Suami Aku Perfect

Suami aku ialah seorang yang perfect. Beragama, dulu sekolah agama, pandai sampai belajar oversea dan berasal dari keluarga baik-baik. Kalau tanya keluarga besar dan orang yang kenal semuanya sangat hormat dan kagum dengan family mentua aku ni.

Anak-anak ramai semuanya belajar tinggi, sekarang ada yang jadi doktor, enginner, pensyarah dll. Ayah mentua pun dulu kerja kerajaan sekarang pencen jadi imam masjid, mak mentua pun pakai tudung labuh hitam. Kiranya dari segi background tak ada cacat cela dah.

Tapi, dah 7 tahun dia tak ada kerja tetap. Hah, lawak kan. Masa kahwin dia kerja, lepas setahun dia berhenti, lepastu ada la sekali kerja dalam beberapa bulan, tiba-tiba berhenti, tu pun tak bagitahu aku, tahu-tahu ada je tidur kat rumah. Pelik, degree ada.

Bukan orang tak tahu hukum agama, tak tahu kewajipan nafkah. Aku pun tak faham kenapa dia tak nak kerja, sekarang sibuk dengan parti politik pula, malam-malam keluar meeting, weekend pun sama. Sibuk dia mengalahkan orang bekerja. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Aku siap buat excel file, perbelanjaan bulanan kami sekeluarga, aku boleh tolong tapi bukan 100%, maksimum 50% je. Dia kena tanggung sekurangnya 50% lagi sebab memang tanggungjawab dia.

Aku tak masukkan bayaran kereta aku, duit aku bagi parents aku, makan pakai pun aku letak minimum. Lepas aku tunjuk tu dia “ok” je. Lepastu balik perangai sama, kalau tak ada aktiviti politik, tidur siang malam pagi petang. Tu yang paling aku geram.

Aku cerita kat adik2 perempuan dia, diorang hanya mampu kesian je kat aku, bukan senang nak tegur abang dia. Cerita kat mak mentua, suruh aku sabar dan nasihat gitu2 je. Haha, walaupun anak dia dah berdosa bertahun tak beri aku dan anak-anak nafkah. Malah aku pulak yang menafkahi dia.

Keluarga beragama ni bila dia diuji dengan ahli keluarga sendiri susah kan nak tegur, walaupun dalam hal jelas dosa pahala. Suami aku pun sama, dia pun rasa diri dia bagus.

Kalau aku mengadu duit tak cukup ke contohnya, dia akan balikkan semula salah tu pada aku “jangan shopping” tak pun dia pernah bagi idea bernas suruh aku buat kerja sampingan dropship ke apa. Ahaha genius! aku kerja dengan gaji 7k, aku bayar tanggung semua, aku juga yang kena buat dropship.

Hahaha, suami aku ni memang pandai menasihat dan bercakap, sesuai sangat lah nak jadi politician tu. Kadang-kadang aku bising, bangun pagi lepas subuh tu tolong la aku siap anak-anak, beg bagai nak ke taska/tadika/sekolah sebab kami selalu lambat huhu.

Anak kecik-kecik kot, kau bayangkanlah pagi tu kelam kabut macam mana. Dia pulak selalu tidur balik lepas subuh sebab selalunya malam balik lewat meeting parti politik dia lah haha. Bila aku mengadu pagi anak-anak selalu lambat sampai sekolah dia nasihatkan aku balik “malam sebelum tidur siapkan semua barang-barang sekolah” tak pun bangun awal sebelum subuh.

Ye betul dah nasihat dia tu. Betulllll sangat, but again, aku jugalah yang kena buat, dia tidur je macam tunggul tak apa, sebab penat berpolitik ni untuk ummah kononnya. Hahaha!

Aku stress sampai jumpa kaunselor kat tempat kerja, dia kata aku tak depression lagi tapi stress kronik. Kronik tak kronik la kadang-kadang aku rasa macam tak betul pun ada haha. Anyway kaunselor tu nasihatkan aku jumpa orang yang suami aku dengar cakap dia. Aku rasa dia dengar cakap ayah dia.

Masalahnya aku tak ada lah rapat sangat dengan ayah mentua, lagipun kesian dia sakit pula sekarang ni. Kawan lawyer aku siap tanya “kenapa tak failkan tuntutan nafkah?”… tak tahu nak jawab apa, sebenarnya tak tahu pun boleh tuntut nafkah walaupun masih dalam perkahwinan.

Parents aku lama dah hint macam kalau bercerai pun diorang tak kisah. Walaupun parents aku cakap, apa-apa pun keputusan aku, bukan keputusan diorang. Entahlah wei, bab cerai berai ni satu benda yang sangat berat untuk orang perempuan.

Ah jangan pula ada yang cakap aku sanggup tersiksa semata-mata itu lah, asal berlaki lah, takut jadi janda lah pula. Cuma, banyak benda aku kena consider, anak-anak terutamanya. Kalau korang ada kenalan yang dalam masalah perkahwinan ni tolonglah beri support, penceraian ni benda besar dan sangat berat untuk seorang perempuan.

Aku ada keluarga yang menyokong, ada pendidikan (phd), ada kerja ada gaji alhamdulillah, dalam keadaan begini pun sangat berat untuk bercerai. Walaupun aku tengah kumpul kekuatan, terutama dari segi emosi, sebab emosi aku akan mempengaruhi emosi anak-anak. Korang doakan aku kuat ye, untuk keluar dari keadaan ni.

Bagi yang belum berkahwin, doa lah banyak-banyak. Sebelum kahwin aku tengok agama, latarbelakang keluarga, pendidikan semua bagus elok. Kami tak bercinta, dikenalkan melalui orang tengah. So kenapa jadi gini? aku lupa tengok akhlak. Marah dia macam mana, stress dia macam mana, down dia, akhlak dia bila ada masalah, akhlak dia bila dia salah.

Aku rasa masalah juga dia dari kecik selalu kena puji tak biasa gagal. Bila kahwin ada masalah tak boleh cope, bila kerja ada masalah terus berhenti . Dia nak benda perfect semua mana ada. Aku kerja pun macam-macam cabaran ada, tapi aku bertahan la juga untuk diri sendiri dan anak-anak.

Sayang? Entah aku tak tahu. Yang pasti tak adalah aku ni jenis cinta mati kat dia, cuma ikatan perkahwinan ni tuhan dah cakap ikatan yang kuat, aku cuba selagi boleh. Cuma aku sedih, kenapa dia tak fikir benda sama.

Maaflah sebenarnya tak ada kesimpulan pun cerita aku ni haha, cuma aku triggered bila baca cerita adik yang ayahnya poligami anak berbelas-belas tapi terabai tu sebab ayahnya aktif politik. Haha ada sedikit persamaan disitu. Lepastu terasa nak meluah je.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/apalah-manisnya-poligami-jika-hanya-pandai-menabur-benih/).

Sebab sekarang ni cuti sekolah, aku keluar pergi kerja dia dalam selimut, aku balik pun sama.. Hahaha nasiblah terkahwin dengan tunggul. Tapi dia tunggul dekat rumah je, bila keluar cakap pasal politik pehhh bagus betul gayanya, silap-silap boleh ganti daie farhan pula lepasni kah kah. Jadi daie farhan pun lagi bagus, kurang-kurang kau bercakap dapat duit. Opsss.

– Ahkak Gomen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *