Tanggungjawab Suami

Saya sudah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga dan bererti 3 tahun juga terseksa. Saya berkerja dan gaji saya lebih besar dari suami. Dan kerana ini suami melepaskan tanggungjawab suami ke atas bahu saya.

Sewa rumah saya yang bayar, makan, pakai saya juga saya yang bayar. Saya yang bayar semuanaya tetapi kereta saya terpaksa sewa lot parking yang lain sebab apartment kami hanya menyediakan satu lot sahaja.

Saya sering tertanya-tanya kenapa dia tak ada belas ihsan tehadap saya sedangkan saya juga punyai pelbagai komitmen lain. Minta dibayar bil, ditangguh sehingga bekalan air dipotong. Barang dapur saya juga yang harus sediakan.

Gaji dia bukan tak besar, lebih 4k tapi saya tak tahu kemana semua duit pergi. Bila nasihat jangan selalu makan luar, mewah, pakai branded2, beli kereta mahal semua tak diendahkan. Salah ke saya sakit hati? Bila balik kampung saya dah tentu semua duit saya, dulu b0dohnya saya, sampai sanggup bagi duit saya supaya dia bagi dekat mak ayah saya.

B0doh kan? Konon nak tunjuk dapat laki tanggungjawab, padahal.. hmmm. Bila balik kampung dia yang jauh nun juga duit saya. Tu belum ipar duai sibuk tanya gaji saya berapa, minta tolong belikan itu ini, kias2 tengok harga barang-barang saya umpama saya dok perabis duit abang dorang.

Takkan kita balik setahun sekali, sarapan, lauk pauk tak nak hulur kan? Dah tau tak mampu, nasihat bagi duit raya ikut kemampuan sudah la, ni tak, nak tunjuk kena bagi anak buah banyak-banyak. Padahal baju raya pun bini beli. Nak bagi bini duit raya? lagi lah harapan.

Kami sudah beli rumah dan dijangka siap tahun depan. Saya dah nasihat banyak kali, nak dapat rumah kena kumpul duit masing-masing sebab saya tak nak semua keperluan nanti, renovate saya kena keluar sorang.

Setelah gaduh punya gaduh, saya suggest buat loan and masuk dalam ASB. Dia buat and dah dapat 15k. Tapi nak tahu mana 15k tu pergi? Modified kereta weyh. Tukar rim, tukar itu tukar ini. Siapa tak sakit hati? Dah berapa bulan, tak sampai tengah bulan dah tak ada sesen.

Saya harus redha ke tanggung semuanya? Bila terfikir nak makan kfc ke makan sedap ke, kena fikir kena support untuk 2 mulut. Nak beli makan kena support 2 mulut jadi dari tak ikhlas baik tak payah makan. Saya cari rezeki penat2 tapi saya yang kena ikat perut.

Sekarang bila bergaduh dia cakap saya yang riak. Saya sangat tertekan sebab saya tak ada tempat mengadu. Nak mengadu kat mak ayah saya tak nak mereka risau. Tapi hati saya tak ada siapa tahu. Saya pun teringin nak ada orang yang tanggung saya, pergi bercuti tanpa saya yang semua keluar duit, nak juga merasa dapat hadiah dari suami.

Tapi bila ajak cuti, alasan mana ada duit. Beli barang saya mahal, dia beli kemeja RM600 tak mahal. Saya takut saya sentiasa jadi isteri derhaka sebab saya tak redha, dan saya takut saya buat sesuatu berbahaya dekat diri saya satu hari nanti or akhiranya saya tempatkan diri saya dekat hospital sakit jiwa.

Jangan cakap salah saya, konon saya tak tegas, kalau dulu tegas agaknya merempat bawah jambatan atau kebulur nak tunggu dia keluar duit. Nasihat? Bincang? Bergaduh? Dah bosan semua tapi langsung tak ada perubahan.

Saja je saya ajak makan kedai tapi dia tak ada duit nak makan and saya makan sorang tanpa pelawa. Saya dah bosan saya je kena beralah. Jangan sebab ingat gaji saya besar siikit dari dia saya kena tanggung macam saya tak ada komitmen lain.

Sekarang saya cuma fikir nak selamatkan diri saya dari hidup yang penuh toksik. Saya cuma fikirkan pisah jalan terbaik. Tetapi saya takut nak maklumkan keputusan saya dekat family.

Dia selalu kata saya tak reti bersyukur jadi derhaka sebab ada suami yang tak pukul tak main perempuan tapi nak banyak ragam. Lelaki luar sana, jangan kau ingat kau tak pukul isteri kau, kau rasa baik, dera mental isteri pun toksik dalam rumahtangga.

Apa yang perlu saya buat?

– ISTERI TERSEKSA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *