Terima Kasih Pembeli Makanan COD

Hai aku Bawang. Berasal dari kuala lumpur. Tujuan aku menulis ini adalah untuk berkongsi kisah hidup family aku mana lah tahu secebis kisah ini dapat memberi semangat atau motivasi.

Sebenarnya, cerita ini lebih kepada kakak aku. Sebelum ini, hidup kakak aku normal di samping suami dan 5 org anak tercinta dan disayangi. Tetapi siapa sangka disangka dugaan allah swt datang menguji insan yang bernama isteri, suaminya ditangkap dan dijatuhi hukuman beberapa tahun. Bermula pada saat itu segalanya berubah.

Kakak menangis setiap hari seakan akan tidak dapat menerima dengan apa yang berlaku. Memikir tentang masalah kewangan, soal anak yang bertanya tentang bapanya, apa lah dia nak jawab bila anak anak tanya “ mana daddy ? Daddy pergi mana ? “ kakak hanya mampu menjawab daddy work jauhhh. Tambahan dengan pihak bank, kereta, etc menuntut hutang lagi allahu. Kakak seorang suri rumah sepenuh masa. Badan nya makin susut, mata lebam tak terurus lah jawabnya.

Tetapi, tak lama selepas itu dia bangkit dan cuba cekalkan hati. Tapi alhamdulillah dan nasib baiklah kakak aku ni ada satu kemahiran / kelebihan dia memang terer bab baking dan western cook start dari situ dia start buat cod makanan dan bake wedding cake etc. Dia tak menangih dan meminta simpati orang lain.

Dia mencari jalan sendiri. Dia kuat kan semangat untuk cari duit walaupun tak dapat nak cover semua komitmen. Aku bangga dan impressed dengan kakak. Hidup tanpa suami, membesarkan anak seorang diri. Family kami dan mertuanya hanya dapat membantu serba sedikit sebab kami bukanlah berkemampuan sangat.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembeli makanan cod kerana menyokong perniagaan kecil kami. Siapa sangka dari setiap kali kalian membeli makanan kami duit untung tu lah mengisi perut lapar anak saudaraku dengan susu, menyuap nasi tiap kali anak saudaraku lapar. Dari duit untung tu lah dapat belikan alat tulis sekolah.

Walaupun untung tidaklah banyak mana tapi memberi makna yang besar. Ingatlah wahai pembeli makanan cod, kalian bukan saja pelanggan kami malah dalam masa yang sama membantu kami yang dalam kesempitan hidup yang terlindung di sebalik senyuman disaat kami menghantar makanan yang dipesan pada kalian.

Terima kasih wahai pembeli sebab tak pernah minta kurang harga, tidak pernah berkira bayar delivery cas, selalu repeat order dan tak menyulitkan urusan kami. Allah swt menghantar rezeki kepada keluarga ku melalui kalian. Mungkin perkara ini nampak biasa pada mata sesetengah orang tetapi bukan pada mata kami. Besar makna kepada kami.

Jadinya disini, support lah kawan kawan berniaga tak kisah lah saudara mara ke kawan ke, pakcik makcik pasar malam dan kurangkan la sikap minta kurang tu ( tengok pada situasi ) sebab kita tak tahu kesempitan tang mereka hadapi nak nak pula itu lah sumber utama mereka untuk memenuhi perbelanjaan harian mereka. Tanamkan niat bersedekah tiap kali beli in shaa allah, allah murahkan rezeki kalian jua.

Untuk yang sedang down dengan kepayahan hidup, bangkit lah carilah jalan keluar dari kesempitan hidup, cuba buat sesuatu yang boleh buat duit walau sedikit. Cuba dan cuba sebab kita tak tahu di sebalik cubaan itu, rupanya itulah jawapan kepada doa minta rezeki murah dari-NYA.kadang kadang jawapan bukan datang bergolek tapi harus dicari dan gali.

Aku doakan kalian yang support dan membeli makanan cod dimurahkan rezeki melimpah ruah, terima kasih hanya allah mampu membalas jasa kalian.

Akhir kata, posting ni tiada kena mengena tujuan promote atau apa apa sebab tak ada mention langsung nama bisnes dan aku post ini penuh dengan ikhlas :)

Much love…

– Cik bawang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *