Assalamualaikum. Aku Amani. Dah dua tahun aku jadi isteri orang. Aku bekerja manakala suami aku bisnesman di rumah.
Tujuan aku tulis ni nak minta nasihat dan pendapat korang. Aku tak tahu yang suami aku ni pengotor atau tak ?
Aku bagi situasi. Suami aku memang rajin masak. Bab masak ni dia memang terer. Dia akan masak bila aku tak larat letih balik kerja.
Tapinya bila dia masak.. Allahuu memang bersepah dapur. Plastik dibiarkan. Kulit bawang bersepah.
Semua peralatan dapur dia guna. Kalau periuk tu dia guna untuk rebus, dia sanggup ambik periuk lain untuk goreng ayam. Periuk lain untuk goreng ikan. Periuk lain untuk masak sayur.
Balang gula dibiarkan terbuka sehingga semut penuh. Botol sos dan kicap tak bertutup. Sehinggakan dapur tu tak ada ruang.
Habis masak dia biarkan saja. Aku nak kemas dia tak bagi. Siap marah2 lagi. Katanya nanti dia kemas.
Masalahnya dia tak kemas. Kalau dia kemas, 2 hari selepas tu baru dia buat. Pada akhirnya aku jugak kena kemas.
Aku bekerja. Balik kerja nak rehat2. Namun mata aku sakit tengok dapur yang berselerak. Mahu tak mahu aku kemas jugak. Sebab aku nak masak untuk anak aku.
Pernah hampir 2 minggu tiap2 hari lepas balik kerja aku kemas dapur saja dalam 2 jam. Penat gila!
Aku slow talk kat suami aku. Tak tahan dengan perangai dia macam tu.
Dia marah aku walaupun aku cakap elok2 dengan dia. Katanya keluarga dia tak pernah paksa dia untuk buat kerja. Kalau nak buat silakan. Kalau tak nak tak payah buat.
Hmmm lepastu aku bergaduh dengan suami sebab perkara ni.
Baru aku faham kenapa suami aku kata macam tu. Rupanya keluarga suami aku pon begitu. Dapur selalu dibiarkan bersepah.
Kalau aku balik rumah suami aku memang aku tak jejak kaki kat dapur.
Pernah kaki aku terpijak minyak masak terpakai kat dapur rumah mentua aku. Dibiarkan saja. Tak dilap. Sampah dibiarkan melimpah.
Aku cuba cara lain. Aku tak kemas dapur. Biarkan saja. Ingatkan suami aku nak kemas sebab dia akan guna dapur untuk bisnes dia tapi sangkaan aku meleset.
Dia sanggup ambik periuk lain untuk masak! Makin bersepah dapur.
Kedua, bab sampah. rumah aku kat kawasan kampung. Nak buang sampah kena naik kereta pergi buang sebab moto tak ada.
Pernah hampir sebulan sampah tak pernah dibuang. Aku dah tolong letak sampah dalam plastik sampah hitam. Tinggal nak buang saja. Itupon suami aku tak pergi buang.
Aku cuba cara lain. Aku buang sampah sendiri. Dia marah katanya nanti dia buang laa. Masalahnya dia tak buang2 jugak. Stress aku. Aku cuba cara lain.
Aku letak sampah kat luar rumah. Tak jadi jugak. Sampaikan sampah tu penuh ulat. Aku pejamkan mata.
Sehinggakan aku gaduh dengan suami aku sebab sampah tak dibuang. Baru dia pergi buang.
Ketiga, rokok. Suami aku perokok tegar. Aku dah nasihatkan dia berhenti sebab ada anak kecil. Dia tak dengar cakap aku pon. Usaha nak berhenti pon tak dak.
Dia hisap rokok luar rumah. Tapi, habuk rokok dibiarkan bertaburan atas lantai. Bukan sebatang rokok ya. Berkotak2 dia hisap.
Lantai tu dah kelabu sebab penuh sangat habuk rokok. Aku malu dengan jiran. Jadi aku tolong kemas. Kutiplah segala puntung, kotak dan habuk rokok kat lantai walaupun aku benci gila dengan rokok.
Ingatkan dia nak berubah rupanya masih sama. Malah dia marah aku sebab katanya nanti dia akan kemas. Masalahanya perkataan nanti tu ibarat dia memang tak akan kemas.
Aku cuba cara lain. Aku bagi bekas untuk letak habuk. Tak jadi. Aku fed up.
Baju dan pakaian letak merata rata atas lantai. Aku letakkan penyangkut supaya mudah untuk dia sangkut. Tak jadi. Aku letak bakul dalam bilik. Still baju tu bersepah atas lantai.
Banyak lagi nak diceritakan. Tapi cukuplah. Cara lembut dah pernah guna cara kasar pon aku pernah guna. Tapi tak jalan.
Aku mengharapkan ada insan2 yang boleh bagi tips khususnya supaya suami aku boleh berubah.
Doakan juga supaya aku dapat bersabar dengan perangai suami aku ni. Aku nak sangat dia berubah. Kami ada anak. Aku tak nak aku terbiasa dengan perkara2 sebegini.
Terima kasih..
– Amani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit