Suami Tidak Ada SPM dan Tidak Solat

Saya adalah seorang isteri yang telah berkahwin selama 5 tahun.

Semalam saya baru tahu suami saya tidak ada sijil SPM. Selama ini saya sangka dia telah belajar hingga kolej sebab dia pernah kata kepada saya. Suami kata sijil-sijil dia hilang semasa banjir.

Semalam saya mencadangkan dia pergi hadir interview kerja lain yang kriteria minimum SPM dan dia terus terang dengan saya yang dia tak ada SPM.

Alangkah terkejut saya masa itu. Termenung lama saya memikirkan hal ini.

Saya pula adalah seorang graduan degree dan bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Kedua, selama perkahwinan ini saya tidak pernah lihat suami saya solat.

Dan bulan Ramadhan kadang-kadang dia tak puasa. Entah-entah dia tak pernah puasa. Semasa siang bulan Ramadhan dia pernah ajak saya atas katil.

Latar belakang keluarga saya ialah yang tidak pernah tinggal solat 5 waktu. Keluarga saya tidak tahu yang suami saya tidak solat dan tidak puasa.

Suami saya jarang luangkan masa dengan keluarga Saya sebab dia bekerja siang sampai malam. Sebelum kahwin pun saya tak tahu tentang suami macam ini.

Ketiga, sebelum berkahwin dia ada kata dia ada harta tanah. Tetapi selepas perkahwinan sebenarnya tanah itu milik ayahnya yang masih hidup lagi.

Keempat, awal-awal perkahwinan saya telah beli sebuah kereta tetapi keluarga suami saya sangkakan itu kereta dia.

Terasa hati saya bila dengar adik dia kata suami saya ada dua kereta, so adik dia nak pinjam kereta saya. Dan abang dia pernah tanya berapa bulanan suami saya bayar untuk kereta itu.

Hairan kenapa suami saya tak berterus terang sahaja dengan mereka yang kereta itu kereta saya. Setiap kali balik kampung suami, suami saya guna kereta saya.

Masa awal-awal beli kereta ini dan balik kampung suami, family suami saya teruja dan nak test naik kereta itu.

Tetapi saya terpaksa tinggal di rumah sebab kereta dah penuh. Haha. Arwah mak mertua sampai dah meninggal dunia dia sangka itu kereta anak dia.

Suami saya telah jual kereta lama dia. So saya paksa dia cari kereta baru lain. Sebab sampai bila dia nak bergantung kepada kereta saya.

Kelima, semasa awal-awal perkahwinan saya yang mencari rumah untuk tinggal. Suami saya nak stay kat rumah ibu saya sahaja semasa itu.

Tetapi rumah ibu saya ada adik-adik anak dara jadi tak sesuai untuk kami tinggal situ.

Jadi saya membuat keputusan sendiri untuk cari rumah sewa dan cari perabot semua sendiri seorang-seorang. Deposit rumah sewa, perabot, barang elektrik semua menggunakan duit saya.

Selepas itu, saya paksa suami saya tinggal di rumah sewa itu.

Keenam, awal-awal perkahwinan dia bagi nafkah RM1000 sahaja kepada saya tetapi rumah sewa dan bil semua saya yang bayar.

Mula-mula saya ikhlaskan tetapi lama-lama macam melampau pula sebab duit simpanan dia beribu dan duit simpanan saya tinggal beratus sahaja.

Selepas saya voice up, baru dia bagi nafkah lebih.

Kesimpulannya, suami saya dan saya tidak sekufu.

Saya ada tengok ceramah UAI dan ustaz-ustaz lain tentang suami tak solat. Dia kata isteri kena pisah.

Ya Allah, berilah aku petunjuk dan jalan penyelesaian.

– Isteri Dilemma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jom kita kahwin. I xde spm jgk, tpi i jaga solat and importantly i boleh show u my asset with geran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *