Assalamualaikum wbt. Aku merupakan seorang rakyat Malaysia. Sejujurnya, aku nak luahkan kekecewaan aku terhadap institusi keagamaan di negeri aku.
Ayah dan mak aku merupakan seorang pekerja yang berkhidmat sebagai pendidik. Umur mak ayah aku dah hampir mencecah 55 tahun.
Mak aku masih bekerja sehingga sekarang di sebuah sekolah. Gaji mak aku bukanlah seperti guru biasa. Disebabkan mak aku bukan guru di bawah KPM, jadi gaji mak aku dalam RM2000 sebulan.
Long short story, ayah aku pernah bekerja sebagai guru di sebuah maahad tahfiz di bawah kelolaan institusi keagamaan di negeri aku. Maksudnya maahad tahfiz ni adalah maahad tahfiz yang berdaftar di bawah kerajaan negeri dan JAKIM. Jadi bukan maahad tahfiz persendirian la.
Dah lama ayah aku kerja, sejak tahun 1996. Disebabkan maahad tahfiz ni di bawah kelolaan negeri, jadi tapak maahad ini sering berpindah randah. Faham-faham je la, bila nak pindah semua barang kena bawa sekali kan.
Aku ingat lagi, dari aku kecil sampai sekarang aku besar, hampir 4-5 kali juga tapak maahad ini berpindah randah. Sampai la satu tahun ni, maahad tahfiz tersebut terpaksa dipindahkan lagi ke sebuah tanah wakaf yang sebelumnya tanah tersebut dijadikan sebagai institusi pengajian tinggi.
Institusi tersebut dipindahkan ke tempat lain dan diganti dengan maahad tahfiz yang ayah aku bekerja. Demi nak teruskan perjuangan nak bangunkan maahad tahfiz, ayah aku, guru2 lain, dan para pelajar semua ikut saja cakap pihak atasan tanpa banyak mempersoalkan.
Lagipun tanah dan bangunan yang bakal didiami ini tanah wakaf. Moga pahala para huffaz ini turut mengalir kepada tuan wakaf sehingga hari kiamat.
Tak lama berada di situ, notis dikeluarkan lagi oleh pihak atasan. Kali ini bukan lagi maahad tahfiz akan dipindahkan, akan tetapi MAAHAD TAHFIZ TERSEBUT TERPAKSA DITUTUP. Allah, satu kejutan dan tamparan buat semua staf dan pelajar di situ. Bagaimana nasib pekerja di situ?
Di situlah tempat seorang ayah dan ibu membanting tulang mencari rezeki buat keluarga. Di situlah harapan seorang ayah dan ibu agar anak2 mampu menjadi seorang huffaz yang akan menjadi pembela mereka di akhirat kelak.
Beberapa kali ayah aku dan staf yang lain berjumpa pihak atasan, dengan harapan penutupan tersebut dipertimbangkan akan tetapi jawapan mereka, “kami hanya ingin membangunkan tempat dan tanah wakaf tersebut. Kerana itu penutupan maahad perlu dilakukan agar kerja kami mudah.”
Ayah memberitahu, ayah sanggup menguruskan maahad tahfiz secara persendirian. Ayah merayu agar maahad itu tidak ditutup akan tetapi pihak atasan tegas dengan pendirian mereka.
Para pelajar akan dipindahkan ke maahad tahfiz negeri lain. Guru2 dan staf akan ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang bayaran atau pampasan.
Terdiam. Bermakna tempat yang sebelum ini subur dengan hafalan Al Quran akan terberhenti begitu saja. Ayah akur dengan keputusan pihak atasan. Siapa ayah yang tidak mempunyai apa2 kuasa untuk membangkang.
Kini, genap 2 tahun penutupan maahad tahfiz tersebut. 2 tahun juga, ayah tidak mempunyai kerja tetap. Hanya melakukan kerja2 kampung dan menjadi guru quran di rumah sahaja.
Hampir semua tempat dan negeri terdekat yang perlukan guru quran, ayah cuba mohon. Malangnya ayah ditolak mentah-mentah atas faktor usia. Katanya, mereka inginkan guru muda yang berpengalaman. Ayah akur.
Semalam, ayah sempat membawa aku ke tanah wakaf yang ‘dikatakan’ bakal dibangunkan. Sepi. Suram. Penuh semak samun. Bukan itu sahaja, bahkan tingkap bangunan telah dipecahkan. Segala peralatan elektronik yang berada di pejabat telah dicuri (laptop, mesin fotostat, penghawa dingin).
Ayah diam ketika melihat suasana tanah itu sekarang. Kecewa. Itu yang aku nampak dari raut wajah ayah. Mungkin tempoh 2 tahun belum cukup bagi mereka untuk membangunkan tempat tersebut.
Entahlah. Moga mereka masih ingat bahawa 2 tahun lepas, mereka yang memaksa dan mengarahkan maahad tahfiz itu ditutup. Moga mereka mampu menjawab di hadapan Allah kelak.
Dan yang paling aku dan ayah kecewa, itu tanah wakaf. Tuan tanah wakaf sangat berharap itulah saham dirinya di akhirat dan alam kubur kelak. Sekiranya tuan tanah masih hidup dan tahu tanah itu ditinggalkan usang begitu sahaja, aku yakin pasti tuan tanah tersebut sangat kecewa.
Dalam masa yang sama, institusi keagamaan tersebut menyeru setiap orang untuk berwakaf lagi dan lagi. Sedangkan mungkin mereka lupa ada tanah wakaf di bawah kelolaan mereka terbengkalai dan ditinggalkan begitu sahaja.
Bumi yang dulunya subur dengan ilmu dan Quran, kini ditinggalkan tanpa diuruskan. Ampuni kami ya Allah. Moga cerita ini jadi pengajaran untuk kit .
Sekiranya kita dilantik sebagai pemegang amanah, laksanakan tugas tersebut dengan baik. Jangan kerana terlalu berkuasa, kita lupa ada orang lain dibawah kita. Selalu lah melakukan istikharah agar keputusan kita merupakan keputusan yang terbaik di dunia & akhirat.
Ingatlah, di akhirat kelak, tidak ada yang akan tetrlepas dari perhitungan. Doakan moga tanah wakaf tersebut dibangunkan 1 hari nanti. Doakan moga rezeki staf2 yang ditamatkan perkhidmatan dipermudahkan Allah. Doakan moga kita amanah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
– Kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit