Benda ni dah lama aku pendam. Aku pernah meluahkan apa yang aku rasa pada suami, tapi aku penat nanti akan jadi gaduh atau suami salah faham dengan aku.
Aku nak meluahkan tentang mak mertua aku yang sampai sekarang aku tak faham apa niat dia dan kenapa suka sangat buat kami ni tersepit dan serba salah di tengah jalan walaupun dia tahu apa yang kami lalui.
Ceritanya, sejak aku berkahwin dengan suami, mak mertua aku sangat suka mengatur hidup aku dan suami.
Contoh, kami nak bercuti kemana atau bila dia yang sibuk nak ngaturkan macam-macam, kadang-kadang tak semena-mena dia pun nak ikut kami. Walaupun kami dah plan nak pergi bersama keluarga kecil kami sahaja.
Ada juga, kami dah book tarikh sekian-sekian untuk pergi bercuti. Bila dia tahu kami nak pergi bercuti, dia nak ikut dan suruh kami cancel dan book tarikh lain sebab minggu yang kami nak pergi tu dia ada hal.
Eh, kita dah plan lama dah nak pergi bercuti, dahtu pula aku sudahlah payah nak dapat cuti senang-senang dia je suruh kita cancel sebab dia nak ikut. No way lah.. malas layan.
Masa awal kawin dulu boleh lah nak ikut je telunjuk dia, now dah masak sangat dengan perangai dia jadi annoying pula.
Ada juga kadang-kadang, bila hari weekend kita plan nak berjalan dengan family sebab aku dan suami bekerja. Anak-anak memang kami hantar taska, jadi waktu weekend lah waktu yang kami nak spent masa dengan anak-anak.
Eh, belum sempat panaskan enjin kereta tiba-tiba mak mertua whatsapp suami kata, nak pergi tengok cucu.
Jawapan dia nak pergi tengok cucu tu, bukannya sebelum dia bergerak dari rumah. Tapi, tahu-tahu je 10 minit lepastu sampai dah depan rumah kami. Padahal, dia duduk jauh dari rumah kami, dekat sejam perjalan kalau diikutkan umpama gombak dan nilai.
Tak faham lah dengan perangai mak mertua ni. Walaupun kami cakap nak keluar harini dia tetap juga bagi alasan nak datang. Jadinya tak jadilah kami bawa anak-anak keluar sebab nak tunggu dia sampai rumah.
Nak katakan tak datang jenguk dia di rumah dia, eh boleh katakan setiap bulan tu dekat 2-3 kali jenguk tiap hari minggu. Lagi banyak balik rumah mertua dari rumah mak aku sendiri. Itupun dia tetap bising kata kami ni lama tak jenguk dia.
Walaupun minggu lepas kami dah pulang balik rumah sana, minggu ni kami fikir nak spent time lah pula dengan family sendiri kan.. eh tetiba pula dia nak datang mengejut rumah kitorang.
Entahlah ye, padahal minggu lepas baru je jumpanya siap tidur 2 malam lagi. Bagi chance lah pada anak menantu nak spent time masa dengan keluarga sendiri pula.
Sikap suka mengatur dia ni, kadang-kadang buat aku jadi manusia yang slowly jahat ye. Sebab aku pendam dan aku rasa nak meletup.
Dia nak atur hidup anak dia sendiri suka hati tapi, jangan sibuk nak atur hidup anak aku. Ini sibuk nak atur hidup anak aku. Sibuk suruh aku buat macam cara dia jaga anak dia. Hihhh malas aku nak layan.
Tahap malas layan aku tu kadang-kadang dia bebel suruh aku itu ini aku main fon buat-buat tak dengar sampai dia rasa dia syok sendiri dan dia diam. Ye, sebab aku fedup.
Dulu masa awal kawin, boleh lah aku ni dengar patuh je apa dia nak.. ini sampai hidup anak aku pun dia nak atur jangan nak macam-macam lah.
Tak payah nak jadi terpaling ibu untuk aku, aku tahulah anak aku. Zaman dia dah berakhir, biar anak menantu uruskan anak mereka sendiri. Tak payah sibuk nak masuk campur. Ini kang, sibuk dengan terpaling tips dia tu.
Bila kita cakap kita ikut nasihat doctor eh, boleh pulak dia nak gelakkan kita katanya dia dulu anak-anak dia buat cara dia ni laa jadi herlokkk macam sekarang. Eh, dah aku nak dengar cakap dia pula dari cakap doctor ?
Part dia dengan suami pula, aku tak faham ye. Kenapa dia suka sangat buat anak jadi serba salah setiap masa. Aku dengan suami aku sekarang pjj. Dah kalau pjj waktu weekend jelah yang dia ada masa dengan family. Tambah pula, cuti suami dan aku berbeza.
Dia cuti jumaat sabtu aku pula sabtu ahad. Jadi waktu kami sekeluarga bersama cuma ada hari sabtu sahaja. Itupun petang sabtu dia sudah nak gerak balik ke johor. Setiap kali suami balik, mestilah suami nak spent time dengan anak dan bini dia.
Eh, masa pertama kali kami mula pjj tu, dan minggu pertama suami balik dia dah suruh suami bawak kami datang tidor rumah dia. Bila suami kata lain kali sebab rindu anak bini nak spent time dengan kami dulu, hah dia buat ayat sedih buat suami serbe salah.
Haih, takkan lah tak faham. Konon katanya terpaling pjj dulu masa pak mertua aku kerja jauh. Takkan lah dia tak faham perasaan anak menantu dia bila pjj. Nak paksa kita balik jumpa dia pula sudahlah minggu lepas baru je kot balik tidor rumah dia.
Lepastu buat anak tu (suami) susah hati dan serbe salah dengan ayat-ayat kesian dia macam kami ni tak pernah jenguk dia. Padahal baru je lagi pun jenguk dia.
Nak katakan sunyi sorang kat rumah ada je 2 orang anak bujang dia kat rumah duduk dengan dia. Bila suami aku fedup dan cakap, sabarlah ibu nanti balik lah.. lagipun baru je balik. Rumah parent anon pun lama jugak tak balik.
Eh, bila suami mention pasal family aku dia boleh kata, tu tak pelah.. rumah parent dia jauh. Yihhh, macam lah jarak rumah kami dengan dia tak jauh. Perjalanan pun dekat 1 jam nak datang rumah dia. Rumah parent aku pula 2 jam.
Bagi dia, kalau tak balik rumah parent aku langsung tak pe.. rumah dia tak balik jangan sesekali. Sekarang ni, aku buat pekak je, kalau aku rasa macam mengarut sangat perangai mertua aku memang aku tak layan.
Dulu masa awal kawin, boleh lah nak ikut je. Penat-penat, tersengguk-sengguk balik kerja tetap datang nak amik hati. Sekarang malas. Sebab melampau sangat, asyik nak jaga perasaan dia je.
Mak ayah aku pun tak de nak paksa-paksa aku balik, dia pula lebih-lebih nak paksa-paksa orang balik.
Haritu, anak aku baru nak masuk umur setahun. Tiba-tiba, tak de hujan tak de ribut dia nak buat akikah dan harijadi anak aku dekat kampung dia dengan sedara-mara dia.
Hangin gila aku rasa. Tak de bincang dengan kami dulu pun. Suka hati nak buat kat kampung dia pula tu. Dah lah jauh kampung dia tu.
Lepastu, memang mak ayah aku adik beradik aku tak payah datang ke citer dia? Memang majlis tu untuk anak-beranak dia aje? Memang family aku ni orang luar ke cane tak payah ada?
Sumpah aku hangin gila. Cakap kat husband, jangan suruh dorang memandai. Anak kita, biar kita yang organize macam mana. Suka hati je, nak buat tanpa bincang. Ingat kitorang ni tunggul ke? Hihh, tolong lah tak reti lah nak nasihat dengan orang macam ni.
Bila nasihat, kita yang kena balik, kata kita ni tak dididik dengan betul, kurang ajar sebab tegur orang tua. Habih, orang tua ni betul dalam semua benda ke? Habis semua benda main langgar je tak fikir perasan orang.
Haih, actually banyak lagi tapi, kalau cerita semua memang tak habis. Lega rasa dapat luahkan.
Tolonglah, kepada mak mertua bagi la kebebasan pada anak tu. Bila asyik paksa-paksa pastu atur hidup anak menantu lama-lama anak menantu jadi tak ikhlas nak jumpa dan balik rumah mertua.
– Annon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
betul tu.. tambah2 mak mentua yg suka layan ank diorang mcm budak tadika.. buat ini kena gtau buat itu kena gtau. klau tak bgtau mula laa buat ayat sedih merajuk .. ank2 tu dh ada keluarga life sendiri kot tkpayah nk buat mcm ank tu bru tadika.. lain kali jngn bgi ank tu kawen.. duduk ja bawah ketiak..