Suamiku Seorang Gay

Assalamualaikum. Firstly, aku bukan homoseksual. Aku tidak menyokong, tidak menyeru, tidak menghalalkan, tidak mengalakkan atau apa2 pun perbuatan yang menyebabkan aku dikecam “bersetuju dgn golongan homoseksual”. Tidak. Agama says no, so it is a big NO. Fullstop. Cuma yang ceritakan ini adalah kisah yang jarang orang nampak. Kata orang, the other side of the story.

Cerita bermula apabila mak aku bertemu kembali dengan kawan baik dia masa reunion sekolah menengah dulu. Bila berjumpa terus contact kerap sebab masa sekolah dulu mak aku memang rapat sangat dengan kawan dia ni (also my MIL).

Masa ni aku single dan available cuma pekerjaan aku ni bizi yang amat jadi tak ada masa nak fikir pasal jodoh pun. Husband aku, khairi pun single dan (supposed) available masa tu. Jadi, biasa lah golongan mak2 ni, nak jodohkan aku dan anak kawan dia. Aku anak yang patuh (most of the time) so aku iyakan je permintaan mak aku untuk kenalkan aku dengan khairi.

So satu weekend ni, khairi dan MIL aku pun datang rumah. First thought aku bila tengok khairi ni, handsome nya dia yaa ampun. Pakaian smart, kemeja dengan lengan baju dilipat rapi hingga menghampiri siku, rambut fesyen pacak (fesyen hot 8- 9 tahun dulu), jeans biru tua, badan yang terjaga elok (tak sado sangat, tapi tak keding), bibir pink dan kulit yang tiada berkumis pun. Memang handsome dan ketinggian yang ok untuk orang asia.

Khairi bekerja sebagai penjawat awam. Dia tua 6 tahun dari aku. Tutur kata khairi lembut, bukan jenis aggresive. Tak banyak cakap sangat. Since aku pun “ok” looking, so aku tak la rasa insecure sangat bila tengok rupa paras khairi. Bila mak aku tanya khairi masa pertemuan kami tu, khairi setuju tak nak berkenalan lebih dalam dengan aku? Khairi setuju.

So lepas dari hari kami dipertemukan tu, dalam sebulan lepas tu kot, khairi ajak aku keluar. Dia ambik aku di ofis lepas kerja. Aku pun ok je keluar hang out untuk berkenalan. Line kerja aku ni kena selalu jumpa client, so tak la awkward sangat keluar dengan khairi. Aku rasa kami banyak jugak persamaan.

Antara benda yang membuatkan aku setuju untuk terima khairi sebagai suami bila khairi mintak untuk solat magrib masa kami jumpa tu. Tak lama lepas tu dia mintak untuk solat isyak pulak. Masa tu aku period so aku tak ikut skali. Tp aku intai dia solat masa di surau tu. Aku nampak dia jd imam. Walaupun jadi imam untuk beberapa orang sahaja, tapi aku tetap cair.

Balik dari first date kami, aku cakap kat mak aku, kalau mak ok dengan khairi, sy pun ok. Mak lah decide macam mana. Saya ikut saja. Of course, mak aku excited sangat. Terus dia bgtahu MIL aku dan kami bertunang dalam 3 bulan lepas tu. Sebenarnya, aku sangat2 bizi masa ni. Keluar rumah pukul 6 pagi, pukul 8 malam baru sampai rumah balik. Jadi aku tak ada masa untuk second date, tak ada masa untuk uruskan perkahwinan aku.

Khairi ada jugak hantar text tapi jarang la aku nak reply. Lepas 3 bulan tunang kami pun bernikah. Sabtu pagi nikah, tengah hari kenduri belah aku then ahad kenduri belah lelaki. Ahad tu kenduri dibuat besar-besaran. Sampai pukul 6 petang tetamu masih datang. Baju aku sahaja ada 3 persalinan untuk hari yang sama. Memang MIL aku all out betul. Malam tu khairi ajak tidur di rumah dia terus. Aku ikutkan sahaja.

The following weenkend khairi bawak aku dating for the first time sebagai suami isteri. Lepas dinner, khairi cakap dia ada benda nak discuss dengan aku. So sampai rumah khairi duduk bertentangan dengan aku. Dia mulakan ayat dia, saya nak bagitahu awak something, saya tak tahu awk nak react macam mana tapi saya tetap kena jujur pada awak. Dia tanya aku, awak tahu tak gay atau homoseksual tu apa? Aku cakap, ya aku tahu tapi tak la aku aware sangat secara detail pasal gay ni. Well, im gay. Im sorry but i have to admit, im a homosexual, kata khairi.

Masa ni aku tergamam. Aku tak tahu nak cakap apa, nak react macam mana, yang aku tahu aku angkat kening aku dan aku blur. Khairi kata sebenarnya mak dia beriya nak dia kahwin sebab nak tutup aib bila mak dia dapat tahu dia gay. Sebab tu mak dia buat majlis besar – besaran sebab macam nak announce yang anak dia normal. Dia ada boyfriend dari zaman matrikulasi lagi.

Mula2 mak khairi ingat cuma sekadar best friend tapi kantoi bila mak dia terbukak text khairi dan boyfriend dia. Mak dia melenting dan belasah khairi secukupnya. Memang mak dia tak sangka dan tak boleh terima yang dia gay. Yela, mak mana yang boleh terima kan. Gay ni termasuk golongan dilaknat Allah. So mak khairi paksa dia kawin dengan aku dengan harapan aku dapat “suck out the gay from him”. Mak khairi ugut khairi sampai tahap tak nak ampunkan semua dosa khairi dan anggap khairi anak derhaka. Jadi dalam mencari keampunan dan keredhaan mak dia, khairi akur dan bersetuju kahwin dengan aku.

Khairi mintak ampun dari aku sebab tipu aku, jadikan aku mangsa dan tersepit di tengah2. Aku tanya, dia masih ke dengan bf dia. Dia cakap ya. Aku telan liur. Baru aku terfikir, padan la dia tak sentuh aku langsung sejak dari hari menikah, tak mintak apa2 dan tak ada sebut apa pun pasal malam pertama. Since kami pun berjumpa sekali sebelum kahwin then terus menikah, sejujurnya aku tak berperasaan sangat pada khairi. Bila dia mengaku dia gay aku tak patah hati, tak kecewa, yang aku rasa cuma euww. Itu sahaja. Geli ketiak aku bila fikir pasal dia dan bf dia.

Sejak dari “revelation” khairi, aku hidup macam biasa. Mungkin aku tak terkesan sangat sebab firstly, aku baru nak start berkenalan dengan khairi jadi perasaan cinta tu hampir tak ada, sayang tu mungkin ada tp sikit sangat. Lepas tu pulak aku bizi dengan kerja sebab masa tu memang situasi “all hands on deck” sampai projek tu settel. Khairi setiap kali terserempak dengan aku kat rumah dia cuma senyum kelat. Mungkin dia tertunggu respon dari aku. Aku buat tak nampak dia sebab aku masih digest nak buat apa, nak kata apa, nak figure out next step and so on.

Bila aku dh ready, aku confront khairi. Benda pertama aku tanya, awak ada HIV atau aids x? Dia gelak, dia kata sebelum kahwin kan dah check dan negative. Sebab dia tak tukar pasangan cuma dengan bf dia sahaja. Aku dah meremang masa ni. Euw boy, that is disgusting, aku kata. Khairi diam, tunduk. Aku tanya lagi, so awak tak ada perasaan langsung pada saya ni? Nafsu pun tak ada? Lets say saya togel depan awak pun awak tak berdarah hidung? Dia geleng.

Macam mana awk boleh jadi gay? Awak kena sodomy ke apa masa sekolah asrama dulu? Dia kata, ntah la benda tu natural. Tiba2 datang. Starting masa dia sekolah lagi. Dia cuba lawan perasaan tu tapi tak dapat. Bila dia ditakdirkan jadi roomate dengan bf dia dan bf dia pun sama gay masa tu lagi membuak2 perbuatan dia. Sebab ada geng dan cinta dibalas.

Walaupun khairi ni nampak memang macam lelaki normal, bukan pondan atau maknyah tapi sapa sangka dia sebenarnya songsang. Khairi kata dia sayang sangat pada bf dia dan dia takkan tinggalkan bf dia. Okeyyyy aku kata, then apa expectation dia pasal perkahwinan kami? Dia angkat bahu, i don’t know. Hari tu memang lama kami borak. Macam2 aku tanya dia dan khairi jawab dengan tenang.

Aku tak rasa nak marah pada khairi once aku dah faham apa yang dia lalui. Yang ada cuma kesian. Kesian sebab dia diuji dengan cara ni. Dia cemerlang dalam pelajaran, rupa paras elok, family orang senang tapi ujian dia dalam bentuk perasaan songsang yang dia sendiri tak mampu lawan. Dia menagis sebab terkenangkan lemahnya iman dia tak mampu lawan nafsu sendiri sedangkan banyak dah kenikmatan yang Allah bagi pada dia. Lepas tu pulak dihina oleh family sendiri. Sampai mak dia pun jijik dengan dia.

Aku tanya khairi, sebagai seorang isteri, apa yang mampu saya buat untuk bantu awak? Khairi diam lagi. Geleng kepala. Aku nampak dia sendiri buntu. Dia sendiri masih confuse. Dia perlukan seseorang untuk kuatkan dia, bantu dia untuk melawan diri sendiri. Dia tak kan mampu buat kalau “penyokong” yang dia ada turut sama2 berdosa dengan dia.

Aku tanya balik, betul ni tak nak putus dengan bf? Dia cakap dia tak sangup. Sebab dia dah terlalu lama dengan bf dia. Dah sebati. Tapi at the same time dia nak jugak berubah. Dia nak tinggalkan dosa besar ni tapi dia tak tahu macam mana. Note that walaupun dia songsang dan siap “main” lagi, khairi tetap jaga solat. Dia sendiri jijik mengadap Allah dalam keadaan penuh dosa tu tapi untuk tinggalkan solat terus pun dia tak sangup jugak. Btw, aku tanya bf dia solat tak, dia cakap tak. Hampeh.

Aku terfikir, kalau nk cerai pun aku jadi janda berhias. Sedangkan salah satu niat aku kahwin adalah untuk jadi ibu. Kalau dah cerai nak kawin balik dah jadi kerja pulak. Plus khairi takkan aku nak tinggalkan macam tu sahaja. Sedangkan dia cuma homoseksual, bukanya kaki pukul, kaki arak atau dadah, merokok pun tak. Kalau aku tak tolong dia, ntah2 lagi menjadi dia terbawak2 teruk tahap tukar pasangan ka apa. Kalau aku tak mampu buang perasaan songsang dia sekali pun, at least kehadiran aku mungkin bantu dia kawal diri dia sendiri.

Aku cakap kat khairi, walaupun awak tak ada nafsu pada saya tapi tolong la buat saya pregnant. Bukan sebab dengan anak khairi boleh berubah tapi sebab aku sendiri memang nak anak. Aku suka sangat budak2. Aku nak sangat rasa nikmat (read:sengsara) fasa mengandung. Aku ckp, kita jadi co-parent dah la. Meaning that u continue with your bf, with your life, i will raise our kids. Win – win situation. Khairi pun suka sangat budak2 dan mengaku dia takkan dapat zuriat pun dengan bf dia. Dan dia sendiri suka the idea of being a dad.

Nasib la aku ni jenis subur agaknya, terus melekat setelah bulan pertama mencuba. Ditakdirkan pulak pregnancy aku teruk sangat2 sebab twin pregnancy, baby girl pulak. Aku muntah sepanjang hari sepanjang 9 bulan mengandung. Orang kata morning sickness akan habis first trimester tapi tidak pada aku. Sampai sebelum delivery pun aku muntah lagi.

Ini termasuklah tak lalu makan, meloya, pening, badan penat walaupun baru bangun tido dan aku pun pelik mana la anak2 aku dapat nutrient sedangkan bila aku makan aku muntah. Keadaan ini jugak membuatkan khairi fokus pada aku. Dia lah yang hantar aku masuk keluar hospital, masakkan untuk aku sebab aku tak lalu makan luar, aku nak yang homeade sahaja walaupun makanan tu akan end up menjadi muntahan aku balik.

Kesibukan khairi dengan kerja hakiki dia dan sibuk menjaga aku menyebabkan dia tak ada masa untuk bf dia. Masa ni hubungan dia dan bf dia tegang. Masa ni jugak bf dia hantar surat layang, keratan texts dan gambar mesra dia n bf dia ke pengarah di ofis khairi. Kesian sangat khairi masa ni. Dia penjawat awam, benda2 aib macam ni memang dipandang serius sebab melibatkan kredibiliti pegawai. Masa ni aku jadi hero.

Aku dan khairi jumpa pengarah khairi dan aku sendiri tipu sunat yang khairi bukan gay dan bf dia tu cuba menjatuhkan khairi bila khairi reject cinta dia. Conversation dan gambar2 tu semua penipuan sebab aku dan pregnancy aku dah cukup membuktikan khairi dianiaya. Walaupun macam tu, khairi tetap ditukar jabatan ke cawangan lain. Nasib cawangan tu masih driving distance dengan rumah kami.

Lepas “drama” tu khairi makin stress. Dah la malu maruah dia dijatuhkan, dia jadi bahan bawangan orang, clash pulak dengan bf sebab dia kecewa sangat bf dia sanggup buat macam tu pada dia, khairi seolah2 hilang arah. Aku pun tak dapat nak bantu sebab aku sendri pun perlu dibantu. Khairi kuatkan jugak diri dia demi aku dan anak2 kami. Lepas besalin khairi tetap jaga aku dan anak2 dengan baik. Masa ni hubungan kami tak ubah macam kawan baik. Padahal aku dah mula cintakan khairi sangat2 walaupun dia tak mampu sayangkan aku balik atau bernafsu dengan aku. Aku redha dengan benda ni.

Aku redha sebab aku nampak kesungguhan khairi untuk berubah. Aku nampak dia solat dan menangis dalam sujud. Aku nampak dia berdoa sesungguhnya supaya dibuang nafsu songsang dia. Aku nampak usaha dan tawakal dia. Dia ceritakan semua pada aku. Satu rahsia pun tak ada antara kami. Aku tahu dia diuji dengan dasyat dan aku sendiri tak tahu aku boleh tak setabah dia kalau aku diuji dengan perkara yang sama.

Segala tohmahan yang dia terima dari kawan2 dia, dari mak dia sendri dia tempuh saja. Diam bila orang menghina. Cuma bila aku ada aku selalu back up kata, kalau dia gay takkan dia kawin dengan saya siap dapat anak lagi. Tapi tahu lah mulut orang, bukan boleh tutup. Bf khairi tu lah first n last pasangan gay dia. Sejak dari tu khairi tak ada lagi bf lain cuma dia tetap tak mampu lawan perasaan suka dia pada lelaki.

Aku tahu sebab khairi sentiasa ada dengan aku. Pergi kerja, balik kerja, weekend melekat dengan aku dan anak2. Sehingga hari ini, aku masih lagi “kawan baik” khairi. Twins yang kami ada dah 6 tahun dah. Kami okey dengan kehidupan sekarang.

Aku tak paksa khairi untuk cintakan aku, cukup apabila khairi bertanggungjawab terhadap aku. Khairi memang suami yang baik, sentiasa bantu aku uruskan rumah tangga, tak pernah menengking, selalu berjemaah bersama, pendengar yang baik untuk aku dan paling penting menjadi bapa yang sangat2 baik untuk anak2 aku.

Khairi komited sangat dengan anak2 kami dan tak pernah berkira apa langsung dengan anak2 sehingga bila anak admit ke hospital, dia yang jaga siang malam. Aku tetap berdoa dan bantu khairi untuk keluar dari nafsu songsang dia. Aku percaya, satu hari nanti dia akan berjaya melawan nafsu dia dan keluar dari kemelut dalaman yang dia hadapi.

Lastly, aku seru, jangan la cepat hukum orang lain. We don’t know the battle that the person we hurt is going through. Macam khairi, dia tak mintak jadi gay, tapi itu bahagian dia di dunia ni. Bukan kerja kita untuk hina dia, hukum dia, sakitkan dia. Tapi tugas kita untuk bantu dia, fahami situasi dia dan berdoa untuk dia. Sekian. Maaf panjang sangat bercerita.

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *