Suamimu Asbab Kamu Ke Syurga

Terima kasih Admin kerana sudi Post perkongsian saya dan BondaNor kpd para isteri/wanita.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah…. betapa ngerinya!

1) LAZIMI MOHON MAAF PADA SUAMIMU

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa. (Termasuk Tag suami di ruangan komen FB, Instagram, maka ia hal yang dilarang oleh para asatizah)

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

2) LIHAT WAJAH SUAMIMU

Pandang muka suami kita .. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita, Dialah suami kita, dialah pilihan kita. Itulah lorong nikmat .. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Usah berkongsi dengan orang yang kita tak kenali yang mana KEBURUKANNYA lebih banyak dari kebaikan. Salah satu hak suami keatas isteri ialah menjaga maruah suami dan amanah hal rumah tangga tidak boleh dikongsikan kpd orang lain. Kita tak boleh ubah suami kita .. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

3) BERSYUKUR PADA SUAMI

Selalu saja merasa kurang dan tidak cukup atas pemberian suami. Sehingga suami yang sudah lelah bekerja seharian jarang disambut dengan senyuman mesra kerana kecilnya gaji suami. kita dalam tidak sedar telah menjerumuskan diri kita dalam bahaya besar iaitu Allah tidak sudi memandang seorg wanita(isteri) akibat dari tidak bersyukur atas apa yang diberikan oleh suami baik dari segi nafkah ataupun pemberian lain. Rasulullah S.A.W berpesan:

“Allah tidak akan memandang wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya walhal ia memerlukan kepadanya(perlunya bersyukur pemberian suami) ”
(HR. Al-Hakim dalam Mustadraknya, beliau mengatakan isnad Hadis ini adalah sohih)

Kita jangan lupa mengucapkan syukur (terima kasih) kepada suami dan segera beristighfar kepada Allah Ta’ala untuk menghindarkan diri kita dari kemurkaan Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Ketika Sahabat bersama Rasulullah
“Pernah diperlihatkan neraka kepadaku, ternyata kebanyakan dari penghuninya adalah wanita yang suka berbuat kufur. Ditanyakan kepada beliau,”Apakah mereka berbuat kufur terhadap Allah? Baginda menjawab,”Mereka berbuat kufur terhadap keluarga dan kufur terhadap kebaikan. Apabila engkau sentiasa berbuat baik kepada salah seorang diantara mereka lalu mendapati perlakuan buruk darimu, niscaya akan mengatakan, ”Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu(yakni seolah-olah tiada kebaikan dari dirimu)”(Hadis Muttafaqun Alaih)

4) MEMELIHARA AURAT

Suami dan isteri tiada batasan aurat didalam Islam. Selepas Sahnya seorg lelaki mengambil seorg wanita sbgi seorg isterinya. Maka tiada lagi batas aurat sesama suami isteri. Meskipun ada khilaf dalam kalangan Ulama, ia khilaf yang kecil. Wajib memelihara aurat ketika di tempat umum atau bersama lelaki ajnabi.

Ingatlah wahai isteri/wanita, Aurat kita yang yg berhak sahaja dapat melihatnya. mendedahkan aurat pada ajnabi dikira tidak mentaati perintah Allah, Rasul dan memburukkan maruah suami. Hak yang sepatutnya utk suami sudah dikongsikan kpd lelaki ajnabi lain. Memelihara aurat tidak sama dengan membaluti aurat ye. Membaluti aurat(yakni berpakaian ketat) tidak dikira memlihara aurat didalam Islam. Gembira mendapat pujian dari lelaki ajnabi merupakan istidraj (Allah membiarkan kita semakin jauh denganNya).

5) TINGGINYA REDHA SUAMI

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Terlalu banyak yang share tentang tanggungjawab suami itu ini. Dalam 10 nasihat, hampir kesemua nasihat kepada suami. Tag suami, Tag tunang, Tag pasangan sampai mengaibkan pasangan sendiri dalam sedar atau tidak sedar. Fikirlah sebelum kita bertindak dan bercakap. Kita bukan sempurna sangat. Saling hormat menghormati. Masing masing ada tanggungjawabkan. Sayangilah pasangan anda.

Semoga Allah sentiasa menjaga kita sebgai muslimah sehingga rumah-rumah sehingga dipenuhi dengan cahaya keimanan dan menjadikan kita isteri bersyukur. Amin, karena sesungguhnya sedikit sekali golongan yang bersyukur itu sebagaimana firman-Nya:

“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”(Saba:13)

Kita sebagai Wanita/Isteri amat mudah masuk Syurga, Tapi dalam kemudahan itu amat mudah masuk Neraka juga.

Kiasan pesanan oleh Saidatina A’isyah kpd wanita/isteri;
“Wahai para Wanita, Jika kamu sekalian mengetahui tentang hak-hak suamimu pada kamu, nescaya para isteri itu akan menghapuskan debu-debu pada tapak kaki suaminya dengan(menggunakan) pipinya”

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.

#BondaNor
#Pesan Ibu

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit