Suamiku Itu Sahabatku

Assalamualaikum. Maaf sekiranya page ni dijadikan luahan ala krt. Dah lama rasanya ingin cari tempat luahan. Lepas baca luahan isteri kedua baru-baru ni tergerak hati untuk cuba menaip. Moga ada yang sudi membaca.

Saya berkahwin dgn suami saya lebih 5 tahun lepas. Dari awal berkahwin saya dah mula pelik dengan perangai dia. Dia tak ada ciri- ciri lelaki dan suami sejati. dia suka berkawan dengan lelaki muda awal 20an. Kami ni 30an. Awal perkahwinan dia selalu moody dan panas baran. Tapi sifat baran dia dah berkurangan. Cuma masih tiada kemesraan suami isteri antara kami. Senang cerita saya detect dia songsang tapi dia tak tunjuk. Dan saya percaya dia bukan yang buat benda tak baik selepas berkahwin dengan saya. Sebelum berkahwin saya taktau.

Sejak awal perkahwinan kami sukar tidur sebilik. Sebab dia memang takkan tidur. Dia akan gelisah dan saya akan makan hati. Saya tau dia tak mampu. Selalunya dia akan keluar dari bilik. Tapi nak dijadikan rezeki kami dikurniakan seorang zuriat. Selepas usia anak kami hampir setahun, suami saya selalu sakit. Dia disahkan menghidap HIV. Agak2 apa perasaan saya? Lepas dapatkan treatment Alhamdulillah dia dah sihat. Tetapi hingga kini dia tak pernah sentuh saya sebagai isteri. Alasan dia takut berjangkit. Saya tau itu hanya alasan. Sebab dia tak cuba pun manjalin hubungan mesra suami isteri. Kami hidup macam kawan. Kalau pergi jalan jauh kena tidur hotel, kami akan tidur sebilik. Itupun biasanya dia akan tidur katil asing. Memang saya sungguh2 makan hati tidur sebilik / sekatil dengan dia. Dan sekarang kami dah duduk berasingan. Saya pulang ke negeri asal. Saya tak mampu makan hati tinggal sebumbung.

Dah macam-macam saya luahkan pada dia. Dah cuba berbincang. Mungkin dia sangat ego untuk terima kekurangan diri. Dia biarkan saya terseksa. Dia pernah kata kalau saya tak sanggup, pergilah ke mahkamah sebab dia akan macam ni juga. Masalahnya bukan mudah untuk saya. Banyak perkara perlu difikirkan. Anak saya sayangkan dia. Saya juga anggap dia macam sahabat saya. Tapi macamana pula dari segi hukum? Mungkin dia dah terlalu biasa hidup begini dengan biarkan saya memendam rasa. Sampai saya dah taktau macamana hubungan suami isteri yang normal. Kadang2 suka sangat baca kisah bahagia suami isteri dan masih ada banyak suami baik wujud dalam dunia ni.

Macamana dia kena hiv? Dia tak pernah nak akui dia songsang dan buat benda haram tu. Itu buat saya sangat confuse. Penyakit dia hanya saya dan mak sahaja yang tau.

Sampai bila saya harus begini? Baru-baru ni saya luahkan lagi pada dia. Taktau untuk kali keberapa. Saya minta dia fikirkan halatuju dia, saya dan kami. Sampai bila kami perlu hidup macam kawan dan teman serumah? (2@3 bulan sekali dia akan balik jenguk kami). Dia terang2 memang abaikan hak saya dan tak mampu pandang saya sebagai isteri. Saya pelukan sekurang-kurangnya pelukan mesra dan ikhlas sebagai suami isteri. Dia ada cuba peluk saya tome shopping tapi saya tau dia kekok. Lain perasaan tu. Macam pelukan kawan. Susah nak bagi orang lain faham.

Walau ada keburukan dia, tetapi masih ada juga kebaikan dia. Hidup seperti teman serumah. Masing2 jalan tugas masing2. Kalau ada benda rosak, benda yang perlukan lelaki buatkan, bila dia balik dia akan cekkan. Kadang2 kami sering berbual telefon, berkongsi suka dan duka, dan sama2 berkongsi dan bagi pandangan bila ada masalah. Dia kawan yang caring. Dia juga bertanggungjawab pada anak, jaga solat, kadang2 bangun tahajud dan selalu bersedekah.

Jika readers cadangkan untuk kami bercerai, macamana kehidupan saya dan dia selepas ini? Macamana juga dengan dia yang dah tiada siapa? Hidup sebatang kara. Dan sebenarnya kehidupan dia sangat menyedihkan. Dia tiada siapa selain keluarga saya. Kalau nak stay, macamana saya nak tahan hati hidup tanpa kemesraan suami isteri? (Dengan kawan bujang dia elok je. Lepas dapat jumpa kawan dia, dia boleh cakap sangat baik elok2 je dengan saya. Taktau macamana nak explain). Even saya terus terang dengan dia kalau dia pergi mana2 dengan kawan saya tak sanggup terima dia tidur sebilik dengan kawan dia. kawan2 dia memang taktau menahu pasal dia. Mak ayah dia pula dah tak ada. Mak saya pun dah terlalu tua dan sakit untuk dibebankan dengan masalah saya.

Harap tiada yang mengecam kami. Saya sering berdoa agar tuhan tentukan segala yang terbaik buat kami. Kami masing2 cuba tambah amalan kami. Terima kasih pada yang sudi membaca. Terima kasih juga iium jika postkan confession saya ni. Mohon maaf jika ayat berterabur.

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *