Sunyi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sunyi/).

Assalamualaikum semua. Aku pernah confess cerita aku sini beberapa bulan lepas. Aku tak sangka, banyak respond positive yang di terima si sebalik confession ‘cliche’ tu. Terima kasih semua atas respond.

Apa yang aku perasan selepas aku confess cerita tersebut, banyak Allah datangkan pengajaran kepada aku. Aku ingin berteman. Ye. Tapi kerana apa? Kerana sunyi? Ye itu adalah niat pertama aku. Namun, Allah sayangkan aku. Aku di jentik dengan banyak benda yang berlaku di sekeliling aku yang membuat aku terus berfikir panjang.

Peristiwa pertama berlaku dalam kalangan orang terdekat sahaja. Berkahwin kerana ingin menutup mulut orang sekeliling memandangkan dia sudah hampir mencecah 40an. Dia berjaya menutup mulut-mulut sekeliling, tapi dia juga terpaksa menanggung kesan akibat keputusan itu.

Memiliki suami yang mengongkong, tidak memberi izin untuk si isteri melawat keluarganya dan sejenis mudah naik angin. Kesan daripada perkahwinan tersebut, dia terpaksa berpindah jauh dari keluarga, tidak di benarkan bekerja dan hanya di benarkan keluar rumah jika ditemani suami.

Peristiwa lain ialah kegagalan perkahwinan kawan aku. Usia perkahwinan yang masih baru namun sudah berakhir betul-betul mengejutkan aku dan kawan yang lain.

Namun bila dia berkongsi kenapa, aku faham, niat kenapa ingin berkahwin itu sangat penting. Dia akui, niat utama dia berkahwin dengan bekas isterinya ialah kerana isterinya sangat cantik.

Ye, Allah perkenankan doa dia untuk memiliki ‘kecantikan’ bekas isterinya namun dia tidak bersedia untuk menerima ‘keburukan’ isterinya. Tiada ketenangan dalam rumah tangga. Bergaduh, bermasam muka itu adalah biasa. Akhirnya mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Bila aku scroll fb kebelakangan ini, mungkin secara kebetulan atau teguran, ramai kawan share ceramah berkaitan niat. Kenapa niat itu penting dalam hidup. Kenapa bila ingin berbuat sesuatu, mesti niat utama adalah kerana ibadah kita terhadap Allah. Bila Allah di hadapan, insyaAllah perkara baik lain akan menyusul.

Betullah, Allah bagi sesuatu kepada kita berdasarkan niat kita. Jika ingin berkahwin kerana kecantikan semata-mata, maka hanya itulah yang kita dapat. Jika berkahwin hanya kerana sudah berusia tanpa berfikir panajng, maka itu sahaja yang kita dapat. Jika berkahwin kerana harta, maka harta sahaja kita dapat tetapi ketenangan hati mungkin tiada.

Peristiwa itu betul-betul menyentap hati aku. Terus aku terfikir, jika Allah perkenan doa aku untuk bersuami hanya kerana aku sunyi, mungkin suami aku akan sentiasa ada di samping, namun mungkin hanya sekadar itu. Dekat, namun hakikat jauh. Dekat, tapi tidak bahagia. Itukah yang aku mahu?

Sekarang aku tahu kenapa Allah masih tidak menghadirkan seseorang dalam hidup aku. Aku letak Dia di belakang kehendak. Meletakan prior dibelakang sesuatu yang lain. Jadi, Allah tegur aku dengan pelbagai kejadian sebagai ibrah.

So, perbaharui niat. Sentiasa positive. Allah tak bagi lagi, mesti bersebab. Sentiasa perbaiki diri, tajdid niat setiap hari. Bila Allah hadirkan, moga2 itu adalah yang terbaik dunia akhirat. Teruskan mencari. Terus berharap tanpa putus asa. Terus berdoa. Guna pelbagai medium tapi mesti seiring dengan niat kita.

Ustaz aku dulu juga selalu cakap, bila bertemu, istikharah dahulu. Tidak semestinya dia untuk kita. Mungkin hadir sekadar ujian.

Untuk yang masih menanti, perbetul niat kenapa ingin berteman. Moga bila kita letakkan Allah dihadapan, Allah hadirkan keindahan dalam hidup kita.

Aku doakan korang yang masih menanti, termasuk diri aku sendiri, moga di permudah dan mendapat jodoh terbaik. Jodoh yang sentiasa bersama susah senang, yang boleh terima keburukan dan kelemahan diri kita. Yang menjadi tulang belakang dikala kita lemah. Yang menjadi peneman kita di syurga kelak.

Moga diperkenan. Aamiin. Doakan sama-sama ok :)

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit