Suami & Silent Treatment

Korang, aku cuma nak meluah perasaan je.

Suami aku ni kuat merajuk. Hal kecik & remeh je dia boleh ambil hati & merajuk. Kadang-kadang aku rasa dia perempuan, aku lelaki.

Kami dah nikah 12 tahun, aku ada jugak tegur kurangkan merajuk tu. Dah kurang la jugak, tapi setiap minggu ada je perkara yang dia nak merajukkan. Udah ler keluarga dia macam tak berapa suka aku.

Aku cuma ada suami je sebab aku dah berhenti kerja sejak bersalin anak ke-2. Aku bantu bisnes kedai makan dia + dia penjawat awam (gov. servant). Tapi makanan tradisi negeri dia la.

Kadang-kadang aku pun terasa hati sebab dia balik rumah, tiba-tiba dia start perang dingin dengan aku. Tiba-tiba balik rumah dia akan cari kesalahan aku.

Ada beberapa kali dia cakap kenapa asal dia balik rumah je dia rasa nak marah aku tanpa sebab? Dia cakap rasa marah tu membuak-buak. Isteri mana tak terasa kan bila suami cakap macam tu.

Kadang-kadang aku rasa tu habit dia, suka cari salah aku. Dia sayang aku tapi masih rasa aku ni orang luar. Kami ada juga jumpa ustaz, tapi ustaz cakap ada gangguan hati.

Sekarang ni aku rasa anxiety kalau dia balik rumah. Aku akan siapkan mental aku dia akan cari salah aku. Lagi-lagi kalau dia balik lewat, aku dah start rasa mood aku ke laut sebab lagi lewat dia balik, lagi la dia buat perangai moody dia. Dia ada la 2 tahun sebelum ni tidur di ruang tamu.

Sampai aku bersalin anak ke-4, dalam pantang dia masih nak tidur kat ruang tamu. Aku geram, aku baling botol susu anak, suruh dia tidur dalam bilik. Aku dalam pantang, czer kali ke-4. Emosi tengah rapuh, anak menyusu badan, high demand, prolonged jaundice.

Kadang-kadang aku rasa dia sayang aku, kadang-kadang aku rasa aku ni tetap orang luar. Dia pun ada la kantoi simpan gambar bekas pekerja yang tak senonoh. Aku issue-kan hal ni, dia cakap aku kuat kongkong dia.

Aku ni nak pandu keluar dari daerah tempat aku duduk pun dia tak bagi. Dia boleh pergi ke mana-mana dengan rakan pejabat dia. Dia pun ada group WhatsApp lelaki yang suka cerita hal perempuan. Aku tak suka.

Semalam, dia balik lambat lagi sebab siapkan barang kedai. Tapi mental aku dah breakdown, semalam dah ready dia akan balik kemudian turn off dengan aku, cari salah aku. So bila dia balik, aku pula yang jadi tantrum. Aku rasa tak berkesudahan.

Tapi depan orang dia la ayah terbaik, suami terbaik. Kebaikan aku tolong bisnes dia tak pernah dia cerita kat keluarga dia. Dah dia kerja kerajaan kan, aku yang bangunkan bisnes kecil-kecilan dia sejak kami tak bertunang lagi.

Tapi keluarga dia fikir aku tumpang senang, goyang kaki. Aku tak pandai bawa kereta, tak pandai masak, tak tolong suami.

Aku faham suami aku provider, ada aset jugak atas nama aku tapi aku juga terlibat dalam bisnes dia. Apa aku buat sebulan ni, aku update status WhatsApp tak tentu hala khas untuk tatapan kakak ipar aku yang ingat aku goyang kaki.

Kepada suami aku, kami ada perasaan sayang. Tapi entah kenapa ada ego masing-masing yang jadi tembok. Tolong jangan bagi silent treatment macam ni, sesungguhnya hati isteri ni sangat rabak.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Lelaki mana nak cerita jasa pengorbanan istri kpd fam dia..sebab ego .Dia x sedar di sblk kejayaan suami tulang blkg adalah istri

    Kebanyakan penjawat awm ni ada group merapu yg membawa kpd kelalaian dan budaya -ve.

    Dia xnk layan sis sebab ada benda lbh menarik utk dia layan.Cuba cek fon dia tntu ada apps pelik2 dlm tu pelbagai hiburan ada.Zmn skrg apps2 mcm tu dicipta utk merosak manusia meruntuhkan akhlak manusia

    Jgn tagih ksh manusia.Cr cinta Allah.Kdg Allah htr suami bermasalah utk sis sedar dan back to Allah pemberi mslh.Buat lah istigfar mohon ampun atas semua dosa2 sis sepanjang couple dgn suami dulu..menyesal atas dosa..insaf..solat taubat..banyakkan mengaji (baca tafsir).
    Semoga jd ubat hati.Itu sajalah jln penyelesaian.Moga2 hati tak lg rapuh tergila2 kasih manusia.

    Kita x blh nak merubah org tp blh ubah cara fikir kita.Jgn ditagih kasih manusia tu aje.

  2. Pegi keluar cari kerja balik la sis. Cari kawan. Cari circle. Suami kau tu berani buat mcm tu sebab dia tau.. kau tak de sapa pun kau nak berpaut dgn mengadu.

    Sudah2 la berharap dgn dia. Kalau aku dh org palau.. 20 juta kali aku palau balik. Lantak la kau suami ke tak. Ingat kau suami entitled sgt ke? Bini ni bukan tunggul kayu.

    Kau settle tanggungjawab kau.. Mkn minum pakai dia.. Lepas tu kau pergi la sibukkan diri. Belajar bwk kereta/Baking/jahit baju/baca buku. Banyak benda kau boleh buat. Bukak je YouTube belajar. Tak payah lagi terhegeh hegeh cari laki kau tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *