Surat Terbuka Buat Pengamal LGBT Aktif

Assalamualaikum w.b.t buat semua, surat ini khas ditujukan buat pengamal LGBT aktif, bukan untuk mereka yang sedang melawan nafsu salah tersebut dan sedang dalam proses berubah.

Saya doakan semua yang sedang berjuang untuk kembali kepada fitrah dipermudahkan urusan dan dirahmati Illahi sentiasa.

Wahai pengamal LGBT aktif,

Saya mohon agar sekiranya anda berniat untuk mempunyai keluarga normal, sila pastikan anda berlaku jujur kepada bakal pasangan anda agar mereka tidak merasa teraniaya dan dapat membuat pilihan terbaik.

Andai anda merasakan tidak mampu meninggalkan ‘life’ tersebut, sila JANGAN berniat untuk membina keluarga kerana pasangan anda bakal terluka dengan sangat dasyat apabila kebenaran terbongkar.

Wahai pengamal LGBT aktif,

Sy juga memohon agar pastikan tahap kesihatan anda sentiasa berada ditahap optima. Pastikan kalian sentiasa peka akan status penyakit STD pd diri anda agar tidak menjangkiti pada mereka yang tidak berdosa.

Dengan itu, saya juga menyarankan agar anda TIDAK membina keluarga sekiranya anda sendiri tidak pasti akan status kesihatan anda. Pasangan anda akan semakin terluka bila mereka mengetahui kebenaran dan lebih teruk, dijangkiti penyakit STD.

Wahai pengamal LGBT aktif,

Saya tahu tahap penerimaan masyarakat terhadap kalian masih rendah. Namun, jangan sesekali merasakan bahawa anda wajar menipu keluarga kalian dari perkara2 tidak elok yang anda lakukan. Ketahuilah, keluarga kalian turut kecewa apabila kebenaran mula terbongkar.

Wahai pengamal LGBT aktif,

Tolong jauhkan diri anda dari melakukan perkara2 terkutuk. Sy tahu ianya tidak mudah, tp saya pasti ganjaran pahala buat kalian yang memerangi nafsu kalian juga tidak sedikit. Allah Maha mengetahui lagi Adil, Dia pasti akan membantu kalian. Doa saya turut bersama kalian.

Kepada mereka yang bersahabat dgn pengamal LGBT aktif, sila nasihatkan tanpa putus asa kepada sahabat kalian bahawa mereka harus kembali kepada fitrah. Sila pastikan mereka tidak mendatangkan mudharat kepada orang lain yang tidak tahu akan ‘nature’ sebenar mereka.

Jangan anda bersubahat merahsiakan akan kegiatan terkutuk mereka dari orang2 yang tidak berdosa. Seandainya perkara serupa terjadi kepada anda atau ahli keluarga anda, tidak mungkin anda akan merasa gembira, bukan?

Akhir kalam,

LGBT sudah hampir menjadi norma di zaman ini, namun, ia bukan alasan untuk menjadikan orang lain sebagai mangsa kalian. Saya mohon, jangan jadikan orang lain sebagai korban akibat perbuatan kalian. Saya rayu, carilah bantuan dan sokongan untuk berubah kepada fitrah.

Andai tidak mahu kembali kepada fitrah, saya mohon supaya turutkan nasihat saya yang pertama dan kedua. Saya tidak mahu lebih ramai lagi ‘Yang Terluka’ akibat perbuatan dan penipuan kalian. Sekian.

Yang benar,

– Yang Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *