Suami Beristerikan Kawan

Salam sejahtera semua pembaca

Suami saya bekerja waktu biasa setiap Isnin hingga Jumaat. Dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mempunyai 2 buah motorsikal, satu 125z (pergi ride dan lepak) satu lagi motorsikal LC untuk kegunaan kerja. Suami kerja sebagai kerani bergaji RM2500 ke bawah.

Saya pun seorang isteri bekerja dan mempunyai 2 orang anak perempuan, berusia 3 tahun dan 6 bulan.

Kelebihan suami, buat kerja rumah sikit2, boleh beri saya semua gaji dia untuk urusan bayar duit rumah sendiri, bil2 dan lauk sikit selepas dia ambil RM700 untuk belanja dia dan beri pada keluarga dia sedikit.

Kelemahan suami,

DUDUK RUMAH.

Suami akan bermati matian kerja part time sabtu ahad, kadang2 ambik job pasang dan bukak khemah dengan kawan waktu hari kerja biasa. Dan duit dari part time tu satu sen pun dia tak kan guna untuk topup apa yang tak cukup. T

ahun depan anak yang 3 tahun masuk sekolah yang kena balik pukul 5 petang, yuran setahun 2500, saya yang kumpul dan bayar sorang.

Kalau ikut dia, anak tak payah sekolah lagi masa 4 tahun. Tapi anak di rumah pengasuh sangat kuat tengok tv sampai nampak la perubahan anak yang sangat susah nak fokus tu.

Duit dia pergi mana?

Seminggu sekali kalau makan luar, dia akan belanja. Itupun tak kan lebih RM50. Kalau boleh RM40 pun tak boleh lebih. Kalau lebih saya kena tambah.

Part time sehari dapat RM100 kalau sabtu atau ahad kerja tu, tapi dalam minggu tu walau berapa kali makan luar dia hanya akan bayarkan yang sekali je.

Lama kelamaan saya jadi bengang. Penat menjaga anak seorang diri selama dua hari Sabtu dan Ahad. Suami balik jam 6 petang. Duit yang suami dapat dia simpan untuk upgrade 125z dia sikit2.

Satu lagi kelemahan suami saya, kalau esoknya Sabtu atau Ahad suami takda part time dia akan lepak. Alasan dia akan cakap sebab kan dia kerja dia dah lama tak lepak.

Saya cakap jugak kalau kerja cukupkan apa yang saya kena bayar takpe jugak, ni bekerja dapat gaji simpan sendiri untuk beli barang motor.

Dah dia tuduh saya mata duitan pulak. Tak cukup2 duit.

Kereta saya nak repair pun dekat RM2000 pun dia tak tolong RM1 pun. Alasan dia asyiklah takda duit. Tapi kalau tak repair saya tak boleh pergi kerja pulak. Anak2 nak hantar pengasuh kena naik kereta sebab yang kecik pakai car seat kan.

Tulah masalahnya yang saya tetap kena repair jugak kereta. Duit rm2k tu saya dapat dari gadai barang saya. Berhutang jugaklah.

Saya tulis confession ni lepas dengar suami sembang dengan kawan dalam telefon dia. Ahad ni ada 125z member kat Pantai Remis, tapi dia tak dapat pergi sebab ada kerja part time.

Sakit hati saya dengar dan saya terus berasa saya ni macam babu dia pulak untuk jaga anak time dia takda g kerja atau ride dengan kawan.

Suami saya kalau saya bantah dia pergi ride dia akan cakap jomlah pergi. Dia ajak saya pergi. Tapi dalam masa yang sama dia tahu saya tak boleh ikut sebab sabtu ahad susah sikit nak hantar anak kat pengasuh.

Setakat ni suami belum lah pernah pergi ride lagi. Tapi selalu lah dia bagi hint2 nak pergi ride yang member2 ni tambah2 lepas baru ambik 125z lagi selalu saya dengar.

Saya sakit hati dengan kawan2 suami yang takda otak yang asyik nak ajak orang dah kahwin pergi ride. Suami pun sama, pantang kawan ajak kalau free mesti macam nak pergi.

Setakat sekarang ni jaranglah suami saya duduk rumah. Asyik kerja je, kalau keluar sabtu atau ahad mesti dengan keluarga dia.

Kalau tak kerja hari sabtu atau ahad dia akan bangun jam 12 tengah hari, mandi, ajak pergi makan lepas tu tidur balik bangun jam 7 petang. Lepastu dok rumah sekejap tengok tv.

Kalau kawan tak panggil, duduk la rumah. Kalau kawan panggil keluar sekejap, dia bagi alasan kawan nak repair motor dia lah apela.

Macam mana ya isteri2 yang ada suami suka lepak dan suka pergi ride ni, oh tambah lagi pergi kerja part time tapi tak bagi duit sikit kat bini, tapi masih boleh jadi bini.

Saya sampai satu hari fikir, aku ni asyik rimas je ditinggalkan bila suami hint2 nak pergi ride. Rasa nak jadi ibu tunggal terus pun ada, waktu tu kalau laki pergi ride pun takpe sebab dia memang dah takda dalam life kita kan..

– Zehnita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *