Tekanan dan Buntu Mencari Laluan Kerjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua.

Saya ingin bertanya pendapat kepada semua yang ada disini kerana saya berada dalam kebuntuan yang amat sangat. Saya ada Degree dalam Applied Chemistry dan MBA. Sekarang sedang berfikir dan berkira-kira untuk sambung PhD dan meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi pensyarah.

Secara jujurnya, saya sudah tidak tahan sangat dengan bekerja di syarikat yang saya bekerja sekarang ini. Saya sudah tidak tahan bekerja didalam bahagian service (Frontline)(Call Centre) di syarikat pengurusan kewangan ini, dan saya berada di dalam tekanan yang tinggi sewaktu bekerja setiap hari.

Umum mengetahui kerja di Call Centre ni tiap tiap hari akan kena marah dan maki dari pelanggan, lagi2 kalau Call Centre di Bank ataupun institusi pengurusan kewangan. Untuk pengetahuan semua, saya sudah bekerja di bahagian service (frontline) di dalam industri perbankan dan kewangan sudah lebih dari 7 tahun.

Saya sudah puas mencari kerja di Syarikat lain dengan kelulusan MBA saya ini dilebih 1000++ syarikat melalui portal mencari pekerjaan (linkedIn, Jobtreet dan lain2) sudah lebih satu tahun yang lalu, namun sampai sekarang masih belum ada rezeki.

Saya juga sudah cuba untuk tukar department di tempat kerja, tetapi tidak berjaya. Saya juga sudah puas mencari kerja sebagai pensyarah dan penyelidik melalui kelulusan MBA saya ini, namun rezeki masih lagi tidak menyebelahi saya. Memang betul2 buntu, tertekan dan terdesak hendak mencari kerja lain sekarang ini dengan kadar segera namun tak dapat2.

Saya tidak dapat berhenti kerja terus tanpa dapat kerja lain kerana saya anak yang sulung dan keluarga saya bukanlah dari keluarga yang senang. Mak ayah saya sudah tidak bekerja, dan adik bongsu saya
masih belajar di IPTS yang memerlukan perbelanjaan yang tunggi.

Kalau ikutkan hati, memang saya hendak berhenti , tetapi fikirkan keluarga je ni. Sebenarnya cita2 saya sejak dahulu ialah ingin masuk ke dunia akademik (menjadi pensyarah dan penyelidik), namun kerana faktor2 tertentu termasuk kewangan, saya terpaksa bekerja di industri perbankan dan kewangan terlebih dahulu.

Untuk saya sambung PhD, saya perlukan bantuan biasiswa, namun, dengan keadaan degree saya (Kimia gunaan) dan Master (MBA) saya yang berlainan bidang, amat susah untuk saya perolehi sebarang biasiswa atau bantuan kewangan utk belajar. Malah , untuk sambung PhD pun, belum tentu saya akan dapat menjadi pensyarah berdasarkan komen2 anda semua di post saya sebelum ini.

Kalau saya berhenti sekarang tanpa mencari kerja lain, saya tidak akan ada sumber kewangan untuk menyara keluarga. Hendak cari kerja lain, tidak dapat-dapat, mintak tukar ke department lain, gagal. Hendak sambung PhD, tiada biasiswa dan kalau buat secara part time, kehidupan saya akan menjadi bertambah tertekan rentetan tekanan di tempat kerja setiap hari.

Sekarang ini, saya berada didalam keadaan amat tertekan dan sedih mengenangkan nasib diri ini, umpama peribahasa “Ditelan mati mak, diluah mati bapa”.

– Abdullah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *