Assalamualaikum. Tujuan aku menulis bukan untuk mengaibkan sesapa. Ya lah, korang pun tak tahu aku sapa, parent aku pun sapa kan.
Kisah mungkin panjang, jadi kalau nak baca terpulang, kalau taknak baca pun tidak mengapa wahai sahabat sekalian alam :)
Ok, watak2 dalam cerita ni hanyalah mama, papa, aku, dan uncle (kawan mama). Aku tengah dalam perjalanan nak habiskan belajar di salah sebuah IPTA dalam Malaysia. Doakan aku ya.
Kisahnya, perbelanjaan keluarga banyak mama tanggung. Papa pesara polis. Buat masa ni papa dah tak kerja dah. Sebab sibuk uruskan hal anak2. Aku sulung, adik2 aku kecil semua.
Sepanjang aku belajar, alhamdulillah aku tak minta langsung duit dekat parent aku sebab sebelum mula belajar aku kerja part-time. Masa belajar pun aku banyak kerja part-time, jadi selain untuk kegunaan aku, duit aku juga aku guna untuk keluarga.
Aku bukan lah kedekut, tapi duit aku agak banyak sebab aku tak reti shopping. (Kau bagi aku sejuta ringgit, campak aku di mall selama 24 jam. Paling hebat pun aku akan beli makanan. Ciken rais shop ke kepci ke gitu). Ok dah makin menjauh pula cerita.
Jadi aku tahu mama mesti stress semua benda mama kena tanggung, sedangkan aku tengok papa banyak mudahkan kerja2 dirumah. Makan pakai adik2 aku, memang mama beli. Tapi yang memastikan makan dengan betul, pakai dengan betul, semua papa. Seolah-olah papa suri rumahtangga.
Kadang2 mama luah, cakap beban nak bayar itu ini papa tak membantu. Kadang2 papa luah, duit pencen bulan2 papa pun guna jugak untuk barang rumah. Guna sikit2 lama2 jadi bukit ye dok? Bila minta kat mama, ada je mama complain. Lepastu mengadu kat aku. Berputar-putar benda ni. AKU TERSEPIT!
Lumrah seorang isteri, mesti nak suami manjakan dengan macam2. Tapi papa tak mampu. Papa pun bergantung pada duit pencen. Kadang-kadang mama suka perli papa depan aku. Papa sengih tapi aku tahu papa terasa. Papa tak pernah perli mama bab kerja2 rumah.
Mama kalau balik kerja, kadang-kadang lewat kadang-kadang awal. Balik rumah mesti main handphone. Weekend pun kalau mama tak kerja, mama hadap phone lagi lama dari komunikasi sesama keluarga. Aku tunggu masa je nak bersuara tapi aku taknak dicop anak baran, anak derhaka, anak kuat menjawab pulak, huhuhu.
Mama pernah cerita ada officemate mama (uncle) minat dekat mama. Tapi sampai situ sahaja. Tak cerita lebih. Lamaaaaa lepastu, aku terdengar mama OTP dengan uncle. Amboi, daring! Bergelak2! Geramnya aku.
Pernah mama kata nak pisah dengan papa sebab papa tak bagi nafkah duit kat mama. Tapi aku berusaha buat macam2 sampai tak jadi benda tu, alhamdulillah! Aku tahu, antara faktor mama jadi takde hati dengan papa pun sebab kehadiran uncle gatal ni. Acah caring kat mama je ish!
Kalau korang nak tahu, uncle dah ada isteri. Anak pun lagi tua daripada aku. Tapi dia selalu puji2 mama. Pernah juga aku terbaca ws mama dengan uncle, ya Allah, aku risau kalau mama melting. Sebab memang sweet dan mama pun melayan. Even mama banyak kali kata kat dia yang mama isteri orang.
Hmm aku rasa panjang pulak luahan aku, dan korang pun tentu bosan. Takpe aku ringkaskan apa yang aku betul2 nak sampaikan ye:
1. Perkara DOSA, jangan buat main. Anda suami atau isteri orang, setia lah pada pasangan. Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui!
2. Selemah mana pun pasangan, jangan mudah melatah. Macam papa, papa memang takde duit sangat. Tapi papa buat segalanya dalam rumah. Basuh baju, sidai baju, kemas rumah, dll.
3. Bersyukur. Perkara paling payah manusia nak buat, ialah bersyukur. Bersabar senang lagi daripada bersyukur tau. Doakan mama terus bersyukur dapat keluarga macam kami, tak pergi dekat uncle.
4. Jaga ikhtilat. Isu ni dari kita sekolah lagi dah diberitahu. Jadi, janganlah kita jadi lagi bod*h daripada budak sekolah.
5. Setia. Selagimana pasangan anda tak mengkhianati hukum agama, wajib anda setia dengan pasangan anda. Itu hak pasangan anda. Anda tak lakukan hak anda, anda ZALIM!
6. INGAT ALLAH
Mohon doakan keluarga kami sentiasa Allah dorong untuk lakukan perkara yang Allah Redha. Doakan uncle dah tak kacau mama. Doakan mama dah tak selalu perli papa. Doakan papa tabah. Aku sayang dua2.
Maaf kalau cerita tak best. Aku cuma nak meluahkan. Takpalah kalau korang rasa tak best. Aku gagal lah bab bercerita ni, hehehe.
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit