Suami Ringan Tulang Tetapi Panas Baran

Assalamulaikum warga IIUM Confession.

Aku, Suriram ram. Eh.. Berusia lewat 30an. Baru berkahwin semula untuk kali ke-2, setelah 5 tahun. Perkahwinan terdahulu tidak dikurniakan zuriat (8 tahun).

Perkahwinan ke-2 ini masih belum setahun jagung. Suami sedikit berusia. Bekerja sebagai pegawai beruniform. Aku? Bekerja dari rumah sahaja.

Suami merupakan duda kematian isteri, dan mempunyai 2 orang anak. Anak2 tinggal bersama kami.

Kami berkenalan di apps dating. Berkawan selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Sebenarnya, sedari awal bercinta dia sudah menunjukkan ciri2 red flag. Panas baran, cemburu buta, suka control segala aktiviti aku, pernah juga hack hp aku untuk baca segala wasap dan media sosial aku.

Yang mana, dia buat aku mengamok sebab mengganggu privacy aku. Dia tiada hak untuk hack hp aku selagi belum ada ikatan sah.

Tapi nak dijadikan cerita.. dah memang jodoh aku agaknya.. walau dah berkali2 on off, bergaduh, lepastu sambung balik makanya kami berkahwin jugak.

Disebalik keburukan dia tu, yang buat aku meneruskan jugak hubungan adalah kerana masa tu aku menjanda, masih terumbang ambing mencari kerja, tiada kewangan yang stabil, beliau menghulurkan tangan.. gituhh.

Dia sentiasa hantar food delivery, sentiasa bagi hadiah kalau merajuk.. kira macam pujuk lahh.. lepastu kita pun cair.. maka berbaiklah semula..

Dan he always there.. setiap malam akan call.. untuk tanya “How was your day today? Ok ke kerja harini? Ada apa2 masalah nk cerita? Ceritalah.. i dengar je..”

Dibuat aku cair… aku rasa wowww ada orang care pasal aku lah.. finally, aku jumpa someone to talk to.. shoulder to cry on.. gituhh.

Disebabkan aku kurang kasih sayang, makanya aku mudah cair.. aku lupa segala keburukan dia yang buat aku stress selalu.

Satu lagi kelebihan dia, dia sangat menjaga solat walau di mana jua.. walau tengah keluar berdating.. tetap akan singgah untuk solat. Itu yang membuatkan aku butakan mata dengan segala keburukan dia.

To cut it short, maka berkahwin jugak kami. Dengan harapan, bila aku dah jadi milik dia, dia tidak lagi cemburu buta.

Tapi nampaknya sama saja. Asal aku pegang handphone, dikatanya aku wasap jantan dan terus merampas handphone di tangan. Maka akan berlaku pergelutan. Sakit lengan aku yang halus ni.

Aku bukan takut kantoi sebab aku memang ada jantan ke apa. Cuma aku tak suka dia ceroboh privacy aku.. yang mana aku dok bersembang dengan kawan2 ke, family ke apa.

Asal dia nampak aku online, terus dia wasap aku tanya online dengan siapa? Screenshot i nak tengok. Fuhhh penat.

Ok itu bab cemburu buta.. panjang lagi kalau nak hurai bab tu. But to cut it short, bab BARAN melampau.

Awal2 kahwin dulu.. dia pernah marah2 tengking aku sebab aku lambat sidai kain. Padahal aku baru saja nak rest sekejap selepas buat breakfast.

Fyi, aku ada sakit belakang macam slip disc. Aku tak boleh buat kerja berdiri lama dan berterusan. Aku perlu berehat/duduk sebentar.

Dia marah aku seolah2 setahun aku tak pernah sidai kain. Padahal masih awal pagi.. banyak lagi masa boleh buat nanti.

Dia pernah marah2 tengking aku sebab dia nampak aku rest. Sebelum tu aku dah bagitau yang aku sakit kepala nak rest sekejap. Dia marah2 tengking2 suruh aku buat kerja.

Aku sampai terpaksa lari ke tandas untuk curi2 tidur. Aku betul2 sakit kepala. Sampaikan malam tu kepala aku sakit macam nak pecah, terpaksa aku ke klinik.

Doktor bagi ubat untuk aku makan dan pantau. Risau takut aku darah tinggi. Menurut doktor, aku tidak cukup rehat. Dan aku akui.. aku memang “tak boleh” rehat.

Dia ada 2 orang anak. Yang sulung perempuan, 16 tahun, yang sorang lagi lelaki, 12 tahun.

Sebagai ibu tiri, aku berazam tak mahu jadi ibu tiri yang selalu diberi bayangan, ibu tiri jahat, suka marah2, suka kerah tenaga anak2.

Ya diakui, sepanjang berkahwin dengan ayah mereka, aku tak pernah marah, tengking, tinggi suara atau menyuruh budak2 tu buat kerja rumah. Aku masih menjaga tutur kata.

Aku set dalam otak “anak orang, tak boleh marah2, tegur2″… takut nanti ayahnya tak suka orang buat begitu kepada anak2nya. Jadi aku mengambil pendekatan, dengan beritahu apa2 yang tak kena atau melampau terus kepada ayahnya.

Contoh situasi : Seringkali anak perempuannya masuk ke bilik kami, mesti barang2 skincare atau mekap aku akan hilang.

Bila nak pakai je takde, memang aku nak angin juga lah. Tapi tak nak tuduh sebarangan. Aku akan cek dulu di bilik anaknya. Dan memang terbukti, anak perempuannya ambil dan pakai sehingga habis.

Aku pernah bagitahu kepada ayahnya yang aku tak berkira pun.. cumanya kena ajar / tegur anak adab untuk minta izin ambil atau nak guna barang orang. Hatta dalam rumah sendiri. Ini supaya dia tahu perbuatan tu salah.

Mana lah tahu nanti dia duduk di asrama, dia akan dituduh mencuri. Bagi dia tidak salah, sebab tidak pernah diajar dan ditegur yang itu merupakan satu kesalahan.

As usual, ayahnya punya respon, dia akan marah dan tengkin saya balik. Dia cakap, “Berapa sen sangat kau punya barang?? Aku boleh bayar lah. Kau nak cakap anak aku takde adab lah?”

Sambil membaling skincare aku yang dia jumpa dalam bilik anaknya ke arah aku sambil berkata, “Hah puas hati kau??”

Tergamam aku. Tak sangka begitu respon ayahnya. Aku memang marah bila setiap kali nak pakai, ada je barang aku hilang. Kalau nak, minta izin, aku ok je. Dan memang niat aku Lillahitaala, nak mendidik budak2 tu adab. Tapi seringkali disalah erti oleh ayahnya.

Sebenarnya panjang lagi kisahnya.. kalau ramai nak tahu, mungkin aku boleh buat next confession.

To cut it short isu2 berkaitan anak dia yang perlu ditegur, jika diluahkan kepada ayahnya, akan berakhir dengan pergaduhan kami suami isteri.

Ayahnya marah bukan sikit2.. marah, tengking, maki hamun macam dirasuk hantu.. isu2 begini berlarutan dan masih berulang hingga ke saat ini..

Yang mana sekarang aku di fasa sudah lelah. Sudah tidak mampu bertahan.

Aku bangun seawal 5 pagi untuk siapkan breakfast dan bekal mereka anak beranak, aku hantar bekal lunch pulak untuk anak beliau, ambil pulak balik KAFA. Aku buat semua kerja rumah. Tak pernah marah anak2 nya.

Jujurnya, emosi aku penat menguruskan peel ayahnya dan anak2 nya. Tapi masih aku bersabar.. cumanya aku perlukan support seorang suami..untuk memahami kelelahan emosi seorang isteri yang nak mengadu hal anak2..

Walaupun aku ibu tiri, aku tak berhak bersuara apa yang tak kena? Aku hanya perlu telan saja sorang2?

Kau nak aku urus anak2 kau, tapi bila anak2 kau menyakiti atau buat perkara2 yang aku tak suka, aku tak boleh mengadu pada kau?

Niat aku lillahitaala.. bukan nak bagi jadi tak elok.. tapi nak bagi jadi lagi elok.. yang mana tak betul.. memang kena tegur budak2 ni..hatta kalau aku ada anak sendiri pun, memang aku akan tegur.

Fyi, ayahnya sejenis tak ajar anak2 buat kerja rumah. Anak2 semua dah besar tapi tak reti urus diri, pemalas, bilik kotor teramat, belajar pun tak pandai, adab pun kelaut. Kalau makan di depan TV, maka nya plastik2 jajan atau cawan2 air, akan ditinggal di situ saja.

Begitu juga dalam bilik.. kotor nauzubillah.. plastik jajan ke air kotak ke bertebaran di atas lantai, atas katil, makanan basi dalam mangkuk ditutup dengan cadar, di biar atas katil.

Salah nya di sini, ayahnya terlalu sensitif, dan menganggap aku sengaja cari keburukan dia dan anak2 dia. Aku sengaja menghina anak2 dia.. mentang anak2 dia anak yatim.. Ya Tuhan.. aku dah tak berdaya..

Panjang lagi kisahnya.. nanti aku sambung next confession.

– Suriram (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Keluar la sis dari life macam tu.
    Kita cuma hidup sekali, jangan bazir masa dengan orang yang macam tu.
    Dah macam maid dah, suami & anak tiri tak hargai sis pon

  2. ni bukan nak jadikan isteri. ni nak jadikan orang gaji. senangkan diorang anak beranak

  3. kesian u. kahwin kali kedua pun masih macam ni. keluar la sis dr kehidupan mcm ni. ini bukan level bini, macam bibik je. melampau lah nak tegur anak pun melenting.

  4. Tahniah…sbb takut title janda, awak dapat title bibik orang. Isteri dulu pun meninggal sbb stress dengan perangai anak beranak ni. Nak jadi mcm tu ke?

  5. Bincang dulu hati ke hati dan kalau perlu libatkan seseorg yg dipercayai utk merungkai mslh yg dihadapi. Kalau masih tak mau berubah pilihlah jalan sebaiknya. Jgn lupa istikharah.
    Mmg seumur hidup itu terlalu lama utk mngadap hidup yg mcm tu.
    All the best confessor!

  6. Mana2 sama jer ha.. Time belum dapat.. beria la hai usaha.. dah dpt dibibik kan bini tu.. bibik tak berbayar.

    Suami tu pernah tgok tak bilik anak dia yg pemalas tu. Biar dia tgok bau bilik anak kesayangan dia tu. Ee tak paham aku manusia boleh duduk dlm bilik kotor mcm tu

  7. Bukan ja jd bibik tak berbayar, jadi hamba abdi la gitunya tu…keluarkanlah dr situasi yg meletihkan ni,jgn jadi bodoh bangat…

  8. Deknon risau acik baca.

    Stop deknon.

    Sambil gambar bukti kotoran tahap iblis anak anak tiri you.

    Pergi pejabat agama. Failkan cerai.

    Lari deknon keluar dari rumah ITU.

    Mak tiri pon wajib dihormati dah pengotor patotlah lski kau dan anak anak tiri perangai buruk. Rumah menjemput iblis syaitan Jin.

    Malaikat pon tak ingin masuk rumah tak ada berkat.panas rupa kena rasuk. Seronok setan ada rumah di sebalik kotoran anak betina tiri you yang bodoh tuh

    Belajar tak pandai. Gatal nak melawa curi skincare dan cosmetics mak tiri.
    Adab takdak. Suami pon bangang. Orang lain di luar semasa menjalankan tugas sahaja bising.

    Orang BIADAB MEMANG SUKA BERLAGAK KAYA. PERASAN DUIT DIA BOLEH BUST ORANG HORMAT.

    Kau tua ka muda ka. Kalau BIADAB DENGAN isteri sendiri maki hamun sedangkan isteri tak buat salah. Kompom sama pekerja retails, di pasar raya, pekerja kaunter dia pandang HINA. Walau pon majority pekerja ada ijazah dah graduated bukan bangang cam anak sendiri yang belajar pon malas. Di university pon bapak kena pos baju KAH KAH KAH KAH KAH anak jantan pon tak mahu berdikari.
    Dok maki orang yang mereka anggap bawah kaki mereka sedangkan mereka itulah yang HINA!!!!!!!

    Terimbas kenangan pergi ke tempat hantar barang ada betina kepam menjerit masa acik lalu. Dasar tak ada adab kau siapa nak maki pekerja????????

    Tak kesah lah kau ada keluarga lawyer ka polis ka, menteri ka. ITU bukan ticket nak jerit hamun orang! Esok kena tindakan undang undang mulalah nangis air mata pelesu minta maaf KAH KAH KAH KAH HINA betul orang BIADAB TAK MAHU IKUT ATURAN, SOP, DAN TATASUSILA MASYARAKAT

    Point acik deknon DENGAN kau sebagai keluarga pon dia kurang ajar macam takdak agama. Sudah pasti dengan orang luar PERASAN terpaling entitled nak disembah dan di layan LEBIH SEGALA GALA!

    BERHENTI JADI HAMBA ABDI KETURUNAN KUAT HAMUN JERIT ORANG TAK ADA ADAB INI.

    BIARKAN MEREKA ANAK BERANAK PUPUS!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *