Terjebak Dengan Cinta Tiga Segi

Melalui artikel ini, saya ingin paparkan kisah hidup yang sangat menguji kebahagiaan rumahtangga saya.

Secara ringkasnya, saya yang telah bersuami terjebak dengan cinta jejaka dari negara China.

Tidak dinafikan, pada awalnya kami hanya rakan sekerja dan akhirnya menjadi akrab dan rapat.

Dengan tidak disangka-sangka, dia telah meluahkan perasaaan cintanya terhadap saya walaupun dia telah tahu yang saya sudah bersuami.

Malah dia menunjukkan video saya yang pernah diambil secara senyap-senyap demi meminati saya.

Saya sungguh tidak menyangka yang dia boleh meminati dan menyukai saya.

Dia jauh lebih muda 12 tahun dari usia saya. Katanya, dia sangat menyukai rupa, penampilan dan gaya saya berinteraksi dengan orang lain.

Saya pernah memberitahunya tentang krisis rumahtangga saya yang sudah berlanjutan agak lama yang mana menyebabkan saya telah menerimanya sebagai kekasih gelap saya.

Dia menyatakan yang dia ingin hidup bersama saya dan mengahwini saya sekiranya saya bercerai dengan suami.

Namun, selepas beberapa bulan, suami mendapat tahu tentang perhubungan terlarang itu.

Saya sedar yang suami sangat kecewa akibat perbuatan saya.

Suami beransur berubah kerana masih menyayangi saya dan inginkan saya dalam hidupnya.

Saya cuba berundur dari ‘situationship’ yang terjalin beberpa bulan itu.

Saya cuba menjauhkan diri dari lelaki China itu.

Hari demi hari, saya meletakkan perasaan tidak percaya kepadanya supaya saya dapat menjauhkan diri daripadanya dan akhirnya cuba melupakannya.

Untuk makluman, saya masih di peringkat penyembuhan bersama suami.

Saya berdoa agar dapat melupakannya dengan kadar segera..

Mohon doa kalian juga untuk kebahagiaan rumahtangga saya sehingga ke syurga

Amin allahumma amin.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

– Nurina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *