Tersepit Antara Keluarga dan Kawan Baik

Tersepit Antara Keluarga dan Kawan Baik

Assalamualaikum. Banyak kali aku fikir nak hantar luahan aku dekat sini.. Aku buntu sangat. Selain luah di sejadah… Aku tak tau nak luah pada siapa.. Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku ni. Luahan ni agak panjang.

Malam tu malam terakhir ramadhan. Hati aku masih sedih dengan masaalah yang belum nampak ada penyelesaian. Tersepit antara family dan kawan rapat yang dah aku kenal lebih 10 tahun.

Malam tadi, mak aku menangis-nangis minta aku jangan kawan lagi dengan N. Mak cakap mak dah anggap macam anak sanggup perempuan tu buat keluarga kita macam ni.

Kalau along tak kawan dengan perempuan tu, ramai lagi kawan baik-baik ada. Mak pun banyak kawan. Tapi tak ada kawan macam perempuan tu lah!”

Dan… Mak aku pun menangis..

“Ni mak bapak masih Ada. Sebab orang luar, keluarga kita jadi macam ni!”

Aku diam.. Aku cakap baik-baik.

“Mak… Punca masalah ni sebab attitude Acik. Acik yang tiba-tiba tak suka kawan along tu dulu.. Dulu elok je, keluar sama-sama, bercuti, tengok wayang. Along dengan kawan along dah banyak sabar dengan perangai acik tau.. macam-macam along buat untuk berbaik dulu. Belikan makanan, last-last basi je.

Bila tegur, apa acik cakap dekat Along? ‘Diam la bodoh!’ Selama ni, ada Acik kisah effort along? Masalah ni bukan antara along dengan N. Takkan sebab acik tak suka N, along tak boleh nak kawan dengan N langsung. Bagus ke kita buat orang macam ni? ”

Aku pelik, petang tadi semua nya baik. Bila aku balik rumah dari bandar dengan sepupu aku, mak aku berkurung dalam bilik. Berbuka puasa pun dalam bilik.

“Kenapa tiba-tiba cakap tentang ni? Ada sesiapa mengadu?”

“Along tak payah dah kawan dengan perempuan tu. Mak sedih tau tak. Dia siapa nak cakap macam tu?!”

Aku diam. Aku tahu mak aku tengah marah dan aku nak tahu punca mak aku tiba-tiba naik angin.

“Apa yang Acik cakap sampai tiba-tiba mak macam ni?” Aku mula tinggi suara.

“Acik, cakap Acik apa perempuan tu cakap. Biar Along tau”. -mak

Memang aku agak.. Acik punca mak aku tiba-tiba jadi macam ni. Mungkin niat acik nak meluahkan perasaan. Tapi entahlah. Aku cuba bersangka baik. Masalah yang aku banyak kali cakap, minta acik selesaikan . Tapi acik diam mengelak. Akhirnya acik dah melibatkan keluarga masuk campur.

Untuk pengetahuan, tahun lepas, selama lebih kurang 4 bulan, kami bertiga: aku, acik dan Kawan aku, N duduk serumah di rumah family aku di bandar. Kami bekerja di syarikat yang sama. Bezanya, company aku tidak benarkan adik beradik bekerja satu department.

Jadi Acik Dan N ditempatkan satu department. Kerja ni, N yang carikan. Set appointment, ambil borang menggunakan kereta N. Semua N yang settle. Masa interview pun, memang rezeki interview, Kami bertiga diterima bekerja. Kami happy.

Selama ni aku dengan N sabar je dengan perangai acik. Acik suka react dengan attitude berhari-hari kalau ada masaalah atau dia tak suka something. Kau cakap la apa-apa, acik akan buat muka tak layan. Panggil pun, Acik akan buat diam.

Aku pulak tak suka kalau ada problem lama-lama macam ni. Aku akan cuba ajak acik buat aktiviti sama-sama. Tapi itu la…. Acik dengan perangai dia. Perangai acik ni, dia akan tiba-tiba berbual macam tak ada apa-apa berlaku kalau dia rasa nak berbual. Masa ni, baru kau akan tahu apa masalah sebab acik akan cerita. Kalau dia nak cerita. Kalau tak, sampai kesudah kau tak akan tau apa masalah.

Acik masih dingin.

Satu hari, aku tinggikan suara, aku marah perangai dia macam ni. Aku marah dia, kami tak bertegur sapa lebih 3 hari. Acik cakap aku bodoh sebab paksa dia cakap apa masalah. Dia cakap, aku kakak dia patut faham dia.

Ya Allah… Sebab tu aku tanya apa masalah yang dia tak puas hati. Acik keluar rumah malam tu. Tak balik. Ya Allah… Marah-marah aku… Hati aku ni risau tau adik perempuan aku tak balik.

Bila cakap dengan mak, mak cakap dah tahu perangai acik macam tu, biarkan je la. Tangan di kacau. Along mengalah. Mak marah sebab aku marah acik sampai acik tak balik malam tu. Sampai bila nak biar? Tak boleh ditegur?

N ada masa kami gaduh. N memang tak campur. Dia just cakap, kalau adik dia, lama dah Adik tu kena belasah sebab kurang ajar macam tu. Dekat 2 minggu juga acik macam tu, akhirnya acik ok. Bila aku tanya acik, dia cakap dia sedih N cakap nenek aku bodoh. Aku tanya bila. Dia cakap time tu aku ada tapi tak marah N. Aku ingat lagi kejadian tu.

Masa tu, aku ada luahkan dekat N dan Acik, nenek aku cakap aku kurang ajar sebab suruh nenek makan dulu. Nenek cakap adab ada tetamu, tetamu makan dulu. Hari tu, aku suruh nenek makan dulu sebab kami bertiga akan sampai lewat. Ya.. Kami sampai rumah nenek pukul 11 malam dan nenek tak makan lagi. Rasa bersalah pula aku. Aku ingat lagi respond N lepas dengar aku cerita.

” Macam bodoh pulak suruh makan dulu kena kurang ajar” N ketawa.
Aku pun ketawa. Aku cakap ” Kan.. Rasa bodoh sehh”

Acik? Masa tu tak nampak dia terasa hati pun. Sebab Kami sembang hal- hal lain. Gelak sama-sama. Acik cakap masa tu dia tak tunjuk sebab hormat along Dan N, Kawan along. Aku cakap Acik, habis dia buat perangai macam ni. Settle masalah? Masalah akan lagi besar bila dia buat perangai macam ni. Aku rasa ini hanya salah faham.

Lama- lama acik makin tak suka N. N tak ada sesiapa dekat sini. Family jauh di utara. Jadi, kalau sebulan, 3 Kali aku balik kampung, N akan ikut. Bila acik tak suka N, masa makan, Acik tak akan makan sama. Mak aku banyak kali panggil pun acik tak akan datang.

Mak aku ni punya susah hati, walaupun aku suruh mak aku makan je. Mak tetap bangun dari meja makan tu panggil acik. Bila acik masih tak nak, mak aku makan sikit je sambil bebel acik ni perangai memang macam ni.

Aku ada marah acik buat mak macam tu. Macam biasa, aku seperti cakap dengan dinding. Mak suruh aku biarkan acik. Mak akan cakap.. Perangai acik memang macam tu. Sakit hati aku.. Dan N tempat aku meluah rasa hati. Untung ada kawan yang memahami. N suruh aku tanya masalah Acik bila mood Acik ok.

Bila mood acik ok, aku tanya. Acik cakap dia tak suka N. Dia tak suka N makan sama-sama dengan family kami. Tak suka N ada time kami sekeluarga tengok tv. Sebab kalau nak bincang apa-apa tentang keluarga susah.

Aku beritahu N. N cakap, lepas ni.. dia duduk dalam bilik je. If dia boleh keluar, baru panggil. Walaupun berat buat N macam tu. Tapi, N cakap dia ok. Janji dia tak sorang-sorang. Dia boleh balik kampung aku. Boleh main dengan kucing aku.

Lepas tu, Aku, Acik dan N ok. Siap bercuti sama-sama. Pergi jalan-jalan naik kereta N.

Tapi tak lama. Satu hari, N ada marah sebab kami lambat. Biasa la.. Balik kampung, mak aku akan bekalkan makanan. Dah la lambat bersiap, tunggu pula mak aku masak nak bekalkan makanan. Sampai kami terlambat nak ke tempat kerja. Memang N marah kalau bab masa ni. Aku paham sangat. Acik terasa hati dengan cara N marah-marah.

Dan Acik minta aku suruh N jangan makan makanan mak aku masak. N tau. Dan N cakap, dia tak akan makan makanan orang tak bagi dia makan. Aku tahu, saat ni, hati masing-masing terluka.

Acik cakap aku asyik pentingkan Kawan bukan family. N pulak cakap, dia tak nak sebab dia, aku bergaduh dengan family. Tapi dia tak nak aku dengan dia gaduh sebab dia tak ada sesiapa dekat sini. Ya.. Dia seorang introvert. Anak tunggal. Tapi dia cakap, sabar dia ada batas.

Masalah makin teruk. Acik dah tak tinggal menyewa dengan kami. Dan N dah dilarang datang ke rumah parents aku dekat kampung. N geram. dan mungkin sakit hati. N minta Acik berhenti kerja sebab kerja ni N yang carikan. Acik buat tak tahu. Acik cakap tu rezeki dia.

Acik dah bagitahu family, dan family aku lagi marah dengan N sebab suruh acik berhenti kerja. N cakap semua yang acik suruh dia ikut, ingat boleh berbaik. Tapi makin jadi teruk. Aku tau, N tak ada sikit pun bercerita masalah ni dengan family dia. Family dia masih ingat, family aku masih baik dengan N.

N cakap benda ni settle kalau dia dah tak nampak Acik. Dia minta acik berhenti kerja. Kerja ni pun N yang cari. N dah tak boleh nak hadap muka acik. Aku? Tersepit antara family Dan Kawan baik. Aku minta acik hanya tukar shift. Tak perlu berhenti. Tapi acik cakap, if Kami yang tak suka dia, Kami je tukar shift atau berhenti. Ya Allah…..

Sekarang keadaan makin teruk sebab N ada guna kekerasan. Dan acik buat report polis. Hal ni disokong oleh seluruh family aku. Bertapa tertekannya aku bila balik kampung, mereka mendesak minta aku tidak berkawan dengan N. Minta aku keluar dari rumah sewa. Tinggalkan N.

Lagi teruk bila, aku yang di minta berhenti kerja. Minta aku lebihkan family dari orang luar. Mak aku siap persoalkan kenapa aku sayang sangat dengan si N. Aku tertekan. Aku Dan N ke yang salah?

Dulu setiap minggu aku balik kampung aku, kami bertiga akan balik sama-sama dengan kereta N. Sekarang, aku balik sebulan sekali sahaja menaiki bus. Itu pun, Angah dah nasihat aku minta ikut cakap family, redha ibu tu penting. Aku diminta balik kampung selalu. Tapi kenapa hati aku pedih sangat bila balik kampung? Asyik menangis dalam bilik.

Dekat company, disebabkan kami bertiga dulu rapat, kecoh orang bercerita tentang kami. Lagi-lagi bila dah jadi kes polis. Belum lagi yang tokok tambah. Aku tertekan… Aku jadi menyampah dengan acik. Aku dah tak dapat luah dengan N, sebab aku tau, N pun tertekan. Aku pun dah tak dapat bercerita dengan family aku. Sebab family aku tak suka aku bercerita pasal N.

Aku buntu, tertekan dan sangat sedih. Lagi- lagi bila balik kampung, Acik dan satu family bergelak ketawa.

Aku? Tiap solat aku berdoa agar hati aku, hati N dan hati keluarga aku di damaikan. Aku berdoa agar masalah ni selesai. Aku sayang keluarga aku, aku pun sayang persahabatan aku dengan N. Tolong doakan kami berdamai dan masalah ni selesai ye.

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit