Takdir Allah Kepada Mak Abah

Assalamualaikum readers semua. Aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan aku seorang perempuan. Baru sekarang aku rasa selesa sedikit selepas struggle menceburi pelbagai bidang pekerjaan selepas aku bergraduasi. Baru sekarang jugak la aku dapat buat simpanan sedikit untuk masa hadapan. Walaupun pekerjaan aku ni level biasa-biasa saje tapi aku tak kisah yang penting aku tak lagi mengharapkan bantuan kewangan dari mak abah. Alhamdulillah.

Aku rasa sedih mengenang nasib mak abah sekarang. Baru-baru ni aku terdengar mak bercakap di telefon dengan kakak dia. Mak cakap “Kau pergi la dengan anak-anak kau. Anak-anak kau kan banyak duit. Plan elok-elok”. Aku tau mak tengah bercakap tentang menunaikan umrah. Memang tak boleh disangkal sepupu-sepupu aku tu mempunyai gaji banyak walaupun hanya bekerja sebagai nurse. Diorang boleh support mak bapak dia pergi bercuti. Mak selalu jugak cakap kat aku, best anak-anak bawak pergi bercuti.

Aku sedih dengar mak cakap macam tu sebab aku rasa aku dengan adik-beradik lain sudah gagal menunaikan apa yang mereka mahukan. Mak teringin sangat nak pergi Langkawi. JAdi aku rasa ralat sangat tak dapat tunaikan hasrat mak tu. Yela, aku ni banyak habiskan duit untuk survive lagi-lagi kat KL ni; dengan sewa bilik yang mahal, makan, PTPTN, insurans, simpanan lagi. Gaji aku kecik je. So, apa yang aku boleh buat, simpan duit sikit-sikit then bawak mak pergi Langkawi. InshaaAllah

Adik aku dah dua orang bekerja. Dua-dua ni lelaki. Sorang kerja dah berpangkat tinggi walaupun masa tu dia baru je 22 tahun (tahun 2017). Sorang lagi bekerja pomen. Aku nak cerita pasal adik aku yang berpangkat tinggi ni. At least sebagai anak laki sulung dalam keluarga, dia boleh tolong mak abah. Tapi lain yang mak abah harapkan, lain pula yang jadi. Walaupun gaji besar, dia hanya menghulurkan sedikit saje gaji dia kepada mak. Mak terkilan juga sebenarnya. Sebab dia hanya satu : Kahwin.

Masa dia berumur 22 tahun tu, dia baru je graduate and decide nak kahwin tahun 2018. Dia cuma ada setahun je untuk kumpul duit. Masa dia belajar, abah dah banyak habis duit untuk dia. Walaupun dia dapat scholarship tapi belum mampu untuk tampung kos pembelajaran dia since dia belajar di kolej swasta. Aku rasa ada la abah habiskan dalam RM12k setahun untuk dia je. Mak abah selalu dengar je cakap dia kalau dia nak apa-apa masa tu dengan alasan tak nak dia stress belajar. Aku angguk je la sebab dah tu keputusan mereka. Aku ingatkan dia dah bekerja ni boleh la berjasa sedikit kat mak abah tu tapi bila dia dah decide nak kahwin, aku tak boleh nak cakap ape la.

Dia jarang balik jenguk mak abah sebab dia nak jimat kos. Sebulan sekali tu 2 hari pon tak sampai dah tolak perjalanan pergi dan balik. Public holiday pon mesti balik KL awal sebab tak nak sangkut jem. Mak dah banyak luah kat aku tapi last-last dia pasrah je. Yela, lagipun bakal menantu merupakan anak ‘somebody’ so kalau lewatkan pernikahan nanti kena kebas dek orang lain pulak.

Aku ni sebagai anak sulung rasa macam pikul tanggungjawab yang besar. Masa mak tanya bila aku nak kahwin, aku just jawab belum sampai rezeki jodoh lagi… Mungkin rezeki berbakti kat mak abah. Huuuuu nak nangis aku jawab macam tu sebab aku tak ready lagi nak tinggalkan mereka. Maksud aku, dah kahwin nanti kena ikut suami and aku takut aku dah jarang jumpa mak abah. Aku tak sanggup wehhh. Walaupun aku bekerja hari sabtu, aku kerap balik ke kampung untuk jenguk mereka sebab bagi aku mereka saje kebahagiaan yang aku ada. Lagipun adik bongsu kat asrama so aku tak nak mereka sunyi tanpa anak-anak. Aku pernah balik tiap-tiap minggu sampai abah tak bagi dah aku balik HAHA. Aku tau abah risau aku kehabisan duit kalau kerap balik.

Aku kagum dengan mak abah sebab dari baby sampai boleh berdikari sendiri, mak abah sanggup buat ape saje demi keselesaan anak-anak mereka. Segala keperluan dan kehendak dipenuhi walaupun pada mulanya dimarahi. Sanggup berhempas pulas membanting tenaga demi memberi anak-anak pendidikan supaya tidak ketinggalan. Tapi akhirnya anak-anak tak dapat tunaikan hasrat mak bapak yang sedikit tu walaupun anak ramai. Anak-anak pun dah start membina kehidupan sendiri. Aku terkilan gila tak dapat berikan apa yang mak abah nak dan tak capai expectation mereka.

Kadang-kadang aku sampai nangis dalam bilik mengenangkan nasib mak abah. Anak-anak sedara mak abah yang lain siap boleh beli kereta sendiri, bawak mereka bercuti tetapi kami ni… Aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk tunaikan segala hajat mereka terutama menunaikan haji. Aku harap sangat dapat bawak mak bercuti ke Langkawi satu hari nanti. Doakan aku ye. :)

– Hyra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *