Suami Culas

Aku nak meluahkan kat sape, aku pon tak tahu.. Perkahwinan aku dah masuk tahun ke 13. Aku nak tinggalkan semua yang aku ada, tapi aku hanya fikir anak.

Masalah sebenar dari first anak satu, suami aku suka melepak dengan kawan, sambil berkawan sambil mengayat perempuan.. Selepas itu ok sebab kami pindah kl..

Lahirkan anak ke 3, dia mula lagi lebihkan kawan, sampai masa dirumah sekejap sangat, aku masa tu memang bergantung dengan dia je..

Adala menjahit sikit² itupon abis cover makan anak² sebab gaji die tak dapat cover kos hidup, tapi dalam pada tu mengayat lagi perempuan. Leka dengan hp mengayat je.

Lepastu kami pindah negeri lain. Sebab dah tak boleh cover gaji bulanan nya.

Ini dah usia perkahwinan 9 tahun.. Masatu aku pulak try kerja untuk mulakan hidup, dia jaga anak, tapi kerja tak mengizinkan, aku tak boleh go di negara orang,

Kemudian Allah beri rezki aku dapat rezki menjahit, jadi income lebat juga, dia bantu aku juga.. Hidup mula senangla juga.. Tapi takla kaya, mulala die join group kereta melepak sampai pagi buta.

Kemudian aku mengandung anak keempat, dan bermula la sekali lagi.. Perkahwinan masuk ke 11 tahun, aku struggle menjahit, semua mula diletakkan di kepala aku, kereta rosak tak repair, salahkan aku, bila takde rokok minta aku, bila hal yuran, belanja sekolah sewa semua 100℅ serah ke aku..

Asal cakap je die jawab, duit semua aku pegang, sedangkan bahagian dia tolong jahit tu, tak dapat cover belanja rumah seharian malah bulanan.. Lagi² bisnes drop.. . Dia hanya buat bahgian jahit untuk dia bila aku perlukan khidmat die..

Sampai satu tahap aku mula suruh die kerja semula, macam² alasan diberi, lagi dia selalu salahkan aku. Dia selalu kata “dulu tak bagi kerja”, banyak kali dah terangkan bisnes drop, tapi akan jadi bertengkar.

Sampai masa lahirkan anak ke 4, tahun ke 12 perkahwinan , dalam pantang aku masih menjahit, aku juga kena fikir bil hospital walaupon beranak dekat kerajaan je.

Dia selalu ingat aku dalam pantang tu.. Menjahit sebab aku janji dengan customer, tapi sebenarnya sebab aku kesian anak aku tak makan masa aku duduk hospital.

Kemudian aku pindah negeri lagi, balik ke negeri yang kami dah biasa dari bujang.

Bisnes makin drop, aku suruh dia kerja, kami sentiasa akan bergadoh, sewa rumah mahal, tapi die relex. Dia start la kerja rider, tu pon memekak suruh aku beli bag rider, bila beli, hangat² taik ayam.. Gaji pon tak setimpal ikutkan.

Aku suruh lagi kerja, katanya dah tua. Suruh mintak security, taknak pulak, takut hantu, suruh kerja lain, nak driver lori je.. Nak lesen gdl.. Aduh.. Aku dah serabut pindah rumah sebab tak. Mampu bayar..

Dan dia mula jumpa kawan lagi yang baru. Dia buat keje bengkel yang ada takde je gajinya. Gaji lepas rokok dia je supaya konon tak bebankan aku.

Dari melepak, die keja sikit², tapi lebih kepada melepak. Masih aku kena fikir bayar bulan², dia siang tido malam jadi burung hantu..

Bila nak bincang, dia akan kata aku ni itu ini, kata aku ni bila dia takde ape², aku buat macam ni. Aku salahkan dia konon, sedangkan dah banyak tahun aku struggle sangat.

Aku sampai taknak beranak lagi, takot dalam pantang aku kena kerja, tapi die jenis manusia yang tak boleh bincang, akan gadoh. Kadang ade duit tak seberapa, family dia mintak sikit, disuruhnye je aku bank in.. Tak tanya pon aku ada duit tak..

Adik die mintak RM10, aku taknak bagi, dia kate akan miskin ke bagi RM10.. Adiknya penagih.. Tapi tak dela jahat, adek die lagi pandai cari duit.

Antara kawan dan family, bagi mata kasar aku, dia pilih kawan, dirumah dah mula tak de masa nak melayan anak.. Sebelom ni dia rajin tolong bantu hal rumah..

Takdela semua yang jahat je.. Die rajin masak, tapi die dah kembali semula melepak.. Jadi mase balik nak tido je.. Aku pernah cakap, sekali lagi die lebihkan kawan macam first kejadian dulu, aku akan pergi.. Tapi ni aku masih stay.. Masih memikir cara..

Sekarang bila ati aku makin tawar, nak bersama kadang aku jadi tak de hati. Nak lari bawak anak, takut nusyuz, nak bercerai takut hilang walaupon 1 hak penjagaan anak.. Aku nak anak aku semuanya..

Tapi kalau kata aku akan dapat hak.. Aku juga takut sebab aku takut jika ada anak aku pilih ayahnye. aku hanya nak anak aku membesar tanpa stress.. Aku nak anak aku hidup dengan aku..

Tapi akula terpaling stress, aku hanya nak anak aku hidup normal, tapi aku dah tak tahu macamana dengan laki aku ni.. kot nanti aku ada duit tolong dia buat lesen GDL.. mungkin ke dia akan kerja balik..

Kalaula mati tu halal, ramai dah gantong diri.. Tapi aku masih ada Allah. Aku harap Allah berikan aku jalan.

Aku dah PENAT…

– Erika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

5 Comments

  1. Loca malas nak baca smpai habis..tp loca nak tanya knp puan dah tahu suami red flag (banyak mslh)..tp puan masih beranak ramai.

    Bkn ke susahkan diri sendiri.
    Dah la culas nafkah kemudian tak sdr diri melepak sana sini,membetina pulak.

    Puan nak tunggu & hrp apa lg dari perkahwinan mcm ni?
    Puan yg bekerja keras serupa kerbau.
    Fikir2kanlah…tunggu la anak hbs sekolah pndai berdikari..tuntulah fasakh segera sebelom kena sakit mental

  2. Assalamualaikum. Kalu ikutkan, saya malas nak jawab. Tapi saya kesian pada puan. Dalam hidup ni, kita kenalah tahu dan berani buat keputusan. Supaya diri kita tak selamanya merana.

    Biar saya jawab dengan sejujur-jujurnya. Sepatutnya puan tinggalkan laki macam tu sejak anak 1 lagi. Kalau tak mampu, boleh tinggalkan dia ketika anak 2. Kalu tak mampu lagi, ketika anak 3. Yang penting, ada plan dan usaha untuk lepaskan diri dari rumahtangga macam tu. Sebaiknya sejak anak2 masih kecik supaya anak2 akan jadi hak hadanah (hak penjagaan) puan. Puan boleh bagitau hakim/qadi bahawa suami puan tak layak jaga anak sebab perangai masih macam orang bujang walau dah beranak pinak.

    Tujuan kahwin ni untuk apa? Dah tentu bukan hanya untuk tambah anak semata2. Apa guna tambah anak jika tanggung jawab tak ada? Rumah tangga seperti yang puan tulis kat atas tu, tak ada gunanya untuk terus dipertahankan. Gagal menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan gagal juga sebagai ayah. Memanglah dia ada baiknya juga. Tapi antara baik n buruk, manakah yang lebih banyak?

    Satu kaedah dalam agama ialah, ‘tinggalkan manfaat yang sedikit untuk mengelak mudarat yang lebih besar’. Ini kaedah emas (berharga) yang evergreen untuk dijadikan formula hidup.

    Puan nak tunggu apa lagi? Jangan tunggu sampai usia dah tua dan badan dah sakit. Waktu tu, dah terlambat untuk menyesal. Jangan pertahankan perkahwinan hanya semata2 alasan anak. Fikirkan untuk kebahagiaan diri sendiri.

    Bertakwalah kepada Allah dengan cara yang betul. Jangan hanya pandai sebut “masih ada Allah” dan “harap Allah bukakan jalan”, tapi puan masih tak mahu ambik hak2 perlindungan yang Allah dah lama beri. Pintu mahkamah syariah sentiasa terbuka. Saya sarankan puan pergi dapatkan khidmat dari pegawai di sana. Bagitau mahkamah, macam yang puan tulis kat atas. Barulah akan ada proses. Kalau beritau kat sini, kami hanya mampu baca. Untuk keluar dari masalah, perlulah ada proses. Barulah boleh selesai.

    Sekian. Harap maaf kalau terguris rasa.

  3. Assalamualaikum. Kalu ikutkan, saya malas nak jawab. Tapi saya kesian pada puan. Dalam hidup ni, kita kenalah tahu dan berani buat keputusan. Supaya diri kita tak selamanya merana.

    Biar saya jawab dengan sejujur-jujurnya. Sepatutnya puan tinggalkan laki macam tu sejak anak 1 lagi. Kalau tak mampu, boleh tinggalkan dia ketika anak 2. Kalu tak mampu lagi, ketika anak 3. Yang penting, ada plan dan usaha untuk lepaskan diri dari rumahtangga macam tu. Sebaiknya sejak anak2 masih kecik supaya anak2 akan jadi hak hadanah (hak penjagaan) puan. Puan boleh bagitau hakim/qadi bahawa suami puan tak layak jaga anak sebab perangai masih macam orang bujang walau dah beranak pinak.

    Tujuan kahwin ni untuk apa? Dah tentu bukan hanya untuk tambah anak semata2. Apa guna tambah anak jika tanggung jawab tak ada? Rumah tangga seperti yang puan tulis kat atas tu, tak ada gunanya untuk terus dipertahankan. Gagal menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan gagal juga sebagai ayah. Memanglah dia ada baiknya juga. Tapi antara baik n buruk, manakah yang lebih banyak?

    Satu kaedah dalam agama ialah, ‘tinggalkan manfaat yang sedikit demi mengelak mudarat yang lebih besar’. Ini kaedah emas (berharga) yang evergreen untuk dijadikan formula hidup.

    Puan nak tunggu apa lagi? Jangan tunggu sampai usia dah tua dan badan dah sakit. Waktu tu, dah terlambat untuk menyesal. Jangan pertahankan perkahwinan hanya semata2 alasan anak. Fikirkan untuk kebahagiaan diri sendiri.

    Bertakwalah kepada Allah dengan cara yang betul. Jangan hanya pandai sebut “masih ada Allah” dan “harap Allah bukakan jalan”, tapi puan masih tak mahu ambik hak2 perlindungan yang Allah dah lama beri. Pintu mahkamah syariah sentiasa terbuka. Saya sarankan puan pergi dapatkan khidmat dari pegawai di sana. Bagitau mahkamah, macam yang puan tulis kat atas. Kalu ada bukti, tunjukkan sekali bukti tu. Barulah akan ada proses. Kalau beritau kat sini, kami hanya mampu baca. Untuk keluar dari masalah, perlukan proses. Barulah boleh selesai.

    Sekian. Harap maaf kalau terguris rasa.

  4. Baiklah membujang drp bersuamikan lelaki toksik dan maut

    Bini dibuat jd kerbau tunggangan

    Pi la mahkamah tuntut fasakh.Bercerai aje jln terbaik.Nak tggu mati bunuh diri sebab depresi ke?

  5. Pergi je lah mahkamah tuntut fasakh. Terang2 laki kau tak kerja kan? Terang2 kau yg kena kerja cari kerja nak kena tanggung anak dgn suami si@l tu kan? Nak takut apa nya takut hilang anak dgn lelaki tak guna tu? Mmg sah2 dia tak kayak pun nak dapat hak jaga anak. Adoii laaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *