Teori Personality Development

Teori Personality Development

Assalamualaikum. Aku N. Ni first time aku buat confession. Masa kat u dulu, aku ada ambil subjek personality development as a elective subjek. Aku tak tahu subjek tu pasal apa, tapi tajuk dia sangat menarik minat aku. Dan lecturer pun best, superosem. Selalu bagi contoh-contoh dan anologi untuk mudah difahami.

Subjek ni banyak teori. So as a student science stream, yang banyak belajar tentang fakta. Teori bukan something yang aku suka. Sebab teori ni takde betul and takde salah..

Dalam subjek tu, ada 1 chapter ni. Menerangkan pasal teory personality development. Bermula dari bayi sampailah dewasa. Aku tak ingat siapa yang proposed teori ni, rasa macam Freud. Kena bukak balik nota lecture untuk double check. Nanti bila rajin, aku g check. Sekarang ni tak berapa nak rajin sangat. Haha.

Okay. Berbalik pada teori tadi. Si tukang proposed tu cakap, setiap manusia akan melalui beberapa fasa perkembangan personaliti dari bayi hingga dewasa.Dan kena achieve every single aim dalam fasa tersebut. Kalau tak achieve, ia akan bagi kesan pada personaliti orang tu dimasa hadapan.

So, selama ni aku selalu terfikir kenapa aku ada borderline personality disorder, sebab dalam family aku takde pun history mental disorder. By the way mental disorder macam depression ni lain tau dengan BPD. MDD ni mood disorder. BPD pulak personality disorder, berada di antara neurosis dan psychosis. Aku ada both MDD psychosis dan BPD.

I think to deep.cari jawapan apa penyebab BPD ni terjadi pada aku, tapi still didnt found the answer. So akhirnya, aku give up dan tanya sendiri pada Dr. Ada teori mengatakan kebanyakan pesakit BPD ni pernah mengalami sexual or mental abused masa kecil. Kurang perhatian. Dan menurut Dr, based on cerita yang pernah aku luahkan, dia made up one conclusion. Mungkin penyebab BPD aku adalah berpunca daripada masalah relationship, bila ada aim dalam certain-certain phase personality development tu tak di fullfilled kan. Di samping adanya history mental abused masa zaman kanak-kanak dulu.

Dan menurut Dr, simptom tu sebenarnya dah lama wujud, cuma tak nampak teruk. Sebab dulu, aku cari perhatian dengan cara excell in my study. Education became my passion. Sampailah aku sambung master, tapi terpaksa berhenti sebab sakit belakang. So since dari situ, hidup jadi terkontang kanting sebab nothing to drive me.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Mungkin bagi kita, mak bapak, auntie uncle, orang dewasa merasakan kanak-kanak ni bukan tahu apa-apa. Bukan faham apa-apa. Ibarat macam diorang takde perasaan. Tak, sebenarnya diorang faham dan ada perasaan, sebab tu kita tak boleh layan diorang sewenang-wenangnya. Kita tak boleh pilih kasih, tak boleh buli fizikal apatah lagi mental dan emosi mereka. Cuma diorang tak reti nak expressed perasaan tu kat kita.

Aku still ingat dengan jelas, apa yang jadi kat aku masa kecil. Sampai end up macam ni. Bagi aku, teori yang di proposed oleh Freud (kot) ada betulnya. Bila ketika fasa kanak-kanak, jika kanak-kanak tak diberikan sepenuh kasih sayang, perhatian yang cukup. Ibu bapa sering pilih kasih, end up bila mereka membesar menjadi dewasa, ada possibility untuk jadi seorang yang sangat takut pada abandonment and rejection. Dan timbul masalah relationship.

Aku ni tak layak nak bagi nasihat keibubapaan. Kahwin pun belum, apatah lagi ada anak. Cuma nasihat aku, dalam mendidik anak tu, jangan sesekali pilih kasih. Bagi kasih sayang sama rata. Berikan perhatian secukupnya. Benda ni nampak simple, tapi sebenarnya mempengaruhi personality seseorang tu.

Kalau pendapat aku ni salah. Aku minta maaf. Ni pendapat peribadi. Dan ni based my own exprienced, macam mana aku boleh dapat BPD bila ada certain-certain benda yang tak fullfilled masa perkembangan aku dulu dan akhirnya mempengaruhi personality aku, sehingga aku dapat BPD. Dan aku tak nafikan mental abused jugak salah satu asbab aku boleh dapat BPD.

So korang, yang jadi mak ayah tu. Stress macam mana dengan anak tu. Jangan abused mental and emosi anak. Bagi kasih sayang yang secukupnya. Sibuk kerja macam mana pun, jangan lupa luangkan masa dengan anak-anak. Jangan disebabkan terlalu sibuk, sampai membuatkan mak ayah tak care pasal mereka dan rasa diabaikan.

Sekali lagi aku minta maaf kalau pendapat aku ni silap. Kalau silap boleh tolong betulkan. Boleh aku belajar sekali.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit