Suami Tidak Romantik

Hi semua pembaca IIUM Confession.. Saya puan F.. Juga pembaca setia ruangan ini bertahun lamanya dan tidak menyangka akan turut menghantar confession di sini malam-malam sunyi begini.. 

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana confession saya ini mengandungi unsur2 dewasa atau lebih tepat menyentuh isu layanan batin pasangan suami isteri.. 

Straightforward, saya sering membaca keluhan para suami yang tidak mendapat layanan batin sewajarnya dari pasangan.. Ada yang suggest untuk berpoligami sekiranya mereka mampu dari segenap aspek..

Namun bagaimana pula cara untuk menangani masalah isteri yang tidak mendapat layanan batin dari suaminya?

Baiklah, sedikit background mengenai diri saya & suami.. Kami berusia awal 40an.. Boleh dikatakan sekufu dari segi latar belakang keluarga, pendidikan dan kerjaya.. Kami further study sehingga ke peringkat master dan score 4 flat..

Kini memegang jawatan di peringkat pengurusan.. Masing-masing memiliki pendapatan bulanan 5 angka setiap seorang serta pelbagai aset lain bernilai jutaan ringgit.. Diringkaskan financially stable.. Alhamdulillah syukur sangat.. 

Kami dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan yang sedang meningkat remaja dan bersekolah di sekolah berasrama penuh.. Bagi saya dan pasangan, memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan ini merupakan bonus dan sangat bersyukur di atas kurniaan ini.. Bila cuti sekolah / cuti awam kami 4 beranak gemar travel dan alhamdulillah kami juga telah menunaikan ibadah umrah menggunakan pakej premium yang selesa.. 

Saya juga rasa beruntung kerana parents dan ahli keluarga yang lain tinggal berhampiran manakala in-laws saya semuanya baik belaka.. Kiranya support system di keliling saya sangat strong.. Life feels good and perfect.. 

Jadi, apa yang tidak kena lagi?

Lumrah manusia tentu akan ada juga prob kan.. Prob saya mungkin remeh di mata org lain namun jiwa saya terseksa & isu ini sangat sukar & memalukan sekiranya dibicarakan openly.. 

Isunya di sini ialah suami saya tidak romantik.. Maksud saya suami saya seperti sudah hilang minat terhadap saya dan saya tidak pasti di mana silapnya atau adakah saya yang over?

Suami saya ini seorang yang menjaga solatnya & mampu menjadi imam buat keluarga kami dan di pejabatnya.. Baik & sangat prihatin hal anak2, seorang yang lembut tutur katanya lebih2 lagi terhadap orang tua (parents & adik-beradiknya pun memang jenis menjaga tutur kata)..

Seorang yang kelakar juga & mempunyai ramai circle of friends, gemar bersukan dan bersenam, suka kucing.. Raut wajahnya manis.. Peramah.. Okay cukup la kot.. Kalau saya cerita lebih-lebih korang meluat pula huhu.. 

Masalahnya sekarang, suami hanya kadang-kadang je menyentuh saya.. Setahun sekali.. Dua tahun sekali.. Saya tak faham.. Bila part bergurau-senda, bermanja, bersembang okay je.. Tapi bila bab tu suami krik2…

Mungkin pembaca ingat saya tak attractive sebab tu suami dah tak nak kat saya.. Hmmm macam ni lah, saya angkat bakul sekejap ye.. Walaupun saya telah berusia awal 40an namun ramai yang mengatakan bahawa saya nampak lebih muda dari usia sebenar..

Saya dikurniakan kulit yang cerah, berhidung mancung.. Nak kata cun sangat tu saya tak berani tapi bagi saya sedap lah kot mata memandang.. Bmi saya normal.. Saya juga gemar bergaya dan berpenampilan kemas.. Simple yet elegant.. 

Saya suka memanjakan diri di spa & I invest a lot in beauty products & fragrances.. Mengambil berat soal kesihatan juga contoh make sure to get enough sleep, keep hydrated & minimize sugar intake.. In short, saya ni bukanlah typical makcik-makcik type ye.. 

Banyak juga effort saya to win his heart & give spark to this relationship namun tidak berhasil.. Asal saya nak intro je dia cakap dia ngantuk lah, nak keluar bersenam lah dan pelbagai alasan lagi..

Suami lebih gemar bermain hp dan menonton tv.. Tinggallah saya terkontang-kanting dan terseksa jiwa batin.. Saya try mcm2 ye.. Sexy lingerie, new beddings, ensure bedroom smells nice etc. 

Saya ada check hp suami manalah tau kalau suami ada scandal tapi memang tak jumpa lah.. Tak jumpa sebab memang takde scandal lah kot?

Saya tanya suami kenapa dah tak macam awal2 kahwin dulu.. Suami cakap we are not young anymore.. Bagi suami, intimacy dah tak penting buat masa sekarang ni.. 

Saya pula jadi malu bila suami jawab mcm tu.. 

Am I too desperate? But I still have the desire.. I long to be cuddled.. Sebab tu saya tanya di awal2 intro tadi, kalau orang lelaki boleh berpoligami sekiranya isteri tidak dapat melayan suaminya.. Tapi bagaimana pula bagi pihak isteri yang dahagakan sentuhan dari suaminya?

Mungkin remeh di mata kalian tetapi cukup menjadikan fikiran saya bercelaru.. Saya juga sering baran di tempat kerja mungkin juga atas faktor kurang belaian kasih sayang ini?

Kalau janda takpe at least you all tiada lelaki di sisi jadi takdelah geram sangat kan? Saya ni suami yang kacak ada di depan mata tapi tak boleh nak buat apa-apa, just tengok je lah huhu

Mohon pendapat dari pembaca sekalian.. 

Atau adakah lagi wanita di luar sana yang senasib dengan saya.. 

– Puan F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *