Suami Tak Seperti Yang Disangka

Assalamualaikum semua, tujuan aku meluahkan adalah kerana inginkan nasihat dan dalam masa yang sama pembaca tidak tahu identiti penulis.

Seperti tajuk di beri, masalah aku ialah berkaitan karakter suamiku seorang pendiam.

Mungkin kurang sesuai untuk menggunakan platform ini, tetapi aku rasa lebih baik dari KRT sebab risau rumusan yang aku bakal dapat dari pendapat pembaca di sana lebih banyak negatif dari positif.

Aku berumur awal 30-an dah berkahwin selama hampir empat tahun dan mempunyai seorang anak berumur tiga tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.

Tahun pertama perkahwinan semuanya tampak indah. Namun semenjak anak aku lahir, aku mula rasa kurang bahagia dengan suami mungkin di sebabkan faktor kurang komunikasi antara kami.

Sejujurnya, boleh di bilang dengan jari berapa kali sahaja kami akan bercakap sepanjang hari tu, itu pun berkisarkan tentang nak masak apa? Nak makan apa?

Soalan yang sama akan di tanya untuk hari berikutnya. Sewaktu bercinta setiap malam dia akan call aku dan kami akan berborak sehingga sejam.

Macam-macam cerita yang di kongsikan. Semuanya berubah selepas kami mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Semenjak aku kahwin, aku dah stop hang out dengan kawan, life aku banyak habis di rumah di sebabkan anak pun masih kecil.

Apabila aku stress dan perlukan teman untuk meluah tentang masalah kerja, pernah dia kata yang dia tak nak tahu dan sebetulnya dia tidak suka sebab baginya aku seperti merungut.

Terdiam aku waktu tu. Aku sangkakan suami boleh menjadi kawan baik sepanjang hidup untuk berkongsi suka duka, namun sangkaan ku meleset.

Suamiku kurang bercakap dan bercerita sehinggakan semasa awal perkahwinan aku tidak tahu apa jenis pekerjaan yang dia buat di office.

Weekend pula, dia akan menghabiskan masa dengan game,tengok movie atau handphone.

Selain dari tu, kami juga dah lama tidur berasingan. Bila ditanya, alasan katil tidak muat untuk kami bertiga. Semakin kurang sentuhan kami suami isteri.

Namun, tanggungjawab sebagai isteri aku buat seperti biasa apabila diminta.

Agaknya bagi lelaki, sentuhan yang di maksudkan berakhir dengan hubungan kelamin semata sedangkan bagi aku, pelukan biasa pun dah buatkan aku gembira.

Tapi itu lah, kadang-kadang timbul rasa kurang ikhlas sebab dalam kepala aku, suami aku hanya akan perlukan aku apabila dia nak puaskan nafxxnya sahaja. Ampunkan aku ya Allah.

Bila keluar pula, kami dah tidak berpegangan tangan, aku cuba juga pegang tangan dia, tetapi tak lama lepastu dia akan lepaskan seolah seperti tidak suka. Tersentap juga lah aku waktu tu.

Aku pun dah lupa bila kali terakhir dia pegang tangan aku, boleh jadi tiga tahun lepas mungkin. Sejujurnya aku rindu sangat dan dahagakan perhatian dari dia.

Masalah aku bertambah buruk apabila banyaknya perbelanjaan rumah dari duit gaji aku. Aku cuba untuk bertolak ansur disebabkan gaji aku sememangnya lebih banyak berbanding dengan suami.

Jadi jika di timbang tara punca suami berubah sikap disebabkan faktor pening dengan komitmen dan tanggungjawab, aku rasa kurang munasabah.

Aku juga yakin dia tidak berkawan dengan perempuan lain.

Selain dari sikapnya yang kurang beri perhatian dan kasih sayang kepada isteri, dia masih seorang abah yang baik buat anak kami.

Dia tidak kekok untuk tolong uruskan anak, mandi dan suapkan anak makan. Anak pun memang rapat dengan dia.

Cumanya, apabila aku dilanda rasa sedih dengan sikap dingin suami, aku terasa seperti mahu berpisah,

Sebab aku tidak mahu menghabiskan masa tuaku sakit hati dengan seorang lelaki yang tidak menghargai kewujudan aku.

Adakah aku selfish?

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *