Tak Pandai Memasak

Aku ada baca confession yang budak baru grad yang nak kahwin… Tajuk berkaitan berkat dalam perkahwinan rasanya. Ada nampak ciri yang confessor list kat sana. Ada nampak satu point bab kepandaian memasak.

8 tahun lepas…aku seorang wanita… Akan bernikah tetapi masih tidak tahu memasak. Kepakaran aku hanya masak nasi putih,air masak dan maggi(nyumm…slurpp).

Macam mana aku nak pandai memasak…. Aku malas. Bukan maksud malas bermalasan goyang kaki… Tapi aku malas nak ambil inisiatif… takut masak tak sedap…membazir bahan. Aku cuma rajin kupas kulit bawang,blender bahan masakan,potong sayur. Kemas dapur,basuh pinggan mangkuk,sapu lantai,lap dapur gas yang berminyak sampai berkilat.. Semua aku buat kecuali masak. Aku tak berani! Dalam percubaan aku nak memasak,setengah jam duduk di dapur terkial-kial. Lantas emak mula mengambil alih. Maklumlah emak orangnya memasak bertahun-tahun untuk family kami. Kesudahannya, aku mampu melihat emak memasak sambil membantu menyediakan bahan-bahan masakan.

Bukanlah aku tak pernah cuba memasak. Aku punyai adik beradik yang ramai. Ramai abang dan kakak. Masing-masing pandai memasak,menjahit…haha.even abang aku pun pandai menjahit sikit yang berlubang. Adik aku pun pandai buat kek dan puding. Sedap! (Katanya si tukang buat) Tapi aku rasa biasa je cuma tukang buat tu beria suruh cakap sedap juga. Ada satu malam aku nak try buat nasi goreng. Ceh..kacang je kot…aku guna perencah peket nasi goreng. Tak kan tak jadi? Bila dah siap,abang no.2 aku pun balik dari memancing. Mak aku pun announced aku ada masak nasi goreng kat dapur. Aku nervous… Bau ada….rasa tak tahulah. Mak suruh abang makan. Abang senyum lebar sambil usap perut. Bagus sangat katanya. Sebab dia pun lapar. Mak senyum dari kejauhan.

Mak pun tak makan lagi. Aku pun baru siap masak. Haha. Nak tergelak lah pulak tiba-tiba. Korang tahu..masa aku tengah taip confession part ni sekarang,baru aku nampak dengan jelas kenapa mak aku suruh abang aku yang makan dulu masa tu. Mak aku pun tak berani nak rasa! Dengan semangat berkobar-kobar, abang letak nasi penuh sepinggan. Dengan lafaz Bismillah, rasa dunia dalam slow motion tatkala abang menyuap nasi goreng masuk ke dalam mulutnya….dan satu sudu saja abang mampu makan. Tawar,tak ada rasa. Tak pe lah…yes,apa nak buat dalam family kami kejujuran di utamakan. Aku tersenyum pahit. Emak,kakak dan adik sahih rasa nak makan makanan lain malam tu. It’s okay,pujuk kata hatiku. Maybe aku patut beli perencah nasi goreng jenama lain pula. Lepas tu,aku kembali kepada tugas utamaku di dapur. Tumbuk sambal belacan. Tapi sukatan lada,belacan,garam gula samada kakak or emak yg masukkan. Aku tumbuk jee. Tak ada sambal belacan,tak sedap.

Bila sambung belajar di IPTA, rasa juga la berdikari. Sekali sekala aku dapat giliran memasak dalam rumah sewa. Tapi jarang sangat. Tak boleh asah lagi skill memasak. Lagi-lagi balik kelas petang,turun naik bas,berjalan lagi dari bus stop ke rumah sewa di hujung lorong. Singgah pula deretan kedai makan. Alasan alasan alasan..

Balik dari belajar,duduk balik rumah parents. Lepastu nak kahwin. Bakal suami cakap it’s okay. Abang pun tak pandai masak. Itu lah orang cakap sehati sejiwa kot. Serasi bersama. Lagipun aku busy kumpul duit kahwin lah masa tu. Siang malam aku kerja. Waktu lunch,aku keluar pergi ambil keje freelance aku di ofis client aku. Balik kerja petang tu lepas mandi makan…duduk dalam bilik buat kerja freelance. Macam tak ada life. Member ofis discuss drama TV3 pun tak dapat nak join. Tak ada masa nak tengok. Apatah lagi nak memasak. Hari minggu akak aku yang kerja di daerah lain balik rumah. Memang dia la tukang masak hari minggu. Dia beli barang dapur, dia yang masak. Aku biasa tukang teman,tukang angkat barang,tukang prepare bahan masakan je.

Dah kahwin aku… awalnya kalau ke rumah mertua,ada la hint nak rasa masakan aku. Aku senyum. Nak duduk lama-lama jadi gerun. Nasib pjj masa tu. Singgah pun tak lama. Biasanya sebelum datang sana,aku beli makanan banyak-banyak. Nasi ke, kuih-muih..jadi makan yang tu je. Jadi mertua nak masak pun tak jadi sebab padan habiskan makanan aku beli je sampai ke malam.

Sampai la masa aku duduk rumah sendiri…tahun ketiga perkahwinan. Stop PJJ. Barulah aku start memasak setiap hari. Masakan pertama aku upload di Facebook. Bangga masa tu. Lauk bilis je.. lepas tu tiap-tiap hari sebelum masuk dapur, Google dulu resepi. Boleh kata setahun dua selepas tu aku banyak bergantung pada Google. Sekali sekala call emak tanya tips. Dulu kan aku selalu prepare bahan masakan tapi time mak masak,aku cuba recall balik macam mana mak buat. Sampailah sekarang dah 8tahun aku jadi isteri,semua jenis lauk pauk aku dah pandai buat… Kalau suami teringin nak makan lauk kenduri, aku pun dah pandai campur beberapa jenis rempah gulai untuk dapatkan rasa yang sama. Macam-macam jenis nasi aku bole buat. Request apa saja,aku dah ingat resepi dalam kepala.

Kuih muih aku selalu buat…. Roti loaf pun aku boleh buat sendiri kat rumah. Western food pun aku biasa sediakan untuk suami.Sekarang dalam kalangan adik beradik aku,aku pula yang paling aktif memasak. Tapi masih…. setiap kali balik kampung,aku cari masakan ibu dan mertua. Rindu masakan orang tua.

Selalu orang pandang rendah pada wanita yang tak pandai memasak. Ya, kalau boleh janganlah dibagi hantaran. Jangan kahwin lah kalau tak pandai memasak. Rasa sedikit terkilan juga. Aku dulu hantaran mahal. Tapi aku kerja siang malam cari duit nak kahwin. Kenduri sebelah aku,90% guna duit aku. Tak susahkan langsung family dan bakal suami. Aku nak pkai kek 3 tingkat pun orang tak kisah masa tu.

Aku kahwin dapat gelang emas nilai hampir 3k. Dapat mas kahwin,barang hantaran di dulang,hantaran duit suami untuk aku. Lepas selesai majlis,duit hadiah orang ramai,aku bagi kat emak. Yang majlis di rumah suami,aku serah juga semua kat mertua.

Duit hantaran suami bagi,masuk dalam tabung haji aku untuk simpanan. Tak ada hutang langsung. Setahun kemudian,dapat beli rumah sendiri. Kumpul lagi duit… Beli semua barang rumah…cash. tak mampu,hold dan kumpul dulu duit. Gaji aku 1k je. Gaji suami pun tak sampai 3k masa awal kami kahwin. Tapi rasa berkat Alhamdulillah. Aku kahwin semasa aku dalam keadaan betul mampu untuk kahwin. Aku tak meminjam duit orang. Aku dan bakal suami sama-sama kerja keras cari duit.

Walaupun aku tak pandai memasak,tapi aku rajin mengemas. Aku rajin ambil hati suami. Aku faham maksud nusyuz. Aku tidak tinggi kan suara pada suami. Aku ramah pada jiran dan saudara mara. Aku hormat orang lagi tua. Walaupun aku tidak sempurna tapi aku solat cukup 5waktu,berpuasa penuh jika tiada halangan dan menutup aurat… Banyak lagi faktor penentu. Tapi memang ku akui, pandai memasak satu bonus.. untuk wanita yang senasib dengan aku, practice makes perfect.. jangan mengalah untuk belajar memasak sampai jadi pandai. Mungkin hari ini kamu tidak pandai memasak..mungkin akan datang kamu jadi lebih baik dari sekarang.

– Bukan chef

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *