Tak Mudah OCD

Assalamualaikum
Terima kasih banyak2 admin sebab approve. Harap sangat dapat approve confession aku ni untuk aku bagitau kat dunia tak mudah untuk ada behaviour macam aku ni.

Ok aku start ya. Kalau perasan lately ni banyak orang up post pasal OCD. Menyampah dengan orang yang ada OCD la, bosan la, rimas dan sebagainya. Aku ni taktau la nak kata aku ni ada OCD atau aku perfectionist. So aku list kan la antara behaviour aku supaya korang boleh judge sama ada aku ni OCD atau perfectionist. Tp pd aku sama je. Aku terseksa.

Ok ini antara perangai ‘buruk’ aku yg kadang2 orang cakap Bagus:
1) Sidai dan lipat kain
Ok, aku kalau sidai kain, hanger mesti kena dengan baju dan hanya aku je tahu hanger type A untuk baju jenis ape dan begitulah untuk hanger type2 yg lain. Belum cerita pasal warna hanger. Aku dah siap beli hanger warna biru untuk suami aku dan merah untuk aku. Tp ada suatu hari tu suami aku pakai hanger aku, ya Allah mengamuk geram je aku rasa. Sebab pada aku, aku dah beli pun untuk dia kenapa nak pakai barang aku lg. Ok. Tp sekarang aku dah slow la part warna hanger. Yg aku tk boleh stop pulak jenis baju. Aku tak suka sangkut baju bercampur2. Maksudnya, kalau baju aku baju aku je. Dan kalo lengan pendek, lengan pendek saja. Diikuti dengan baju lengan panjang, baru baju suami aku yg lengan pendek then lengan panjang. Kalau baju anak aku, lagilahhhh. Lengan pendek seluar pendek lain, tak ada lengan seluar pendek lain, lengan pendek seluar panjang lain, lengan panjang seluar panjang lain. Maaf la mesti korang dah kompius kan. Tapi ni la aku. Sebab, aku nak make sure bila aku angkat baju nanti, akan mudahkan proses untuk aku lipat. Dan akan jadi masalah jugak la kalau yang tukang angkat tu suami aku. Kalau die pakai angkat campurkan baju then pakai letak je, hmm, takpayah cakap la. Kesian suami aku. Niat nak tolong tapi kena marah.

2) Mop / Sapu / Vacuum
Yang ni, suami aku yang handle. Memang setiap pagi sebelum pergi kerja dia akan make sure lantai bersih sebab rumah aku ada kucing then ada anak kecil, so paham2 jela. Tapi yg jadi masalah kalau cara dia buat tu tak kena dekat mata aku. Ok tak kisah lagi sebab aku pun tak nak la banyak songeh sangat. Aku try control diri aku. Tapi kalau aku yg take part, memang marah la aku. Aku akan suruh dia bawak anak aku dok berkurung dalam bilik sampai lantai betul2 kering sebab aku tak suka ada kesan tapak kaki and so on. Kucing lalu pun aku menyirap dah nampak tapak kaki dia. Selagi tak puas hati, aku akan terus buat. Katakan aku dah habis mop, nampak secoet je tapak kaki, aku akan mop balik 1RUMAH wehhh.

3) Matching
Anak aku, kelantangan aku kalau orang lain jaga, bila bagi anak aku pakai baju tak pair. Sebab jenis aku, bila kotor aku tukar terus 1set. Yang paling kesian orang tu mak mertua aku sendiri sebab dia jaga anak aku. Wehhh!! Masa kejadian aku sendiri tak sedar macam mana muka aku bagi reaksi. Bila balik rumah, aku baru terkenang dan sedar sikap buruk aku ni.

4) Tetamu
Baru2 ni kawan aku ramai2 datang rumah baru aku. Aku pun happy masak2 untuk dia orang sebab aku memang suka masak. Aku happy je jemput dia orang datang TAPI aku lupa masalah aku yang tak berkesudahan ni. Masa tengah huhahuha gelak ni, one of kawan aku tumpahkan air tanpa sengaja, aku boleh lagi control walaupun dalam hati rasa macam nak pecah. Second time seorang ni pulak tumpahkan dan aku jerit macam orang histeria. Bayangkan laaa. TAPI, aku langsung tak sedar reaction aku macam tu. Bila dorang balik, yang jadi mangsa suami aku la tukang berus karpet tu. Malam2 tu jugak la. Aku pulak ulang alik mop, vacuum, sapu rumah sampai aku puas hati. Puas hati sampai bawak ke pukul 3pagi. Hmm

5) Barang dapur dan lauk
Dah menjadi kemestian sebulan sekali kami akan shopping barang dapur. Masa aku pregnant tak larat nak duduk bangun kemas dan susun barang2 dapur, aku minta tolong suami. Esoknya aku tengok tak sama macam aku buat. Dengan sarat2 dan tak larat tu aku buat balik semua. Yes semua… Sama jugak lauk pun kalau balik dari pasar, sayur2 dan barang2 dalam peti ais. Aku kalau kemas peti ais, memang kemas means keluarkan semua tray, cuci, susun balik. Tak puas hati, buat balik. Boring kan orang macam aku ni. Stress!!

So apa yg aku cuba sampaikan, aku tak pasti aku ni OCD, perfectionist atau pun ada lg penyakit lain yang merasuk aku, tapi aku penat. Sangat2 penat untuk belajar kawal diri, penat rasa bersalah, penat rasa takut. Kadang2 sebelum tetamu datang aku terpaksa buat rehearsal how to control my face, my reaction if something bad happen. Aku takut nak face muka orang yang aku dah pernah buat muka tambahan orang tu orang terdekat and yang selalu jadi mangsa keadaan suami aku. Sangat2 penat bila dah selepas kejadian, baru nak mengenang muka aku yang tak boleh kawal, suara atau kata2 aku. Aku penat untuk mintak orang buat kerja exactly macam mana yg aku buat. Bila orang tak paham, aku hangin… Hmm
Aku nak korang tahu, orang yang hadap situasi macam aku ni, kami tak kejam, kami tak jahat. Kami tak minta jadi macam. Its hurt me actually. Kadang2 aku menangis jugak. Bukan sebab letih kemas rumah tapi sebab sikap aku ni mungkin melukakan perasaan orang lain yang mungkin dah taknak datang rumah aku.

Maaf la kalau tulisan aku berterabur.. Aku mintak sangat pada mereka yang hadap benda sama macam aku ni untuk bagitau aku macam mana korang control emotion and face reaction korang. Sebab buat masa sekarang memang aku takda duit nak jumpa doctor. Kalau ada sesiapa yang boleh share knowledge tentang ni, tolong share. Aku ucap 1000kali terima kasih kat korang kerana sudi baca luahan aku dan sedia memberi pendapat.

– Ash

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit