Suami Penghidap Diabetes

Hi semua, dah tak tahu nak confess kat siapa. Nak cerita dekat adik beradik, tak nak menyusahkan mereka, nak cerita kat kawan, tak membuka aib suami. Maaf hati dah tak tertanggung rasanya.

Kami baru sahaja berkahwin, masa hari pernikahan wajah dia lesu walau ada senyuman di tepi bibir. Masa tu naluri aku cakap sanggup tak aku terima buruk baik dia, sakit pakai dia. Mana tahu satu hari nanti dia sakit? Kau mampu nak jaga? Lama jua terfikir.

Namun, aku hanya mampu meminta dengan Tuhan untuk diberikan kekuatan andai segala mimpi buruk berlaku.

Tak lama pun mengecapi kebahagian. Allah turun satu ujian. Ya ujian berat buat aku dan dia. Allah uji kesihatan suami. Suami ada bengkak di tangan.

Fikirkan biasa sahaja. Tapi makin hari makin memburuk. Demam sahaja tiap masa. Sampai satu hari dia demam sampai tak boleh bangun. Allah sahaja yang tahu keadaan dia macam mana masa tu.

Segera ke kecemasan di hospital terdekat dengan kami. Suami di masukkan zon merah. Ketika itu, air mata dah macam air terjun. Bercucuran sahaja. Sampai telaga air mata kering.

Doktor kecemasan itu langsung tidak beritahu keadaan suami. Sampai larut petang, baru jumpa. Doktor syak paru2 suami dah kena jangkitan kuman.

Mereka takut suami ada berhubung dengan pesakit COVID. Alhamdulilah test PCR suami negatif. Mereka dah buang nanah kat tangan yang dah merebak teruk.

Dan suami tak sedar, terus dimasukkn di ICU. Masa ni dah lega sikit tahu keadaan suami lebih baik dari sebelumnya.

Bermula satu episod luka, selepas suami dikeluarkan dari icu masuk wad biasa. (orthopedic), rasanya setiap doktor/ pakar yang datang mesti akan tanya (awak ni tak tahu ke ada diabetes?)

Jujur suami kata dia tak tahu. (masa ni sebenarnya aku dah syak sebab tiap tengah malam mesti dia lapar dan haus sebijik macam arwah mak. Bila aku tegur dia merajuk kata aku doakan dia sakit.)

Berbalik cerita tadi, bayangkan setiap doktor mahupun pelatih menanyakan soalan tersebut, memang tak tahu. Dikatanya dalam rekod hospital dah lama diagnosis suami ada diabetes jenis 1.

Masa ni macam kena kilat, macam kena sumpahan. Buat aku rasa nak pitam mendengar. Aku memang terbayang jumlah besar kewangan, sedangkan kami baru lepas berkahwin. Dan tiada tabungan. Apatah lagi aku tidak bekerja.

Setahun berlalu, banyak sangat benda berlaku. Gaduh, baik sampai aku rasa stress nak minta bercerai dengan suami. (jahat kan aku, tapi cuba kalian berada ditempat aku)

Baru menarik nafas, kini mimpi buruk berlaku lagi, tapi kali ni di bahagian lain kaki. Bermula episode hitam. Masuk kecemasan, kaki suami kena korek atas dan bawah nak keluarkan nanah.

Maka jari kelingking makin memburuk, menyebabkan doktor memotong jarinya. Sedikit demi sedikit ia makin makan kondisi suami. Tinggal tapak tumit untuk dia berdiri. Ini pun masih ada nanah lagi.

Ya Tuhan, kenapa aku di uji sebegini sedangkan orang lain yang berkahwin selepas aku sedang sibuk membesarkan anak, melalui hari2 dengan roh kecil di rahim. Mereka sedang bahagia.

Suami yang aku nikahi elok sifatnya kini sudah tiada jari, kakinya jua. Jalannya jua.

Berikan lah kekuatan buat suamiku ya Allah. Adakah aku membawa nasib malang buat suamiku?

Ayatnya hari ini buat aku tersentuh, dinda sudah lama tak picit kaki kanda? Aku hanya mampu menyeka gelinangan air mata.

Paling aku takutkan, masa aku menaiki e-hailing ada driver cakap, doktor tak akan potong terus dik, dia potong sikit2. Tahu2 nanti dah tak ‘ada’. Mula2 potong jari, lepas tu naik sikit2 bahagian kaki, sampai bahagian lutut. Bersedia untuk kehilangan.

Rasa macam nak cili saja mulut dia. Ada sesiapa yang berpengalaman? Tolong beritahu. Kesahihan.

Dengan pkp lagi, gaji aku kena cut. Tapi aku masih bersyukur meski aku tahu gaji tersebut tidak mampu nak tampung komitmen apatah lagi nak beli barang peribadi..

Bersyukur aku ada mentua yang baik, adik beradik aku dan suami tak jemu nak membantu. Terima kasih.

Buat kalian, moga kalian dikurniakan kesenangan akhirat. Tolong doakan suami saya cepat sembuh dan panjang umur dimudahkan rezeki.

– Sang Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *