Terlebih Suka Membaca

Assalamualaikum. Hai. Aku Bookworm. Seorang pendidik, baru setahun jagung pengalaman dalam bidang ni. Umur pun, tak cecah 30 lagi. InsyaAllah, in a couple of years. Belum berkahwin. Pun insyaAllah, dalam perancangan. Ok tak perlu intro panjang.

Seperti nama aku, aku sangat suka membaca. Bagilah apa genre pun. Aku takkan tolak. Jiwang? Seram? Adventures? Ilmiah? Fakta? Sejarah? Sains? Komik? Novel? Cerpen? Certot? Newspaper? Magazines? Journals? Articles? Facebook? Blog?

Apa sahaja yang boleh dibaca, aku akan baca. Tapi selalunya yang jiwang2 ni, aku baca 2-3 page, lepas tu lena. Lain, jarang, sebab aku seorg yang tak pernah berhenti rasa nak tau.

Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang suka membaca. Bapaku pendidik jugak. Ibuku pun, cuma lepas kahwin, dia berhenti. Tapi ibu sangat suka membaca. Buat aku, dari kecik, sekecil usia yang aku boleh ingat, aku dah boleh membaca.

Ibu kata, anak2nya suka rebut apa yang ada di tangan. Jadi, dari anaknya mula boleh sebut perkataan sepatah dua, dia dah mula kenalkan kami dengan ABC, 123, ا ب ت.

Yang aku nak ceritakan bukanlah tentang aku yang suka membaca. Tapi kesannya. Disebabkan aku sangat suka membaca dan cari bahan bacaan, terlalu banyak benda yang aku tau. Sampai orang rimas dengan aku.

Contoh, aku bukan orang bahasa, tapi aku boleh betulkan penggunaan BM dan BI orang. Aku bukan orang Maths, tapi aku boleh ajar Maths. Aku bukan orang Sains, tapi bila pelajar aku tengah buat latihan, aku boleh ajar. Begitu juga Sejarah, Ekonomi, dan apa2 shj yang boleh dibaca.

Sebab aku sangat suka membaca dan bila ada ilmu tu, aku rasa puas. Mcm tu juga ilmu keibubapaan, ilmu orang mengandung dsb. Aku banyak baca di majalah, jd aku tau term2, dan beberapa teori. Tapi member aku selalu perli bila aku tau. Ya, member yang sama2 pendidik.

Aku selalu diperli dan digelakkan dari kecil, sebab kawan2 aku kata aku merepek, menipu etc. Aku pernah dilempang cikgu masa Tahun 6, sebab aku betulkan cikgu tu punya ejaan, iaitu papan gelongsor, yang cikgu tu eja papan lungsur.

Aku pernah digelakkan kawan sekelas masa belajar di uni, sebab aku gunakan perkataan ‘baji’ menggantikan ‘wedges’. Aku pernah diperli kawan, bila aku terangkan tentang mcm mana kamera DSLR terhasil. Sebab katanya aku memandai2.

Aku seorang yang tak pernah berhenti nak tau. Aku pernah bertanyakan kat rakan guru, macam mana orang bina tapak jambatan di tengah lautan. Digelakkan. Bila aku tanya aku sorang je ke tak tau, katanya, kenapa aku nak tau benda tu sedangkan orang lain tak pernah terfikir nak tau sebab tak penting pun.

Aku pernah dikatakan bodoh masa sekolah rendah bila aku cakap ada negara yang mataharinya tak naik/turun, tapi ke tepi.

Masa aku tadika, orang lain baru nak kenal huruf, aku dah tau dah haiwa mamalia, amfibia, burung, ikan, darah sejuk, darah panas dsb. Masa orang lain baru nak belajar kenal 25 Rasul guna nursery rhymes, aku dah tau dah apa yang jadi pada rasul2 tu sebab buku ttg tu semua ada di rumah aku.

Banyak lagi benda yang aku tau lebih dari orang. Tp orang anggap aku paling bodoh dan merepek. Tp itu yang aku baca dlm buku.

Dan disebabkan parents aku ajar aku mengira dari kecil, banyak formula Maths untuk memudahkan pengiraan yang aku discover masa umur 4-5 tahun.

Aku pernah cuba share dengan kawan2, tapi semuanya kata aku merapu. Sedangkan itu semua yang buat aku boleh mencongak dalam beberapa saat je utk apa2 soalan yang melibatkan 4 operasi utama tu (alhamdulillah, aku jadi pendidik, aku boleh share dgn pelajar aku cara aku mencongak). Yang skrg baru viral di fb, banyak sangat aku dah buat masa umur budak main anak patung.

Aku tak main ke? Aku main je. Banyak koleksi anak patung, lego, masak2, superhero, semua aku ada. Tapi ibu ayah gunakan mainan tu sambil ajar aku.

Tapi bila aku jadi cikgu ni, aku rasa sedih sebab kawan2 yang sepatutnya meraikan ilmu dan pendapat, diaorang yang pangkah pendapat orang yang diaorang sendiri belum tentukan tu salah ke tak.

Bila aku cerita itu ini, katanya “Ko bukan ajar benda ni pun, ko tak tau”, “Ko bukan bidang ni pun, ko tak tau”, “Ko ni mengarut je lebih”, “Ko mimpi mende, ni?” tapi last sekali (tak tau diaorang ingat ke tak), diaorang ulang balik apa yang aku cakap tu.

Dan sedih jugak aku, sebab budak2 sekarang, payah betul aku nak bentuk untuk rajin membaca. Exam 5 minit lagi, tapi semua ralit dengan telefon (sekolah aku membenarkan pelajar membawa telefon, dan aku ok je, senang aku nak berkongsi nota).

– Ulat Buku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *