Surirumah Pun Stress PKPB Ni

Aku tau ramai yang stress dengan Covid ni lagi-lagi dengan PKPB. Rata-rata aku dengar rintihan mereka yang dibuang kerja, gaji dipotong, tak dapat berniaga, dan tekanan work from home.

Aku tau stress korang semua. Sebab aku pun stress. Aku stress walaupun aku ni suri rumah je.

Aku sebenarnya malu nak hantar confession ni sebab aku takut orang macam aku ni tak layak je nak stress, takut orang hek elehkan aku sebab ye lah hari-hari biasa pun duduk rumah kan, takkan PKPB pun nak stress duduk rumah. Hurm.

Tapi harini aku tak peduli sebab aku dah tak tahan. Aku nak announce kat dunia that SURI RUMAH PUN STRESS JUGA!

Stress aku makin melampau bila PKPB yang diannounce bulan 10 baru ni di Selangor. Sebabnya aku rasa rakyat Malaysia dah buat sehabis baik dah duduk rumah diam-diam sepanjang PKP yang bermula Mac hingga Julai.

Bila dah lift-off, pelan-pelan aku cuba kembali pada rutin asal dan sedikit sebanyak rasa lega sebab dah ada kebebasan, anak dah mula ke sekolah, dan kami sekeluarga dah planning untuk bercuti rehatkan minda.

Tiba-tiba boleh pula ada pilihan raya dan secara drastik kes naik mendadak. Tau-tau kena duduk rumah diam-diam semula. Dan sampai ke harini kes masih meningkat dengan banyaknya.

Hari-hari aku rasa penat sangat-sangat. Aku duduk rumah kondo kecik je. Anak-anak terperap kat rumah. Langsung tak boleh main kat playground apatah lagi kolam renang.

Kondo aku memang pernah ada kes covid, jadinya kanak-kanak nak bermain kat corridor rumah pun tak dibenarkan oleh pihak management.

Pagi-pagi kelam kabut dengan online class, aku nak siapkan breakfast, basuh baju, sidai baju, mandikan anak-anak semua kene buat pagi.

Habis online class eh dah tengahari. Kelam kabut pulak aku nak masak lunch. Aku tau ramai yang tak sempat masak order je la food panda kan. Tapi takkan nak order hari-hari. Kami bukan orang kaya. Laki aku sorang je keje. Gaji pun biasa-biasa je.

Sebut pasal gaji, laki aku sepatutnya naik pangkat tahun ni. Tapi apa kan daya, sebab covid ni, kene delay dulu naik pangkat.

Ni dah kali ke 3 delay naik pangkat. Betapa kecewanya aku.. aku menangis tak berhenti stress pasal ni. Tambahan pulak tahun ni takde increment, bonus jangan tanyalah.

Tadika anak masih perlu dibayar sebab online class pun ongoing. Cuma tahun depan ktorang decide anak yang 4 tahun tu tak payah la tadika lagi. Tak memasal kene online class lagi rasa tak berbaloi pula.

Penat tau duduk rumah dengan anak-anak kecil. Hari-hari aku menangis sebab aku penat sangat-sangat. Sakit belakang jangan cerita la. Tido pun tak penah cukup.

Tiap kali mandi mesti ada yang ketuk pintu. Sekarang aku taip ni pun aku nyorok menangis kat toilet sebab aku dah makin stress aku takut aku tengking anak-anak.

Memang kerap anak-anak kene marah sepanjang PKP ni. Aku nak masak kene kacau, aku nak mandi tak senang, aku bukak laptop diorang sibuk, aku nak rehat pun tak dapat.

Anak-anak aku takde handphone or ipad sendiri. Aku pasang youtube kids je kat tv. Tapi kadang berebut la ipad aku kalau nak main game.

Bila sorang nak main lagi sorang pun nak juga. Bergaduh pula. Ambil masa nak pujuk. Stok ice cream kene sentiasa ada dalam peti. Kalau aku terlelap kejap pun mesti tak sampai 5 minit dah ada yang panjat aku.

Rumah makin semak, dinding makin banyak kene conteng, dapur pun huru hara.

Laki aku wfh kat rumah ada juga dia tolong-tolong aku tapi dia pun kene kerja mengadap laptop. So dia banyak habiskan masa kat bilik buat kerja.

Kat luar bilik aku dan anak-anak kabut sangat-sangat. Nak tidur pun ambil masa lamaaa. Budak-budak ni energy diorang banyak.

Kalau tak dapat keluar rumah, aku yang letih nak drainkan energy diorang dalam rumah. Bukan salah diorang pun, diorang kan tengah membesar.

Aku nak jugak beli inflatable pool bagi diorang swimming tapi tulah, rumah kecik, laki aku cakap nanti sempit.

Aku pujuk laki aku belikan slide untuk budak-budak ni letak kat ruang tamu, laki aku tak suka. Dia cakap semak lagipun nanti diaorang main sekejap je. Aku dah tak tau nak buat apa bagi diorang penat. Sudahnya aku yang penat.

Bila diaorang da tidur malam baru aku ada me time sekejap nak main instagram ke fb ke menangis ke. Kalau aku terbangun tengah malam aku usahakan tahajud. Solat dhuha pun aku amalkan tak tinggal.

Sepanjang PKP ni aku dah khatam Quran. Semua ni aku buat tengah malam or awal subuh supaya tak kacau jadual anak-anak dan suami.

Harini aku breakdown teruk. Sebab aku tak nampak jalan keluar. Aku nampak PKPB ni akan ada sampai tahun depan. Aku nampak gaji laki aku takkan naik.

Aku nak cari kerja jual kuih pun nanti aku takde masa rehat pula nanti bertambah la stres aku. Aku rindu mertua aku. Aku nak merentas daerah nak jumpa diorang tapi takut kene saman.

Sekarang ni aku tenangkan diri aku dengan bersyukur sahaja dengan apa aku ada. Anak-anak sihat. Laki aku masih sayang kat aku dan dia masih ada kerja.

Mak ayah aku duduk dekat boleh aku datang melawat. Mak ayah mertua aku dah tua tapi Allah masih panjangkan umur mereka. Aku bersyukur bab ni.

Anyway, birthday aku dah dekat. Aku dah makin berusia ni aku tak nak la stress banyak sangat tapi bila nak menghadapi hari-hari terasa macam suffocated sangat. Lagi-lagi bila pikir bab duit.

Tolong doakan aku dan keluarga aku. Doakan gaji laki aku mampu tampung ktorang sekeluarga, doakan rezeki dia untuk kelancaran rezeki keluarga kami.

Doakan mak ayah aku dan mertua sihat sejahtera. Doakan covid ni hapus segera. Doakan aku kuat. Doakan anak2 aku menjadi orang yang berjaya kelak. Aku pun doakan kalian. We’re in this together kan. Bukan ke kita semua sayangkan Malaysia?

Doakan aku…

– Suri Rumah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *