagainya. mungkin universiti yang lain ada, tetapi universiti aku takda.

Yang ikhlas,
Abam yang sedang berusaha untuk menjadi seorang jurutera yang Berjaya, bukan sekadar buat kerja ala kadar, tapi biarlah terus lekat dalam kepala otak untuk digunakan pada hari yang akan datang. Biarlah result tak hebat tapi apa yang aku inginkan sekarang ialah ilmu yang berguna di mana aku akan berpuas hati bila dapat menyelesaikan sesebuah permasalahan dengan kudrat sendiri.

– ariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit