Tak Bersyukur

Hi guys. Nama aku N. Aku seorang perempuan berusia awal 20 an. Ni 1st attempt aku nak menulis kat sini. So maafkan aku kalau jalan cerita ntah apa2. Haha. Thanks admin kalau approve.

Cerita ni dah lama dah tapi aku still tak move on (bukan move on drpd percintaan yee). Aku ni dari kecik nak jadi doktor (dr) and nak belajar oversea. So, memang aku dah start belajar betol2 since upsr sbb aku nak masuk mrsm/sbp. Kenapa nak masuk sana? Sbb ada cousin aku masuk sbp and dia dpt further pi oversea so aku pun nak ikot lah jejak langkah dia.

Alhamdulillah aku dpt masuk mrsm. And aku dah start plan aku utk jadi dr. Aku study sungguh2 utk dpt straight A dalam semua major exams. Alhamdulillah pmr okay. But sadly aku sangkut kat spm. Aku tak dpt straight A sbb ada satu subjek aku dpt B. Time tu aku rasa macam dunia gelap. Apa yg aku nak semua tak jadi. Aku rasa kecewa dgn diri aku. Aku tau aku patut bersyukur sbb ada yg lagi kecewa drpd aku. Tapi maybe sbb aku dah letak harapan tinggi, so benda ni bagi effect dalam gila kat aku.

Lama gila benda ni kacau aku. Aku balik rumah pun tak seronok. And since aku tak layak nak sambung oversea in medicine, aku pun sambung isi UPU. Aku dpt buat asasi kat salah satu universiti terkemuka kat malaysia. Tapi disebabkan aku kecewa tak dpt tajaan MARA and tak dpt pi oversea, aku jadi hilang semangat nak belajar. Aku banyak tidur dalam kelas. Homework kebanyakkanya aku copy paste org. Aku rasa down. Hari2 aku nangis.

Bila dengar ja kawan aku dpt tajaan utk study oversea, aku happy utk diorang but deep down, aku jealous gila. Aku tau aku macam busuk hati. Tapi aku tak boleh nak control perasaan tu. Berbalik kepada study aku time kat asasi, macam aku ckp aku tak banyak study and mostly aku tido. So result 1st sem aku, failed. Time ni aku ada kesedaran sikit.

Aku betolkan balik fikiran aku. Tak kan aku nak rosakkan hidup aku hanya disebabkan oleh satu B. So aku study sungguh2 and alhamdulillah result sem akhir (2nd sem) aku 4.00. So time ni aku banyak minta biasiswa utk sambung belajar oversea. Alhamdulillah aku dpt 2 tawaran utk belajar luar negara. Tapi 1 biasiswa penuh dalam bidang sains and 1 under mara utk buat medik. And pada masa yg sama, aku dpt tawaran belajar medik kat satu local university.

Time ni sejujurnya, aku nak sangat gi buat medic under mara tu. Tapi aku kalah dalam membuat keputusan sendiri. Aku serahkan keputusan di tangan parents aku. Memandangkan aku dpt tawaran utk buat medik kat local university under JPA parents aku sepakat buat keputusan utk aku pun masuk local university ni. Aku sejujurnya ada banyak penyesalan sbb aku tak buat keputusan sendiri.

Aku selalu terfikir, what if I told my parents that I want to go and study abroad? Kenapa aku simpan benda ni? Aku rasa marah dgn diri sendiri. Aku menyesal tak buat keputusan sendiri. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Aku redha and aku teruskan belajar. Alhamdulillah sekarang aku dah habis belajar and tunggu nak masuk kerja.

Sejujurnya, sepanjang 5 tahun aku belajar, aku selalu terfikir kenapa aku x dpt straight A.. aku dah cuba utk buang benda ni and banyak kali aku doa supaya aku bersyukur tapi aku x penah lupa. Setiap kali aku teringat, confirm aku nangis. Tak de siapa tahu pasal benda ni kecuali sorang kawan aku di universiti. And actually time tulis ni pun aku still menangis. Aku tak faham kenapa susah sangat nak move on. Dah 6 tahun and aku still di takuk yg sama. Aku still marah sbb tak dpt straight A.

So moral of the story, aku rasa kalau nak buat keputusan kita patut bagi pandangan kita sama. Jangan membuta tuli ikot saja. Owh tapi aku tak marah lah parents aku. Aku menyesal sbb aku tak stand up for myself ja. Parents aku tak tau pun yg aku nak sangat2 pi sana. Semua ni salah aku sendiri. Siapa suruh tak dpt straight A and siapa suruh tak bagitau parents pasal cita2 sendiri utk belajar luar negara.

Okay tu saja. Sekian. Aku tak harapkan komen & kecaman. Hanya nak cerita saja. Peace no war. Doakan aku supaya sentiasa bersyukur and move on.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *