Assalamualaikum semua, disini saya nak luahkan rahsia terbesar saya yang tidak mampu saya ceritakan pada sesiapa kecuali disini.
Saya merupakan pelajar IPTA di sebuah negeri belah utara tanah air. Lagi dua tahun nak habiskan degree dan awal 20an.
Sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan pensyarah saya sendiri.
Sebelum pembaca fikir bukan-bukan, saya nak bagitahu yang pensyarah saya tu bukan laki orang ye. Dia masih bujang, mungkin bujang terlajak, hahaha.
Saya gelarkan dia Dr Y la ye (bukan nama sebenar). Entah la macam mana saya boleh jatuh hati dekat dia. Sebelum tu saya akan ceritakan serba sedikit tentang Dr Y.
Tak silap saya Dr Y menamatkan pengajian dalam peringkat phd nya di UPM dalam bidang keselamatan makanan (tak pasti betul ke tak bidang ni tapi dekat dengan bidang ni).
Umurnya mungkin pertengahan 30an. Seorang yang suka buat lawak random. Seorang yang agak cerewet lagi-lagi kalau bab makanan mungkin sebab dia belajar dalam bidang makanan. Dan dia tak suka makan sayur HAHA kelakarkan.
Macam mana saya tahu? sebab dia pernah cakap dalam kelas.
Apa lagi yang saya tahu tentang Dr Y adalah dia suka bunga terutama bunga orkid. Maybe he’s a romantic guy. Saya ada stalker dia dan tak sangka dalam rumah dia ada satu bilik khas untuk pokok bunga.
Tapi tu la, saya tertanya-tanya kenapa dia tak kahwin lagi.
Saya pernah baca tentang perkara ni tapi tak ingat kat mana iaitu makin tinggi tahap pendidikan seseorang itu maka makin tinggi la juga standard dia pada seseorang.
Kalau boleh saya nak cuba mengorat dia. Perlu ke saya beli pokok orkid dan letak depan pejabat dia? dan tinggalkan pesanan ” from secret admirer “. Rasa macam novel la pulak.
Tapi tu la, semester ni je saya kelas dengan dia tu pun subjek minor. Mungkin lepas ni dah tak jumpa. Dan semester ni pulak dah nak habis huhuhu. Para pembaca perlu ke saya teruskan misi saya?
Betul, universiti ni tempat menuntut ilmu tapi apa salahnya saya cipta memori yang agak kelakar kan?
Lagi pun Dr Y bukan tahu pun siapa yang bagi dia bunga dan mesti dia seronok rupanya dalam diam dia ada secret admirer hehehehe>>>>
Saya akan tengok komen dari pembaca, kalau ramai suruh proceed saya akan send bunga orkid tu kat dia dan nantikan part 2..
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit
Bila baca cerita sis psal nk letak bunga pastu tulis from secret admirer gitu buat sy teringat kisah sy masa nk spm dulu… ada org letak bunga dlm meja pastu dia tampal nota tertulis from secret admirer haha.. and dh masuk 10 tahun berlalu but until now sy xtahu dia siapa
buat je…
kisah saya pulak terbalik dgn kisah awak. Bukan nak prasan apa lah en … Cuma masa saya belajar dlu , ada sorg pensyarah ni . Selalu usha saya. Selalu chat. Apa je saya post dia komen. Saya tnya kawan” yg lain tak pula macam tu. Pernah masa raya haritu dia chat nak datanv rumah . Menggigil saya mnaip reply mcm” alasan. Ye lah ,gile kot nak datang rumah. saya mana lah biasa ajak kawan” datang rumah , ni lagilah bukan kawan tapi pangkat guru pensyarah segala . Masa dia chat awal” dulu saya reply je macam biasa . Macam tkde apa. Saya pun tak fikir lah dia suka ke apa. Bagi saya mustahil lah dia suka kat aku.hahahahahaha. Pastu lama” dia selalu chat . Masa iftar dia selalu wish . Saya react je chat tu HAHAHHAHAHA akward . Kadang lepas chat malam” dia wish gdnight lah . Tak tahu benda tu biasa ke atau saya yg prasan lebih .
Kalau masa kelasnya saya diam je . Dulu saya banyak tanya semua benda. Bila dia selalu chat bagai , saya rasa segan pula nak tanya . Saya diam je masa kelasnya. Lepastu boleh pulak chat saya lepas balik kuliah tu , dia kata “tadi masa kelas asal diam je ?,tkde mood eh ?”
Aku rasa macam ishhhhhh dia ni kenapa!????
Malu lah.
Masa hari terakhir saya belajar kat sana ,masa tu malam annual dinner . Dah nak balik dah. Bolehnya dia p suruh student lelaki sorg tu oanggil saya ajak brgambar . Aku rasa macam nak pengsan je HAHAHAHAHAH nasib masa tu dia dekat luar dewan . Haihhhhh
Cerita tt ni buat saya tringat balik masa” belajar .
Pi lah mengorat pnsyarah tu. Yg pnting bukan laki orang HAHAHHAHAHA . Wish u luck .
Buat jer. Dah final year nanti..hujung2 nak grad.. kau confess la. Kalau nasib baik.. dia sambut perasaan kau tu.. tak nasib baik kau kena reject. Tu jer π good luck.
Better jangan confess dulu sbb dah nak exam…saya pernah bercinta time exam tiba2 saya dapat result teruk… jadi saya nasihat jangan sekarang…lepas graduate baru confess
i have same situations, help me to finds out solution. Awak dah confess ke nak tahu juga. Awak confess saya confess