Syaitan Bertopengkan Manusia

Hi, aku gelarkan diri aku sebagai Lily. Aku ingin kongsikan sedikit pengalaman pahit yang aku lalui sewaktu kanak kanak ribena.

Sewaktu aku berumur 6 tahun, seperti kanak2 biasa, aku mula mengaji iqra. Rumah guru mengaji ku hanya selang 6 buah rumah dari rumahku.

Untuk pengetahuan, aku mengaji di rumah Tok Papaya (bukan nama sebenar),

Tok Papaya memiliki anak lelaki yang berusia 30an sewaktu itu, aku gelarkan sebagai Bang Mango. Aku selalu menjadi yang terawal datang untuk mengaji.

Sewaktu aku sedang menunggu Tok Papaya bersedia untuk mengajar, Bang Mango selalu datang menghampiriku, aku yang daif sewaktu itu tidak faham apa yang sedang terjadi.

Bang Mango selalu merab@2 dan memeluk ku.

Bukannya sekali, tapi boleh dikatakan setiap hari. Bang Mango terkenal dengan gelaran kaki masjid, dia selalu ke masjid.

Aku sama sekali tidak selesa dengan keadaan itu, aku mula memberontak untuk mengaji. Apabila kelakuan ku mula aneh, kedua ibubapa ku bertanya kenapa aku memberontak setiap kali disuruh ke rumah Tok Papaya.

Oh ya, Bang Mango juga selalu merab@ aku ketika majlis kenduri di kawasan kampung. Pendek kata, dia selalu merab@ ku setiap kali berpeluang.

Aku mula bercerita tentang apa yang dilakukan oleh Bang Mango, ibu bapaku juga telah berjumpa dengan keluarga Tok Papaya namun setiap biasa, tiada siapa yang percaya dengan alasan aku masih budak2.

Sejak itu aku mula membenci Bang Mango, sehingga kini umurku telah mencecah 35tahun.

Aku yakin, ramai anak2 mengaji yang menjadi mangsa kerakusan Bang Mango.

Tahun lepas, kampung kami dikejutkan dengan berita kemalangan Bang Mango,

Bang Mango digilis oleh lori, isi badannya hancur bertebaran dijalan, Bang Mango meninggal ditempat kejadian, itulah kemalangan paling ngeri yang pernah berlaku di kampung ku.

Aku? Masih sama, tidak seinci pun memaafkan dia kerana merosakkan dan mengaibkan aku & keluargaku.

Untuk kalian yang bergelar ibu bapa, tolong alert dengan persekitaran. Anak2 perempuan harus didik, dilindungi dengan lebih & lebih pada akhir zaman ini.

Semoga anak2 kita diperlihara dari kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Buat bang Mango….

    Sesungguhnya kematianmu sangat dicemburui syaitan kah kah kah kah kah

    Mesti ada doa mangsa mangsa lain yang dimakbulkan Allah sebab tuh kau mati dalam kehinaan bang Mango.

    Pengajaran buat jantan tak guna dan keluarga jantan tak guna. Kalau orang mengadu pasal anak kau siasat! Tiada manusia yang suci malaikat. Kalau sejenis nampak terpaling baik tuh biasanya syaitan.

    Padan muka mati begitu.

    Siapa aniaya orang ingatlah doa insan teraniaya makbul. Masa cepat atau lambat sahaja.

    Allah akan balas saat terbaik. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah padan muka mati katak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *