Suami Nak Kembali Ke Perkahwinan Terdahulu

Assalamualaikum, hi semua. Saya cuma nak tanya pendapat peguam shariah dan orang awam berkenaan hal rumahtangga dan status anak saya. Saya perlu nasihat jugak apa saya perlu buat next.

Saya berkenalan dengan suami saya, ketika dia masih beristeri dan dia adalah manager saya di syarikat keluarga dia. Pendek cerita, saya skandal tempat kerja, sehingga saya pregnant. Keluarga saya paksa suami saya kahwin dengan saya.

Kami kahwin di sempadan tanpa pengetahuan isteri pertama suami, saya pregnant 16 weeks. Selepas 4 bulan lebih, kantoi dengan isteri suami, dia mohon cerai, suami ceraikan isteri dia. Saya satu2nya isteri suami sekarang.

Saya dah lahirkan anak kami, dah umur 10 bulan sekarang, perkahwinan dah register. Anak tak dapat register atas nama suami sebab anak luar perkahwinan.

Yang jadi masalah sekarang, suami tidak endah dengan saya sepanjang perkahwinan. Dalam sebulan balik 2-3x sahaja, call tidak berjawab, mesej tidak berbalas. Dia blocked saya di semua platform, whatsapp telegram dll, dia akan unblocked bila saya mesej dia.

Dia balik tidur di rumah mak mentua, dalam 10 km dari apartment kami. Nafkah batin tak pernah dapat sejak berkahwin (1 tahun 3 bulan tempoh berkahwin), dia tidak pernah sentuh saya.

Semasa berskandal, hanya 2x sahaja kami tidur bersama. Dia kata saya adalah satu kesilapan dia paling besar di ulang2 banyak kali setiap kali bergaduh.

Suami dengan bekas isteri dia, ada 5 anak lelaki. Masih kecil, yang sulung umur 10 tahun. Yang kecil 2 tahun. Saya tidak pernah berjumpa dengan bekas isteri suami, dan anak anak. Bekas isteri masih lagi tinggal di rumah yang mereka beli semasa perkahwinan.

Bekas isteri suami tidak bekerja sepanjang dalam perkahwinan dan selepas bercerai pun masih tidak bekerja. Suami beri belanja banyak dekat bekas isteri dan anak anak.

Dekat saya dengan anak, hanya basic, rumah flat 2 bilik, kereta viva (kereta pekerja syarikat), bil2 dia bayar, dan duit belanja saya RM1500, belanja anak RM1000, groceries dia akan beli setiap kali dia balik. Termasuk susu dan lampin anak.

Saya masih bekerja, lepas resigned dari syarikat keluarga suami, saya bekerja di gudang perabut sebagai clerk. Gaji bersih RM1800++, ini saya guna untuk beli pakaian anak dll.

Saya kecil hati dengan suami. Dia macam terpaksa hidup dengan saya. Bila dia balik jenguk saya, saya selalu tanya dia kenapa dia layan saya begini. Dia cakap saya being unreasonable.

Keluarga saya mmg dah buang saya sebab selepas kahwin, ibu saya minta gugurkan kandungan, tapi saya taknak. So dorang cakap sebarang masalah, dorang taknak ambik tahu.

Saya masih balik kampung, ibu ayah layan saya dan anak ok. Cuma saya takboleh ngadu. Saya cakap sikit, dorang akan tarik muka.

Ini apa suami saya buat sepanjang perkahwinan.

1. Nafkah batin, tidak pernah tunai. Saya ada adukan pada pejabat agama, suami hadir. Dia mengaku pada ustaz, dia tiada nafsu pada saya.

Ustaz minta suami untuk minta petunjuk pada Allah, jaga rumahtangga, suami cakap dia nak ceraikan saya, tapi saya tak mahu.

Suami rasa it’s unfair for me since i don’t want a divorce. So dia kata dia akan cuba tunaikan tanggungjawab dia. Dah 3 bulan, tiada perubahan.

2. Tidak balik kerumah setiap hari, dia balik ikut suka, balik pun kalau saya minta dia belikan susu, lampin or groceries. Balik pun, terus ke dapur. Simpan groceries, terus ambik baby dan main. Kemudian balik.

Kalau saya cakap saya demam or sakit. Minta dia balik, dia akan balik, belikan paracetamol, ambil baby bawak balik rumah mentua.

3. Masa raya haritu, saya planning nak pakai baju sama warna dengan dia. Dia setuju. Tapi bila pergi beli, dia beli 2 warna, hijau dan violet.

Saya warna hijau. Dia cakap warna violet untuk rumah terbuka tempat kerja. Tapi sebenarnya warna violet tu sama warna dengan si bekas isteri. Semua anak anak pakai hitam, dia dan bekas isteri pakai warna violet.

Raya pertama, dia beraya dengan keluarga mentua. Bekas isteri beraya di rumah mentua sekali. Saya balik ke rumah keluarga saya. Raya kedua baru ke rumah mentua. Tapi mak mentua, keluar tak balik balik sehingga saya balik ke rumah saya.

Yang layan saya hanya bapa mentua dan biras2, ipar2 pun buat tak peduli. Bila saya tanya suami, kenapa mak dia macam tu dengan saya?

Dia marah2 cakap im being unreasonable. Seolah2 saya seorang yang buat salah sampai dia bercerai.

4. Masa saya dalam pantang, mak mentua ada sediakan CL untuk jaga saya 4 minggu, dia pun ada datang jenguk saya dengan baby. Tapi suami tak balik langsung. Dia pergi ke pulau kapas dengan bekas isteri dan anak anak. Pergi camping, island hopping dll.

Urusan surat beranak pun bapa mentua saya yang bawak saya uruskan. Anak jaundice semua bapa mentua. Suami datang lepas saya bising2 nak pergi appointment anak umur sebulan. Baru dia datang bawak saya ke klinik dan jumpa baby.

5. Mothers day baru ni bergaduh lagi. Sebab dia hanya belikan hadiah untuk mak dia dan bekas isteri sahaja, dekat saya tiada. Dia tuduh anak saya mungkin bukan anak dia. Sebab takde rupa dia. Mungkin anak lelaki lain.

Kemudian dia blocked saya dan pergi dinner Mothers day dekat Restoran Chef Wan. Si bekas isteri share banyak2 gambar dekat telegram keluarga . Dia masih lagi dalam telegram keluarga.

6. Bab telegram keluarga pun 1 hal. Si bekas isteri akan update gambar anak anak suami sepanjang masa. Result exams, apa apa sahaja, semua family members akan respon. Bila saya letak gambar anak saya, no one respond. Hanya bapa mentua akan reacted emoji.

7. Suami saya pernah buat report polis pasal saya, saya pernah tergelincir di bilik air masa dukung baby (6 bulan), pipi baby terhentak di lantai, dan luka besar.

Suami buat report, tapi pegawai polis minta tarik report lepas saya beri keterangan sebab saya memang jatuh. Suami tarik kes semula.

Dalam laporan tu, suami siap mentioned pasal kes saya pukul dan maki baby, dalam berpantang sebulan semasa bergaduh dengan dia. Saya takde dia nak pukul dan maki baby, saya tertekan.

Dia jugak mentioned saya stop breastfeeding baby below 6m (ini pun dia kata penganiayaan) saya kasi formula, dan mix dengan cerelac. Dia kata ini pun penganiayaan sebab below 6m tak boleh makan apa apa makanan. Saya tiada pengalaman jaga anak, saya taktahu.

Dia macam purposely buat report supaya saya kena penjara. Kemudian lepas kejadian, dia ambik anak balik rumah mentua selama 8 hari.

Saya merayu2 baru dia minta saya ambik kat rumah mentua.

Banyak lagi perkara yang suami saya buat. Taktahu macam mana nak cerita. Dia seolah olah salahkan saya seorang dalam keruntuhan rumahtangga dia. Padahal kami sama sama. Sama sama buat seks. Tapi saya seorang disalahkan.

Saya pernah whatsapp mak mentua, cerita benda ni semua.

Dia replied, ‘anak mak dah besar. An adult. Mak tak boleh buat apa apa. Let me try lah cakap pasal ni dengan dia, pasal **** (bekas isteri), walaupun dah bercerai dia tetap menantu mak, she still my family, mak masih anggap dia macam keluarga mak’.

Saya pernah whatsapp bekas isteri suami dan minta maaf. Dia tak pernah reply. Saya call tak pernah jawab, tapi dia tak pernah block saya. So dia macam purposely update whatsapp story, kalau saya replied, dia seen.

Facebook, IGs semua public. Gambar suami takpernah dia padam. Saya pernah tanya suami, samaada dia ruju semula dengan bekas isteri.

Dia tak pernah jawab dan akan marah2. Masalah ni macam takde kesudahan. Saya pernah merayu minta suami kahwin semula dengan bekas isteri dia, dan poligami. Saya boleh terima, janji adil dengan saya. Suami cakap bekas isteri takkan terima poligami.

Saya pernah tuduh bekas isteri sihir or ikat suami, suami cakap kalau dia nak sihir you, dia tak buat macam ni, dia akan santau you bagi mati terus. Saya pernah jugak minta suami bawak anak anak lelaki dia jumpa anak saya.

untuk kenal adik beradik, suami ada whatsapp bekas isteri dia tanya bab ni, bekas isteri replied. She (anak saya) will never be part of our family. Leave my kids alone. You need to clean your f*cking mess **** immediately.

Saya taknak bercerai, 1 sebab keluarga saya akan makin benci saya.

2 sebab saya betul2 nak jadi ahli keluarga suami.

Kalau saya bercerai lagi, malu keluarga saya. Nanti orang cakap, itulah dulu ambik laki orang, sekarang kan dah kena tinggal.

Saya nak anak saya ada masa depan yang baik macam anak anak suami saya yang lain.

Suami saya ayah yang sangat baik, dia layan anak saya ok. Cakap baik2, sing a lullaby. Cuma bila bergaduh dia tak mengaku tu anak dia.

Kalau saya bercerai, pegawai pejabat agama cakap, anak saya tidak layak dapat nafkah dari suami, sebab anak luar nikah.

Dengan gaji RM1800. Saya tak mampu nak besarkan anak saya. Diapers and formula pun pakai brand yang mahal sebab saya beli yang mahal sejak awal.

Apa nak buat ya..

Terima kasih.

– Fariza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *