Suami Nak Kahwin Lain Masa Isteri Sarat II

Untuk part I, (https://iiumc.com/nak-kahwin-lain-masa-isteri-tengah-sarat/).

Salam semua. Sori lambat sambung, maklumlah ada baby 4 orang ni termasuk suami sendiri, semua benda kena masuk kepala.

So lepas tu suami aku cakap oklah kita tutup cerita ni sekarang, jangan sebut2 dah pasal kahwin. Aku macam cool down tapi dalam kepala bermain jugak soalan, “kenapa kena tutup ” Sekarang”, bukan tutup “terus???” maknanya niat tu masih ada lagi. Betul tak?

Tapi aku malas nak panjang cerita. Esoknya suami aku call si A ni depan aku, bagitau yang aku tak setuju bla3, dan kita tutup cerita ni sekarang bla3. Si A ni menangis2 cakap, “kalau M (aku) tak redha, saya pun taknak bla3.” Aku be like, apesal kau nak nangis plak? Patutnya aku yang melalak pasal korang khianat aku macam ni.

Dia pernah cakap dengan suami aku, keluarga dia cakap nak kahwin biar beradab minta izin aku dulu bla3, kalau aku tak redha, diorang pun taknak. Nanti orang gelar dia perampas, penyondol lah ape lah. Pastu dah sudah call tu, aku tulis la mesej panjang2 kat dia, aku cakap sori aku selesa bekerja dengan dia macam keadaan sekarang sahaja, bos dan staff. Bukan lebih dari tu.

Si A ni pun jawab la takpe tak payah fikir sekarang apa2, fokus pada kandungan dan rehat2. Dia kata dia yakin kalau aku dan suami takde nanti, dia boleh jaga anak2 aku. Sekali lagi aku be like, “eh? Kau sape plak nak jaga anak2 aku?” Again, perkataan “tak payah fikir apa2 sekarang” tu buat aku sekali lagi tak selesa. Sesuatu sangat kan?

2 minggu lepas tu aku pun bersalin, masa aku dalam labour room si A ni beriya nau dalam group wasap staff tanya khabar aku, katanya takleh fokus kerja sebab risaukan aku bla3. Aku yang baca ni kan jadi macam menyampah, kau jangan nak try hard sangat tunjuk kat laki aku dan semua orang yang kau kononnya “sayang” kat aku boleh? Sebab aku lagi menyampah. Bukannya jadi terharu.

Lepas tu takdir Allah baby aku kena tahan wad sebab kuning tinggi, berulang alik lah aku dan suami ke hospital melawat anak dalam keadaan aku berpantang, badan letih belum cukup rehat. Sekali kantoi diorang bercall mesej belakang aku, kononnya bertanya khabar pasal anak aku lah.

Aku kan macam tak boleh brain, korang berdua ni kenapa eh? Memang takde hati perut ke kat aku buat aku macam ni? Hati aku jangan cakap la punya remuk bila tau laki kita berhubung dengan perempuan lain di masa kita sendiri perlukan laki kita. Si perempuan pun melayan kononnya nak jadi pendengar setia, pujuk2 laki orang tengah sedih. Macam tu eh?

Masa pun berlalu selama aku berpantang, boleh kata hari2 aku ni menangis, nak solat nak mengaji belum boleh, jadi doa dan zikir jelah jadi penguat aku. Aku syukur sangat tak meroyan. Memang pernah sekali ada rasa nak bunuh diri sebab dah penat sangat mental, tapi aku cepat2 istighfar. Kesian kat anak, kita kena kuat untuk anak, anak2 lebih perlukan kita, jangan jadi bodoh.

Nafsu makan jangan cakaplah, drop habis2 padahal aku ni jenis suka makan. Dari berat aku lepas bersalin 80, sampai berat aku tinggal 63 je. Bukan sebab berpantang tau, tapi sebab memang takde selera. Aku paksa diri makan sebab kesiankan baby menyusu. Itulah penguat aku.

Oh ya masa dalam pantang tu, staf2 kami ada datang melawat aku termasuklah si A ni. Aku macam gerammm je kan, kau dah buat aku macam ni kau boleh selamba datang buat muka tak malu. Tapi aku pikirkan staf2 lain yang tak tahu cerita, aku buat2 macam biasa je tapi dalam masa yang sama aku memang tak pandang muka dia, tak layan dia sangat.

Yang kelakarnya, si A ni dari awal sampai balik duduk melayan pegang main dengan semua anak2 aku, again, nak tunjuk depan laki aku lah kot yang dia ni penyayang, boleh jaga anak2 aku. Oi sori sikit eh. Bila dah jadi macam ni, jangan harap kau boleh sentuh anak2 aku lagi. Dia macam takde common sense tau, tak boleh rasa ke aku ni tengah sakit hati dengan kau?

Aku pernah mesej dia tau, kenapa kau buat macam ni bla3, kenapa tak tolak eh masa laki aku lamar kau? Dia jawab kenapa kita tak boleh bahagia sama2, kenapa dia perlu tolak benda baik? Dia kata dia pun kena fikir kalau suami aku ada niat nak kahwin lagi.

Aku jawabkan je, oh suruh aku sabar redha, tapi kau pun tak boleh terima? Hari tu kau cakap kalau aku tak redha, kau taknak. Habis ni sekarang apa? Kebangangan apakah ini? Kalau kau tolak sebab fikir benda ni akan sakitkan hati aku, bukan ke itu 1 kebaikan jugak?

So dah 6 bulan ni aku asyik la bergaduh dengan lelaki aku teruk jugak lah. Dia kata aku ni penting tapi aku tak nampak effort dia yang menunjukkan aku penting.

Aku suruh dia tinggalkan si A, tapi entahlah apa yang susah sangat entah. Kerja kat centre pun banyak terabai, projek2 banyak tertangguh pasal kami asyik bergaduh je. Laki aku pun tak boleh nak fokus kerja. Dia kata dia dah penat dengan hal ni, jadi kenapa tak putuskan je hubungan dengan si A?

Si A ni pun padah kuat mengadu secara haluss, forward screenshot mesej2 aku pada suami aku, alasannya sebab suami aku yang suruh, lepas tu laki aku bergaduh dengan aku. Eloklah kan perangai macam ni memang perangai batu api.

Aku pernah mesej mak dia tanya apa perasaan dia eh kalau suami dia buat macam tu masa dia mengandung, dalam pantang, luka jahit beranak pun belum sembuh. Mak dia minta maaf dia tak tahu sangat cerita, anak dia cuma cakap bos dia nak ambil dia jadi isteri no.2, isteri dia dah setuju. Otak dia. Lepas tu mak dia plak backup anak dia siap block nombor aku.

Dia lupa ke awal2 dulu dia yang pesan kat anak dia kalau aku tak redha, keluarga dia pun taknak? Aku ni pakkal lah masih ada rasa hormat kat orang tua, nak je aku jawabkan patutlah anak kau macam ni, kau pun sama je. Kau dan keluarga tunggu jelah balasan dari Allah.

Kawan baik si A pun sama backup, padahal dia dah kahwin patut dia lagi faham perasaan aku. Katanya dia yakin benda ni atas perbincangan bersama bukan nafsu semata2.

Aku kan macam, eh heloo? Kalau ikut akal waras, tak buat macam ni. Takde timbang rasa, takde hati perut. Ni memang ikut nafsu lah sebab tu tak boleh berfikir secara waras. Apekebende bukan nafsu semata2. Apesal tak kahwinkan je laki kau dengan si A tu? Kau kan kawan baik dia.

Si A ni pun rajin la hantar video tiktok kat lelaki aku, kisah madu2 yang boleh berbaik, dia kata kenapa aku dengan dia tak boleh macam ni? Aku nak je jawabkan, kau pergilah tanya orang tu nak madu lagi tak? Apesal aku plak nak kena terima kau.

Lepas tu selalulah hantar kat lelaki aku mendoakan semoga Allah selamatkan rumahtangga aku dan suami aku, oi kau tu punca, kalau nak rumahtangga aku selamat kau pergi la jauh2. Cakap tak serupa bikin.

Depan laki aku kemain dia punya terpaling lemah, forward mesej aku lepas tu cakap “minta maaf saya lemah” “Saya takde daya” “Terima kasih sebab selalu berjuang untuk saya” Siap drama emoji sedih terpaling airmata. Nak je aku jeritkan kat telinga dia.

Oi yang patutnya laki aku perjuangkan tu aku, isteri dia, bukan kau. Dengan aku kemain dia punya menjawab2 dalam mesej, hilanglah segala “lemah tak berdaya” tu. Hipokrit. Dah lah kadang malam2 takde apa saja mesej suami orang, lepas tu berlove2 mesej. Aii panas je mata aku baca.

So cerita ni sampai sekarang belum ada ending. Last mesej si A cakap dia tunggu masa kena pecat je, dah berapa kali kena panggil kaunseling. Dia kata berkat doa aku kot. Eh fitnah je, aku ni takdelah jahat nau sampai nak doakan benda tak baik kat orang. Tapi kau kena ingat Allah tu Maha Membalas.

Aku tau mereka masih berhubung sebab hp suami aku masih berlock. Aku macam takleh nak brain kat suami2 yang lock hp atas alasan privacy. Setiap inci badan kau pun isteri dah hafal, apa yang privacy nya?

Cakap dengan aku takde contact dah perempuan tu, tapi senang je Allah nak tunjuk, anak aku umur 5 tahun kantoikan bagitahu “ayah call nombor sekian2”. Nampak tak? Isteri ni ada darjat khas jugak di sisi Allah, bukan suami je. Macam mana isteri ada dosa dengan suami, suami pun kena tau mereka pun boleh berdosa dengan isteri.

Dan aku pernah dengar ustaz cakap doa isteri adalah antara doa yang mustajab. Aku sampai doa, ya Allah kalau kaya buatkan aku dan suami lupa diri, aku redha rezeki aku cukup2 dengan keperluan. Berdosa ke ya doa macam tu?

Dan aku bukanlah nak mengharamkan benda yang Allah kata halal. Kalau aku tak makan petai, adakah maksud aku petai tu haram? Tak kan?

Bagi aku poligami ni bukan untuk semua orang, dan bukan semua isteri boleh terima. Kau boleh tunjuk, “Kenapa orang tu ok je, bini2 dia boleh jalan sama2?” Aku pun boleh tunjuk, “kenapa orang tu ok je, lagi mampu dan kaya tapi pilih untuk setia dengan bini sorang?” Lagipun ada ke orang nak tunjuk scene bini2 dia bergaduh? Mesti la tunjuk yang indah2 je kan supaya orang tak kecam.

Nak cakap sunnah? Monogami pun sunnah jugak, Nabi saw tak kahwin masa Siti Khadijah masih hidup. Kalau nak cakap mampu kewangan, biarlah sampai tahap isteri kau tak payah kerja dah. Jaga anak2, duit masuk dia boleh belanja apa2 dengan selesa, bukannya suruh berjimat cermat, bini pulak kena cari duit sendiri.

Kebanyakan aku tengok macam tula, berbini sampai 2-3 tapi takde pulak bini2 kau rehat takyah kerja. Dia pulak kena iklan itu ini buat bisnes itu ini sebab nak cari duit lebih. Sepatutnya kalau rasa dah mampu, upgradekan lagi lifestyle keluarga sedia ada. Mewahkan diorang sebagai tanda penghargaan pada isteri dan anak2 yang dah sama2 bersusah payah selama ni.

Pada aku, selamatkan rumahtangga sendiri tu lagi wajib dari nak selamatkan anak dara tua. Kalau isteri ok setuju, takde masalah. Tapi kalau sampai rumahtangga sedia ada jadi bermasalah, masih nak teruskan niat kahwin lagi, entahlah. Dan amanah pada isteri dan anak2, bukan sekadar nafkah, tapi termasuk tanggungjawab tarbiah, bantu isteri jaga dan didik anak2.

Tanggungjawab yang tu pun belum tentu lepas di akhirat nanti, inikan nak tambah tanggungjawab lagi. Janganlah sebab kau suami, kau gunakan kuasa veto suruh isteri taat je. Ada benda namanya ihsan, “oh isteri aku tak suka, oh nanti isteri aku sedih kalau buat macam ni” Cuba letak diri kau kat tempat dia sebelum buat apa2.

Ada sesetengah suami rasa kalau dia tak jadi kahwin, ego dia tercalar, isteri akan pandang kau lemah, takut isteri. Tidakk, kita isteri malah lagi bertambah hormat sebab itu maknanya suami kita betul2 pentingkan kita, perasaan kita. Kita ni sebagai isteri takde pilihan tau selain redha, terima je.

Jadi tolonglah jadi suami yang ada belas kasihan untuk isteri yang selama ni berjuang untuk suami dan anak2. Memang ada kawan suami yang nasihat, “jangan lama2, kahwin je cepat2, ala nanti lama2 isteri oklah tu.”

Habis tu kalau tak ok, rumahtangga orang jadi pecahbelah, kau nak bertanggungjawab? Ada jugak yang nasihat, “poligami ni kena ada persetujuan bersama, kalau tak nanti sakit kepala je.”

Korang doakan lah semoga Allah kabulkan doa aku di bulan Rajab yang mulia ni. Pulihkan balik hubungan aku dan suami macam dulu2 sebelum ada isu kahwin ni, aku sayang suami aku, dia suami yang baik sebenarnya. Cuma kali ni Allah uji, jentik kami setelah 10 tahun selesa bahagia.

Semoga Allah jauhkan si A ni dari kami sekeluarga, dan temukan jodoh yang baik untuk dia selain suami aku. Aamiin.

Btw aku confess kat sini bukan sebab nak korang kutuk suami aku, si A berjemaah. Tapi sebab aku rasa selesa takde sape tau siapa aku, siapa dia. Dan ambil lah pengajaran dari kisah aku,

1) Jangan sesekali percaya bulat2 kat orang termasuk suami kau.

2) Jangan buka ruang terlalu luas untuk orang luar sebab ada orang jenis ambil kesempatan atas kebaikan kita

3) Jangan biar orang lain isi kekosongan dalam hati suami, contohnya ayat2 manja manis, pujian2, kata2 semangat, sepatutnya benda tu kita yang selalu ucapkan, bukan orang lain.

4) Aku setuju nasihat orang suruh habiskan duit laki. Sebab bila dia rasa mampu, dia tak fikir kau dulu. Dia fikir nafsu dia dulu.

5) Korang tambahlah sendiri kat komen. Sekian terima kasih sebab sudi baca sampai habis.

Nanti kalau dah ada happy ending inshaAllah aku sambung part 3 pulak haha..

– Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kesian u..lg kesian sebab u masih berebutkan sampah tu..aku d curangi masa pregnant..laki x balik..lpas.bersalin sebulan aku cari kat rumah scandal, aku bawa balik..aku balun abi abisan..aku suruh berambus.19 thn berlalu, aku aman, anak dah besar..aku still sihat dan cantik..kalau in berebut laki sampah tu mgkin aku dh gila.. buruk .. otak x sihat lg..jadi apa.kata sygkan diri dan anak lebih dri si curang..dia x layak d sygi

  2. yaaa betul kata laila. rasa kesian lebih kepada sis, sebab masih hamak nak suami mcm tu. aklau saya tu, 2 2 boleh pergi berambus. yg pmpuan sampah, yg suami sis tu ulat sampah. sis tak boleh ank gerak solo je ke? yg kena doa Allah jauhkan sui A dr family sis ni? better sis jauhkan diri dr diaorg 2. tak perlu la nak ada suami pembohong gatal mcm tu.

  3. Buat Laila & Angah., bukan semudah itu utk Isteri nk tinggalkan suami dia. Dia dh hidup 10 tahun bersama. Mcm2 dah lalui susah senang, suka duka, pahit getir, berjuang utk kerukunan rumahtangga. X mudah syg. Nk bercerai, nk mintak cerai, nk suami ceraikan, bkn semudah sebut. Byk perkara seorg isteri yg masih sygkan suaminya fikir untuk terus bersama suami dia sampai ke hujung nyawa. Fikir ttg mcmna nk teruskn hidup jika suami x ada di sisi. Dgn anak2 masih kecik & ada baby yg perlukan susu & pampers yg harga skg bkn murah ye. Klau org x nk brpoligami jgn paksa. Klau org x nk bercerai pun x boleh paksa. Dan … Dan kpd suami org,. Klau jumpa ppuan yg x kawin2 lg, jgn ditanya knp x kawin2. Plg bagus, jgn sentuh hal peribadi ppuan lain selain isteri sendiri. Ada paham!!l

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *