Suami Kahwin Senyap Senyap

Saya isteri yang terluka sebab baru tahu suami dah berkahwin dan mempunyai anak 8 tahun.

Maksudnya saya telah dimadu lebih 10 tahun tanpa saya sedar.

Sungguh hancur hati ini bila dapat tahu suami dah berkahwin lain.

Saya cuba mencari kekuatan. Saya pun ada anak yang telah besar.

Saya nak komen yang boleh beri saya kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Saya tak tahu nak luah pada siapa.

Suami saya baik orangnya dan bertanggungjawab dan saya layan dia seperti raja baju kerja saya gosokkan, memasak dan nafkah batin tanpa culas.

Suami dah banyak kali minta maaf tapi hati saya sudah hancur.

Saya mengadu kepada Allah. Saya pendam sendiri tetapi semakin parah sakitnya hingga mengganggu hidup dan prestasi kerja saya.

Saya harap ada yang dapat membantu dan memberi kekuatan pada saya.

Saya tak mahu menulis panjang lagi sebabb hati ini masih sakit dan tidak tenang.

– Noni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Semoga Puan berlapang dada menerima ketentuan Allah, sekiranya suami Puan masih menjalankan tanggungjawab dengan baik, memberi nafkat seperti layaknya seorang isteri, maka hak Puan telah ditunaikan dengan baik, tetapi klu hak Puan tidak ditunaikan, terpulang kepada diri Puan untuk membuat tindakan seterusnya

  2. Puan Noni, jangan bebankan fikiran puan dengan sesuatu yang telah berlaku dan puan tidak boleh mengubah. Chin up & move forward ..ibaratnya kehidupan puan dan keluarga sama seperti sebelum ini. Fokus kepada membahagiakan diri puan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, memenuhkan masa dengan aktiviti seharian -lakukan apa2 hobi dsb. bersama anak, ahli keluarga yang lain serta rakan-taulan selagi dalam batas agama.
    Memang sukar untuk menerima poligami yang terjadi tetapi suami puan ‘baik dan bertanggungjawab’ dan keluarga baharu nya juga mempunyai anak 8 tahun. Fokus untuk dapatkan hak puan dan anak2 dari segi harta sepencarian dll, dan jangan hilangkan kemanisan rumah tangga serta amal kebaikan selama ini disebabkan apa yang terjadi. Suami bukan lah hak milik isteri yang kekal, kasih-sayang juga tidak boleh dipaksa.. jika suami masih sayang dan bertanggungjawab kepada puan dan anak-anak, kembalikan segala-galanya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa dan didiklah hati puan…. Berdasarkan perkongsian pengalaman ramai yang senasib, jangan ambil tahu tentang pihak atau keluarga yang sana – ini penting untuk menjaga hati puan sendiri. Sebagai wanita, semestinya ada rasa cemburu nanti.. sayangi diri puan, perkahwinan bukanlah semata2 kerana cinta tapi jalan untuk kita menuju ke syurga insya-Allah! *hugstight*

  3. hug for u..
    sya sebagai isteri paham sis kecewa..
    nk ckp lebih xboleh sbb sis yg alami..
    just nk ckp 10 tahun sis dimadukan sis xsedar means suami sis mybe dh jlnkn tggjwb cukup.. klw sis rasa cukup dan mampu teruskan.. teruskan la.. just anggap suami tu pinjaman allah untuk bg sis banyak pahala.. if suami tu buat sis banyak dosa.. sis buat la keputusan sebaiknya.
    klw sis rasa masih syg hubungan tgk la kebaikan suami tu selama nie.. klw keburukan yg byk.. and sis lebih baik tanpa suami.. bincang elok2 dgn suami.. jgn sbb sakit aty sis.. anak sis jd mangsa.. dn jgn pulak stay sbb anak.. anak akan lebih sedih bila tau mak die merana bertahun sbb die..

  4. Memandangkan suami puan sangat bertanggungjawab, puan tidak perlu bercerai, bersabarlah puan, cinta tidak boleh dipaksa. Tunaikan semua impian puan yang telah puan korbankan sebelum ini demi keluarga, jika puan masih bekerja. Puan mohon suami tanggung pengajian puan ke peringkat lebih tinggi, ambil full time study. Kejar impian kerjaya puan ke peringkat lebih tinggi, boleh mohon kursus-kursus lanjutan (Post-basic course) mohon kenaikan pangkat & merantau, nikmati hidup & manjakan diri sendiri, jaga kesihatan & kecantikan puan (boleh menjalani rawatan-rawatan di Klinik Estitik Kecantikan & Kosmetik) terus semangat puan, nikmati hidup. Anak-anak dah besar, suami pon dah ada yang boleh membantu menjaganya, puan boleh menikmati hidup dgn melancong ke luar negara bersama kawan-kawan rapat, menunaikan umrah bersama kawan-kawan, sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan & kebajikan anjuran tempat kerja & penduduk setempat & sertai aktiviti-aktiviti keagamaan. Jika puan telah bersara nanti, puan boleh mencari pondok-pondok agama yang berbayar & selesa untuk puan tinggal serta belajar agama, di sana ada rakan-rakan seumuran puan yang boleh menemani puan mengikuti kelas-kelas agama, puan kena pandai menguruskan emosi puan, jangan terperuk dan menangisi perkara yang telah berlaku. Sayangi diri puan, mungkin tuhan ingin beri puan masa untuk diri sendiri setelah puan banyak berkorban menguruskan anak-anak & suami sblm ini.

  5. I feel u,
    Betapa remuknya hati seorang isteri ni, Allah saja yang tahu
    Semoga Allah gantikan setiap kesedihan itu dengan kegembiraan
    Semoga Allah gantikan setiap tangisan dengan senyuman bahagia
    Zikir, banyakkan baca Al-Quran dan solat tahajud
    Hati akan lebih tenang dan tabah

    Ini ujian hidup dan mmg ada hikmahnya
    Ada kebaikan untuk kita yang kita belum nampak lagi
    Allah nak bagi Puan rehat dan fokus kpd diri Puan
    Fokus kepada kesihatan diri dan kebahagiaan diri
    Elakkan dari selalu berseorangan,
    Banyakkan masa buat aktiviti dengan anak-anak atau kawan-kawan
    Sabar dan teruskan berdoa setiap masa
    Sangka baik dengan Allah
    Allah sayang kita sebagai hambaNya
    Semoga Puan dikurniakan rumahtangga yang bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *