Tambah Pendapatan

Assalam,

Aku Moora, berusia lewat 20-an, berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pertama. Baru sahaja mendapat kerja tetap setelah beberapa kali bertukar kerja. Aku dan suami bekerja tetap dan mempunyai komitmen yang tinggi setiap bulan.

Sejak berkahwin dan mempunyai rumah atas nama sendiri, Alhamdulillah semuanya cukup walaupun banyak perbelanjaan peribadi terpaksa cut. Dan, dengan cahaya mata bakal keluar, sudah pastinya perbelanjaan juga akan bertambah. So, aku kesian kepada diri aku dan suami.

Aku jenis yang suka mempunyai income sendiri. Gaji dalam around RM3k. Hutang kepada bank around RM2K. So aku sebenarnya berhajat untuk menambah pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM2K. RM1K digunakan pula untuk perkara lain-lain spt bagi duit kat parents, bayar bil itu ini dan so on.

Buat masa ini, aku tengah mencari-cari platform untuk tambah pendapatan. Antaranya :

1) Mencuba untuk “melabur” dalam fixed deposit. Tapi keuntungan tak banyak. Aku bukan risk taker so jumlah deposit yang aku letak cuma dalam RM1K dan pulangan dalam RM2.60/month. haha. Bila nak capai RM2K sebulan?

2) Pernah berfikir nak buat ASB Loan. Tapi komitmen dah tinggi dan tak suka tambah hutang dah.

3) Simpan duit dalam TH. Sambil-sambil simpan boleh pergi haji. ye tak?

4) Berniaga? Aku sangat tak reti meniaga. Takde skill. Tapi nak cuba tu ada. Tapi tengah cari nak jual apa dan minat. Sebab kalau dah tak reti meniaga plus tak minat, tak akan ke mana juga kan? haha

5) Nak belajar stock trading. tapi takut =..=

So far inilah aku terfikir buat masa ini. Mohon idea dan komen murni-murni untuk tambah pendapatan sekiranya ada.

Terima kasih.

Moora nak cari duit lebih

– Moora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *