Susah Nak Bertenang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/susah-nak-bertenang/).

Setelah berbagai-bagai ketidakadilan demi ketidakadilan aku diperlakukan ibu & ayah, aku tetap cuba sabar, bersangka baik, sentiasa memaafkan semuanya bila aku dah reda, cuba perbaiki diri..

Tapi, bila luka kalini terlalu sakit dirobek untuk kesekian kalinya aku nekad untuk akhiri segala ketidakadilan ini dengan ‘menjauh’.

Namun jauh disudut hati aku ‘sakit’. Sakit menjauh dengan orang yang aku sangat dambakan kasihnya. Tapi kerana aku sedar dengan ‘mendekat’ jauh lebih mengecewakan, aku perlu tekad kalini. Dengan harapan Allah tidak meletakkan aku dalam golongan anak derhaka.

Inilah yang buatkan perasaan aku ‘struggle’ dalam memahami keadaan sampai boleh buat aku tak TENANG. Adakah berdosa jika aku menjauh dengan ibu & ayah hanya untuk memenuhi hak kepada diri ku sendiri?

Mental aku dah sangat tipis melayani sikap toksik keluarga besarku. Memori lama pun boleh ulang siar balik dalam kepala. Jadi terlalu resah benda yang belum jadi.

Tiap masa nak balik kampung, aku jadi tingtong@&#£@! Paranoid! Menjangka-jangka benda ‘tak best’ yang boleh jadi.

Paranoid sampai suami yang sejenis tenang boleh serabut. Otak aku dok ‘run’ apa benda yang tak best boleh jadi kalau balik kampung nanti.

Flashback semua yang tak best. Sakit! Benda ni jadi sejak kebelakangan ni bila aku mula nak ‘move on’ menjauh dari keluarga. Tapi cuba juga nak layan keluarga seolah ‘everything is okay’.

Suami okay je kalau aku ‘cancel last minute’ balik kampung. Tapi masalahnya, nak taknak aku tetap kena balik jenguk mak ayah. Boleh je nak jarang-jarang balik. Tapi bila ada kenduri dll aku tak tau nak bagi alasan apa kalau tak balik. Tapi kalau balik macam-macam aku fikir.

Kalau nak kata aku masih belum memaafkan, mana mungkin lebih 2 abad masih aku bertahan, masih berharap segalanya berubah lebih baik. Tapi tak, ‘it’s worse even more!’ Ibu & ayah semakin menunjukkan hati budi sebenar mereka.

Aku kecewa yang tersangat. Aku tak mampu lagi membawa harapan aku saat seorang anak kecil dulu. Bertapa sakitnya hati untuk menerima kenyataan bahawa ibu & ayah tak ikhlas sayangkan aku. Sakit.

Aku bukanlah berputus asa dengan Rahmat Allah. Bukan juga aku tak yakin dalam doaku. Tapi aku rasa dah berkali Allah tunjuk jalan cuma aku yang masih berharap dengan apa yang aku nak bukannya ikut apa yang ditakdirkan dengan jalan SABAR.

Tolong doakan aku dijauhi dari penyakit was-was, sentiasa dalam petunjuk Allah, dan bukan dalam golongan anak derhaka. Sesungguhnya aku sangat takut akan azab Allah.

Orang selalu kata “Mana ibu yang tak sayangkan anak”. Tapi korang setuju tak cinta seorang anak terhadap ibu & ayah tersangatlah suci. Ibu & ayah marah anak, anak tetap mendambakan kasih ibu & ayahnya.

Tetap menyayangi mereka walaupun dilukai, dianaktiri. Tetap meletakkan harapan bahawa suatu hari nanti diorang mampu mengasihani semua anak dengan seikhlas hati.

Bayangkan ibu yang layan acuh tak acuh, tiba-tiba buat baik. Cakap baik-baik tiap kali tanya soal kerja soal anak.

Bila dia tak dapat pengaruh aku macam selama ni dengan taktik dia tu dia mula marah kenapa aku masih tak kerja. Siap blame dengan bersangka mungkin suami aku yang tak bagi kerja.

Hakikatnya aku sangat takut kalau anak aku melalui kesakitan yang aku pernah lalui hanya kerana aku keluar mencari harta dunia. Amanah seorang anak lebih utama untuk aku ‘buat masa sekarang’.

Bukanlah aku tak ada perancangan masa depan. Cuma ibu & ayah aku tak layak untuk tahu! Sebab diorang nak terima aku hanya dalam keadaan aku ada ‘sesuatu’? Baru boleh layan elok?

Aku bukanlah seolah yang mudah diperguna. Silap orang kalau ada yang cuba nak perdaya aku / putar belit. Pengalaman hidup aku menjadikan Aku seorang yang sangat teliti menilai sesuatu. Aku cuma..lemah dengan darah dagingku sendiri.

Malah aku sedaya upaya memutuskan rantaian toksik ni pada keluarga kecilku. Aku akan tegas kalau anak aku buat salah. Aku sentiasa dengan segera minta maaf & peluk anak aku kalau aku yang salah.

Aku tak permainkan tiap perasaan sedih / marah / kecewa anak. Suami merupakan harta tak ternilai yang tak pernah aku sangka boleh hadir dalam hidup. Allah ya Rahman ya Rahim !

Apa yang menambah duka, adik beradik pun tak main peranan. Seronok tengok adik beradik orang lain yang sentiasa mendokong satu sama lain even mak ayah bermasalah. Em yelah rezeki orang kan. Tapi ujian aku, kakak aku seolah suka kalau aku kena marah.

Tak ada perasaan kasihan langsung bila dia dapat hadiah depan-depan aku, sedang aku yang sama taraf dengan dia (seorang anak juga) hanya boleh tengok kebahagiaan dia bersama ibu & ayah. Kakak seronok perguna kelebihan aku bila masa dia perlu.

Bila tak perlu, seolah dia tak ada adik. Bila dia punya kelebihan dia sorok & taknak aku merasa. Memperlekeh aku depan ibu ayah tu biasa supaya dia rasa lebih mulia. Abang ada juga aku perasan yang dia perasan bila aku merajuk.

Dia cuba ambil hati saat seorang ibu tergamak selalu mengabaikan perasaan anaknya yang satu ini. Tapi abang sentiasa jadi buah hati ibu.

Sentiasa dapat sokongan ibu dalam semua hal. Ayah lagi lah buat tak tahu. Ego & garang tak tentu pasal. Adik pula selalu hendak diri jadi keutamaan.

Pasal amalan khurafat tu, panjang nak cerita. Ia berkaitan kebolehan berubat orang dalam kalangan kerabat. Secara tak langsung kepercayaan amalan khurafat berlegar-legar dalam keluarga. Salah satu sebab aku paranoid nak balik kampung.

Cukuplah aku taknak mewarisi amalan atau kebolehan berubat tu! Aku memang kalau diizinkan Allah, aku taknak jumpa dah kerabat tu.

Aku dah tanya direct dengan perawat Rawatan Islam.

Aku dah double check dengan pandangan ustaz & ustazah yang lain juga mendapati rawatan yang dilakukan kerabat aku tu tak syar’i. Setakat Pendidikan Sekolah Rendah Agama ni pun aku dah boleh detect apa yang tak kena.

Tapi tulah ujian, ada je halangan. Halangan rasa TAKUT dalam proses nak mencari sebuah kebenaran walaupun hati membuak-buak menginginkannya.

Selain ayat al-Quran disulami dengan amalan tak Syar’i. Lagilah buat hati & otak aku tak seirama memikirkannya tak sudah.

Sekarang aku sentiasa cuba Istiqamah dengan amalan pendinding diri, zikir pagi & petang. Perbaiki amal, diri & tambah Ilmu agama.

Adakah aku belum berdamai dengan takdir?

– Aisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *