Untuk part I, (https://iiumc.com/terima-kasih-covid/).
Kisah awal yang saya nukilkan tempoh hari adalah permulaan pada kisah yang saya akan ceritakan nanti.
Semua berlaku dengan izin Allah. Tiada satu pun berlaku atas sebab diri saya sendiri melainkan semuanya atas kehendak Allah.
Semua amalan-amalan sunat yang saya lakukan sejak covid melanda, mungkin ada antaranya menjadi benteng diri daripada terkena gangguan2 yang boleh membawa mudharat.
Kisahnya bermula pada suatu hari….
Sedang saya santai2 di dalam rumah, tiba2 terdengar suatu bunyi dari luar rumah yang menarik perhatian untuk saya cari tahu puncanya.
Lalu, saya selak langsir bilik tidur yang menghala ke arah halaman rumah.
Terkejut amat bila saya dapati bunyi itu rupanya datang daripada beberapa ekor ular hitam yang besar. Tapi, ular2 hitam tu mati kesemuanya kecuali seekor.
Saya cepat2 keluar dari bilik tidur menghala ke arah ruang tamu untuk menutup pintu utama takut2 kalau ular hitam yang seekor itu masuk ke dalam rumah.
Tapi, apabila saya tiba di ruang tamu, ular hitam itu sudah pun masuk ke dalam rumah saya.
Dalam keadaan panik, saya teringat ada belerang yang saya simpan.
Saya fikir mungkin dengan menabur belerang di antara ruang tamu dan ruang tengah dapat menghalang ular itu daripada terus masuk ke ruang2 lain dalam rumah.
Jadi, dengan pantas saya dapatkan serbuk belerang tu.
Tapi, apabila saya sudah bawa belerang tu di ruang tamu dengan niat untuk taburkan, ular hitam itu tiba2 mahu menyerang saya.
Saya masih ingat lagi. Ular itu menuju deras kearah saya seakan-akan mahu dipatuknya. Mata ular itu bengis menikam pandangan mata saya.
Saya ketakutan. Tapi, entah macam mana saya boleh bertindak spontaneous.
Serbuk belerang yang masih berada di dalam plastik itu saya suakan kearah ular itu dan bila ular itu menerkam kearah saya kepalanya terus masuk ke dalam plastik belerang itu.
Bila tengok ular tu hilang arah, terus saya ke dapur capai pisau pemotong daging dan cantas badannya. Sepuas hati saya kerjakan ular tu hingga mati & darahnya berselerak di lantai.
Setelah ular itu mati & saya tengah berfikir-fikir macam mana nak bersihkan darah ular tu tiba-tiba saya tersedar daripada tidur.
Saya terus buat isyarat ludah ke kiri 3x sambil baca taawwuz. Itu yang saya belajar kalau kita bermimpi buruk.
Walaupun mimpi ni dah lebih dua tahun berlaku tapi sehingga ke hari ini saya masih ingat rentetan peristiwanya.
Bila saya ceritakan pada sepupu yang alim, dia cakap mungkin ada orang yang berniat tidak baik dengan saya tapi berkat salah satu amalan yang saya lakukan ia dapat melindungi diri saya & keluarga dengan izin Allah.
Sebelum & semasa saya beramal dengan ratib al attas, al mathurat dan lain-lainnya tu saya beberapa kali didatangi mimpi yang menakutkan.
Saya pernah bermimpi dikejar haiwan & juga manusia. Mimpi ular. Malah saya pernah mimpi kanak2 & menyusukan bayi.
Sehinggalah, Allah izinkan saya beramal dengan amalan2 tersebut alhamdulillah saya dah kurang bermimpi yang menakutkan.
Dan, setelah saya bermimpi saya bunuh ular hitam & saya mimpi ada bayi menyusu daripada saya tetapi dia luahkan balik air susu tu, saya tidak lagi didatangi mimpi seumpamanya.
Sejujurnya, dalam kehidupan yang nyata ni pun saya pernah mengalami gangguan. Alhamdulillah, Allah masih jaga saya. Saya belum pernah dirasuk walaupun saya rasa saya hampir2 tidak sedarkan diri.
InsyaAllah, diperkongsian akan datang saya akan cerita bagaimana saya boleh terkena gangguan ni.
Ada satu nasihat saya buat pembaca yang sedang menghadapi masalah berkaitan benda2 ghaib ni.
Seorang ustaz dalam perawatan Islam pernah berpesan ; untuk sembuh, perawat hanya boleh bantu sedikit sahaja. Selebihnya memang perlukan kekuatan dalam diri kita sendiri.
Perbaiki hubungan kita dengan Allah. Yakin dengan sebenar-benar yakin bantuan daripada Allah. Allah maha pelindung. Minta perlindungan daripada-Nya.
Salah satu cara saya mohon perlindungan daripada Allah adalah semasa baca surah yassin.
Sebelum mulakan bacaan, saya niatkan dalam hati supaya dengan bacaan yassin ini Allah lindungi saya sekeluarga daripada segala kejahatan makhluk-Nya.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat pembaca semua.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit