Tangisan Abah Sumber Kekuatan Ku

Salam.namaku siti.Aku berumur 27 tahun dan sudah berkahwin.Masih teringat lagi pemergian my first baby tahun lepas.Boleh dikatakan aku berpantang tanpa baby di sisi.Yela 5 hari je sempat merasa jadi ibu,selebihnya masa habis dekat hospital smpai anak mama ne jumpa Allah tepat hari ke 14 lahir.

Betul la orang cakap,sokongan orang sekeliling buat kita jadi lagi kuat.Apa yang aku nak cerita kali ne pasal abahku.Lepas baby lahir,aku berpantang di seremban.Abah sudah pencen,jadi senangla abah menjaga aku sementara mak pergi kerja.Husband kerja di kl jadi hanya balik hujung minggu saja.Abah seorang yang tegas dan aku tak pernah tengok die nanges.Rasa hepi rumah tengok mak ayah aku jaga cucu die ne.

Tapi segalanya berubah masa hari ke 5 baby di masukkan hospital sebab susah bernafas.Doktor tidak galakkan aku tido di hospital kerana baby di icu.Setiap kali aku dan husband balik hospital,aku lihat abah dan emak tak tido lagi.Sudah menjadi rutin untuk aku cerita keadaan baby yang semakin teruk.Waktu tu aku lihat abah menyambung mengaji sambel matanya basah.Bila mak suro makan,abah kata nak puasa.

Di icu,hanya ibu bapa je yang leh boleh masuk.tapi hari tu,doktor kasi peluang atuk dan nenek tengok cucu die ne.Silap aku sepatutnya tidak bagi abah tengok keadaan baby aku yang beselirat dengan wayar dan mesin pernafasan.Bila abah tengok,abah nanges.Mungkin teperanjat tengok keadaan cucu die.Yela sebelum ne aku hanya becerita yang penting2 je.

Maafkan ct abah tak cerita rambut baby kena cukur,baby kena cucuk sana sini.Hari terakhir masa kat hospital,doc dah bagi hint dah cakap baby aku sangat tenat sebab virus die kat jangkitan paru paru makin teruk.Doc bagi aku dan husband cium baby aku puas2.Aku cakap ngan doc nak balik,nak siap pape yang patut.Nanti call je la,kami redha.Aku balik rumah,macam biasa abah dan mak tunggu.Abah tengah baca quran time tu.aku cakap kat mak “mak,kita kena kemas rumah,nanti orang nak datang.Doc cakap pape nti die call”.Abah pandang aku dan suruh aku banyak besabar dan redha.

Tak berapa lama kemudian,husband dapat panggilan dari hospital cakap baby dah meninggal.Abah peluk aku dan sama2 nanges.Ya allah,luluhnya hati aku.Tapi aku kuatkan hati sambel cakap “tak pe,siti ok.Allah jaga dia”.Mak,abah dan suami aku pergi uruskan ambil baby sementara aku ditemani jiran2 kemas apa yang patut.Tengah malam tu alhamdulillah ramai juga kawan dan jiran datang tengok baby.Aku lihat abah baca yasin sambel tahan sebak.Esok masa nak mandikan baby,abah pesan dekat suami aku,”jangan nanges tau,laki kena kuat”.

Akak ipar bagitau aku,masa baby dimandikan abah nanges lagi kat tepi pagar.Selepas selesai semuanya bermula episod aku pantang tanpa baby.Tipula kalau aku cakap tak sedih masa mula2 baby pergi.Nak nanges pun sampai dah x de air mata dah.Apa abah aku buat?setiap kali balik masjid abah akan cerita tentang kelebihan baby yang meninggal,syafaat die kat ibu bapa die dan bagi contoh kawan2 die yang senasib dengan aku.

Tak habis pantang lagi aku cakap kat mak nak balik kl teman suami aku.Tapi abah tau,aku perlukan masa untuk ok sebab kenangan kat rumah seremban dengan barang2 baby lagi.Abah nyorokkan semua barang baby dalam kotak.

Aku dapat call dari abah.”ct,abah nak bagitau ne,abah kalau tengok kubur baby,abah takut nak pergi dekat2.bestla die dapat masuk syurga,x de dosa.abah ne camnela nanti.untung baby ct tau.ct jangan sedih tau.Allah uji orang kuat.Baby ct dah hepi dah sekarang ne”.Cukupla aku lihat abah banyak menangis.

Sejak tu aku try jadi kuat depan abah,selalu gelak2.Nanges pun perlahan2 je kat bilik masa balik seremban.Sebabnya abah suka ketuk pintu bilik nak tengok keadaan aku.Sekarang dah 10 bulan baby pergi alhamdulillah aku dan husband ok.

Abah,tak yah sedih lagi tau.ct ok je sekarang ne.ct sayang abah dan mak sangat.ct ingat pesan abah “kita kena redha,nanti baby tolong ct dan husband kat sana nanti”.

-Anak abah

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit