Terima dan Ubah

Assalamualaikum warga readers. Semoga confession aku ini disiarkan oleh pihak IIUM Confession page agar menjadi sebuah pengajaran dan juga memberi sisi pandang yang baru tentang ujian kepada kalian semua.

Nama aku B. B for Blossom. Ya, aku bloom saja tak kira masa dan tempat, ceh. Aku berumur awal 20-an. Putus cinta. Dan baru bertunang. Oh ya, Blossom juga pernah tidak bloom dengan ujian yang menimpa-nimpa. Layu gitu.

Parents aku dah lama tak ngam. Sejak aku lahir. Tapi ibu aku pertahankan hubungan itu demi anak-anak. Pernah aku tanya sewaktu aku masih mentah, “Ibu, you’re not happy. Why would you still hold on to this?” Aku tanya begini sebab aku boleh katakan, ibu aku sudah hilang seri, hilang kebahagian, hilang harapan dengan dunia. Semuanya gelap dan suram. Ibu jawab, “Untuk anak-anak ibu. Ibu taknak kalau suatu hari nanti anak-anak ibu sedih bila ibu bercerai dengan abi. Paling kurang, ibu tunggu semua anak-anak ibu habis SPM dulu. Supaya semuanya cemerlang. Baru lepas tu ibu fikirkan bagaimana ibu dan abi.” Ketika itu, tinggal aku seorang sahaja lagi yang masih belum SPM. Jadi aku dengan yakin membalas, “Takpe bu. Adik ok. Kalau ibu dah tak tahan, ibu boleh minta cerai. Adik tak tipu, adik akan ok je.” Itu jawapan aku untuk ibu. Kerana apa? Kerana setiap malam berkongsi katil sebelum tidur, ibu akan berkongsi tentang pengalaman perkahwinan mereka. Di dalam gelap itu, aku masih boleh mendengar tangisan ibu. Aku tahu ibu tak gembira dan sengsara.

Meyakini kata-kata aku itu, akhirnya ibu dan abi bercerai. Masih aku ingat, sedang aku berjalan kaki ke surau asrama untuk solat maghrib, ibu call. “Ibu dan abi dah bercerai pagi tadi di mahkamah.” Demi Allah, air mata aku gugur saat itu juga. Selama itu aku fikir aku bakal ok. Rupanya aku salah. Sepanjang tahun untuk menduduki SPM, aku mengalami stress yang teruk. Aku down. Aku asingkan diri aku daripada kawan-kawan yang lain. Aku sendirian. Depressed. Tapi alhamdulillah, result SPM aku masih excellent. Cuma subjek Physics yang aku sangkut daripada mendapat A+.

Aku daftar di sebuah uni. Di sini bermula episod cinta. Lelaki ini aku beri nama K. K for Kayu. Haha suka hati aku la nak bagi nama apa. Kayu ni… Poyo nak mati. Aku pernah terserempak dengan mamat ni sebelum aku mendaftar di uni kami. Boleh katakan waktu aku melihat dia dari jauh, aku dapat rasakan sesuatu yang istimewa. Tapi aku tak kenal dia pun. Acah macam fall in love at the first sight gitu. Kahkah. Lepas tu aku buat taktau je la. Alah, bukan aku nak gi ngorat dia ke apa. Setakat rasa istimewa je. Alih-alih hari daftar di uni tu, eh mamat Kayu ni ada la pulak. Aku ingat lagi, waktu dalam dewan, kawan perempuan aku jenis yang hyper gitu. Dia cuit-cuit mamat tu, (berlapik). “Nama kau siapa?” Lantas dia menoleh ke belakang, “Kayu.” Dengan jelingan maut yang tajam haha. Aku gelak aje. Padan muka kawan aku. Suka-suka hati je dia pergi cuit orang yang belum kenal.

Sepanjang tahun pertama di uni, aku dapat rasakan seolah-olah akan terjadi sesuatu di antara aku dan Kayu. Entah mengapa. Aku mengaku, aku sangat adore dan respect dia. Tapi pada waktu yang sama, aku tak hingin langsung nak dekat dengan dia. Macam ada aura something wrong akan jadi. Tapi malang memang sudah dapat dijejak bau, memang kami dikenenkan oleh rakan sekelas. Korang tahu betapa menyampahnya kami? Kalau terserempak tu, jelingan maut je bagi. Harom nak senyum!

As time goes by, pada tahun kedua di uni, Blossom dan Kayu berbaik. Mulakan dengan Bismillah. Eh tak, dalam kisah kami ni, ia bermula dengan Whatsapp. Bila dah mula rasa makin tak selesa, aku beritahu dia, “Jangan rapat sangat dengan saya. Saya takut one day saya tak biasa bila awak takde.” Menjadi seorang yang depressed itu, kau akan ada satu rasa selalu insecure. Selalu takut untuk akan ditimpa kesedihan lagi di masih hadapan. Anxiety, risau dan semua yang sinonim. Aku tak nafikan, aku suka dia, aku rasa bersemangat untuk cari diri aku yang hilang lama dulu. He’s a nice guy. Handsome. Jaga agama. Cukup pakej la kira. Tapi aku rasa tak layak. Memang aku nak dia dalam hidup aku, tapi aku selalu fikir, nak ke dia orang macam aku ni?

Ditakdirkan kami semakin rapat. Walau kedua-dua pihak cuba untuk berhenti berhubung (macam-macam rules kami letak), tapi kesemuanya tak jadi. Bila hati dah suka. Nafsu mengaburi tindakan. Selama dua tahun, setiap hari PASTI dan WAJIB kami berhubung.

Tapi gembira kami tidak lama. Setiap hubungan itu pasti ada ujian. Aku tak label kami sebagai couple sebab kami tak pernah declare apa-apa. Tapi cukup untuk aku benar-benar yakin, kami pernah mencintai satu sama lain. Satu hari tu, aku cemburu bila tahu dia ada Whatsapp bestfriend aku. Bagi aku, kalau aku istimewa bagi dia, kenapa dia masih perlu berbaik dengan perempuan lain?

Lama-kelamaan, hubungan kami makin retak. Aku paling kecewa pada Disember 2016. Dia cakap, dia tak serius dengan aku. Setelah melalui fasa seperti orang bercouple. Itu yang dia declare? Hancur hati aku. Aku rasa seperti dipergunakan. Lalu aku putuskan untuk dia tidak dekati aku lagi.

Setelah kejadian itu, pelbagai alasan dia guna untuk contact aku, kerja lah, akademik lah bla bla bla. Jadi niat aku untuk memutuskan hubungan antara kami berdua terkubur. Aku fikir dia juga sudah menyesal. Tapi rupanya tidak.

Februari 2017 dia kantoi lagi dengan aku. Jawapannya apa? “Saya tak pernah pilih siapa-siapa antara awak dan dia (perempuan best friend aku tu).”

Aku dah macam mayat hidup. Aku call perempuan tersebut dan tanya tentang mereka. Perempuan tu cakap, Kayu pernah cakap yang Kayu suka dia. Kau tahu apa hati aku rasa waktu tu? Hati aku mati. Aku dah tak mampu menangis lagi. Tapi perempuan tu yang menangis. Aku diam. Perbualan kami terhenti di situ. Waktu itu, satu saja yang aku fikir, kalau dari awal Kayu memang serius dengan aku, dia akan mulakan hubungan ni dengan serius. Dia takkan cari perempuan lain. Ya mungkin benar aku je yang suka dia. Aku dah cukup rasa down dengan hubungan kami waktu tu. Malam-malam aku solat tahajjud, taubat dan istikharah. Menyesal dengan apa yang pernah kami lalui bersama. Hubungan yang tidak berkat, mungkin? Jam 3:00 am aku tengok kedua-dua mereka online di Whatsapp. Circle of friends kami orang yang sama. Takde yang akan chat sampai jam sebegitu. Kau faham apa aku rasa? Hati tu rasa seperti ditoreh-toreh. Apa yang perempuan tu sedang lakukan, itulah tempat aku suatu masa dahulu. Rasa seolah diganti. Tanpa rela.

Aku mula letakkan dinding yang sangat tinggi untuk dia dalam kehidupan aku. Deep down in my heart, aku selalu doa, please come back and tell me that you’re sorry. I will accept you. You only need to trust me. But no, dia tak pernah yakin dengan aku. Perempuan itu adalah his easiest escape. When I played hard, so to the other girl he went. Sedangkan niat aku adalah untuk dia belajar tunjukkan yang dia serius dengan aku. Tapi lain yang dia faham.

In June, we had a really big fight. Kali ni dia kantoi lagi teruk. Korang faham tak kenapa aku masih gunakan istilah ‘kantoi’? Sebab dia masih layan aku istimewa. Despite of all the rough journey yang kami lalui. Aku masih anggap dia milik aku.

Setelah gaduh teruk, aku dah rasa fed up sangat nak teruskan negatif macam tu. Aku pujuk diri aku. Aku cakap, B, kau tak ke mana kalau macam ni. Maafkan dan start yang baru dengan Kayu. Jadi aku maafkan dia. Tapi waktu tu aku tak berterus terang, aku cakap aku maafkan dia je. Aku tak cakap aku nak baiki hubungan kami. Nak mula baru. Aku tak cakap sebab aku takut. Yang lawaknya, dia fikir dari situ aku friendzone dia. Jadi dengan itu, Kayu dan my so-called bestfriend got engaged.

Kenapa aku jadi tak okay dengan bestfriend aku yang perempuan tu? Ok aku bagi nama la dekat dia. Glory. Aku pernah cakap dekat Glory ni (sebelum mereka bertunang, sewaktu awal-awal Kayu kantoi). Blossom dan Kayu masih tak dapat move on. We still like each other. Maksud aku waktu tu, “Cik Glory, boleh tak berikan kami ruang dan peluang dan jangan rosakkan hubungan Blossom dan Kayu?” Tapi Glory ni mungkin tak faham kut. Dia masih meneruskan berhubung dengan Kayu. Dan di sini jadilah lagi satu kerumitan dalam kehidupan Cik Blossom. Kecewa sangat dengan bestfriend sendiri. Rasa seperti ditikam belakang. Glory pernah cakap dekat Blossom, dia tak tahu pasal Blossom dengan Kayu. Kahkah. Aku nak gelak je rasa. Sebab aku boleh katakan, ramai orang sekeliling fikir aku dan Kayu dah bertunang. Glory tu duk dalam circle aku. Bagi aku, apa yang dia claim tu adalah penipuan yang besar. Sekadar untuk dia membolehkan dia rapat dengan Kayu.

Sebenarnya masih ada rentetan kisah sedih selepas kisah pertunangan mereka. Tapi aku tak mahu cerita detail sebab isu itu terlalu sensitif dan aib. Jadi bermulalah kisah kami blocking each other, unfollow each other. Alah biasa la tuh, dah takde pape kan. Waktu ni, aku tengok Kayu sangat down. Dah takde roh kebahagiaan. Kadang aku terfikir, Kayu ni depressed ke? Tapi tulah, siapalah aku untuk ambil tahu lagi tentang dia. From that, aku boleh nampak Kayu tidak lagi sekayu yang sebelumnya. Kayu yang aku lihat seperti sedang bertarung dengan dirinya sendiri. Entahlah, aku malas nak komen panjang. Bagi aku, itu pilihan dia. Kalau dia tak gembira dengan apa yang sudah berlaku, aku tak boleh ubah semua tu. Bagi aku, peluang yang aku beri pada Kayu sudah terlalu cukup banyak. Apa yang kurang, dia tidak yakin dengan cinta aku terhadap dia.

Anda semua fikir saya tidak penat? Haruslah! Aku pernah rasa taknak kahwin. Taknak terima mana-mana lelaki. Aku menangis seminggu dalam bilik. Asal doa je, nangis nangis nangis. Pebenda lah!

Selepas momen layunya Cik Blossom itu, aku muhasabah diri aku balik. Aku mengaku, banyak sangat dosa aku. Tapi, aku taknak letak fikiran aku yang semua ni berlaku disebabkan Allah nak balas dosa aku. Bagi aku salah pemikiran macam tu. Untuk aku, semua ini berlaku disebabkan Allah sayang aku. Allah bukan nak balas. Tapi Allah nak bawa aku ke jalan yang lebih baik.

Ditakdirkan, ada seorang lelaki yang melamar aku. Walaupun aku tidak kenal dia, tapi hati aku terasa lapang untuk menerima dia. Di sini aku mahu tekankan, orang yang lebih baik pasti akan datang untuk kita. Tapi syaratnya, kita kena terima diri kita dulu. Sebab apa? Sebab dari penerimaan diri sendiri, baru kita tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri kita. Bila kita sedar lemah kita di mana, kita jadi selalu beringat, diri kita masih belum cukup baik, jadi kita akan selalu pesan dekat diri sendiri, “Ayuh berubah jadi lebih lebih baik!”

Untuk Glory, B yakin suatu masa nanti Allah akan tunjukkan siapa yang benar. Walaupun Glory selalu act seperti mangsa keadaan, takpe. B terima yang Glory buat macam ni dekat seorang kawan baik. Truth shall prevail.

Untuk Kayu, if you were happen to read this, saya tahu dan saya akui silap saya juga banyak. Awak juga manusia dan berbuat silap. Saya yakin kita pernah jatuh cinta suatu masa dulu. Namun kita terlalu naif tentang cinta dan takut. Saya terima ini takdir Allah. Tapi saya sedikit kesal dengan cara awak handle situasi ini. Pesan saya untuk awak, jangan lari dari masalah. Dan satu lagi harapan saya, jangan pernah kembali lagi dalam kehidupan saya. Jangan ego. Ego tu makin tinggi dibina, makin sakit jatuhnya nanti.

Untuk readers, di sini Cik Blossom mahu tekankan, Cik B juga menghadapi liku-liku kehidupan yang rumit. Kalau ada teman rapat yang tahu tentang kehidupan Cik B, the response would be, “Allahu, macam mana B boleh lalui semua ni? Nampak macam takde masalah pun.” Pastu mula la mereka yang nak meleleh. Sedih dengan apa yang Cik B lalui. Counsellor pun pernah bagi respon yang sama. Untuk seorang yang masih di awal 20-an melalui terlalu banyak sebegini, besar ujiannya! Mungkin readers ada yang rasa eleh apalah sangat ujian Cik B ni. Tapi Cik B nak cakap, mesej ni:

1. TOLONG TOLONG TOLONG sangka baik dengan Allah. Fikir positif biarpun kau tahu diri kau hina. Yang hina itu dosa dan masa lalu. Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih itu adalah Tuhanmu. Silap Cik B dulu adalah, selalu fikir negatif. Anxious, overthinking. Benda yang belum jadi, tapi Cik B dah fikir macam-macam solusi untuk benda yang belum jadi tu. Itu bukan sediakan payung sebelum hujan. Tapi itu membenamkan diri sendiri di dalam kolam yang tak wujud!

2. Focus on the present. Be in the moment. Tak payah la terlalu risau tentang future. Planning itu bagus. Malah Islam juga menuntut umatnya merancang. Tapi kalau dah terlalu over sampai takut nak hadap present moment, boleh la pertimbangkan balik betul ke anda ni bersedia sebelum hujan? Atau sekadar mencipta imej negatif dalam fikiran?

3. Be aware of your mental health. Tolong la jangan anggap isu stress, anxious, depression tu benda kecik. Benda gini, kalau kau biar, kau boleh jadi gila tahu? Hidup pun boleh jadi lifeless. Please check what is your mental state right NOW! And if you need help, please please seek for it!

4. Usah berdendam dengan masa lampau. We have the present and the future to make ‘em right. Chill!

5. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Tak kisahlah sewarak mana pun kau, jangan pernah aniaya orang. Aku tumbuk jugak kang! Satu je aku nak remind, sekali kau aniaya orang, kau tak bahagia. Sebab diri kau secara fitrahnya tak dapat terima yang kau dah aniaya seseorang. Sampai la kau berani nak minta maaf dan dimaafkan.

6. Kalau kau sedih hari ni, Cik B sarankan, kau menangis aje lah nak. Tak perlu la nak act bahagia sangat. Accept you for what you are feeling right now. Tak perlu acah aku kena kuat sebab orang lain perlukan aku.

7. Buat readers yang tengah koyak, Cik B suggest untuk korang senaraikan balik apa life goals korang, what are the things you would like to have in details. Secara psikologinya, senarai ini akan membuatkan korang lupakan tentang kesedihan lampau dan mebuatkan diri korang untuk jadi EXCITED AND LOOKING FORWARD dengan sesuatu yang baru.

Konklusi: Terimalah setiap saat yang telah disusun oleh Allah untuk dirimu. Terima dirimu. Terima perasaanmu. Terima hakikat. Seterusnya, ubahlah fikiran menjadi positif. Ubahlah akhlak menjadi lebih baik.

Sekian saja.

– Cik Blossom Yabedabedu

– Cik Blossom Yabedabedu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit