‘Test’ Yang Melukakan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/test-yang-melukakan/).

Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Harap ini kali terakhir aku bercerita pasal ni. Terima kasih jugak kepada yang komen dan kritik, agaknya cerita aku memang nampak bias sebab aku tulis masa tengah penat.

Kali ni aku nak buat penjelasan sebab aku macam cerita tak habis, sebab aku menulis masa tengah down teruk. Kali ni rasa okay dah.

Aku tak balik sebulan sekali selama dua minggu setiap bulan tau, akhir2 pregnancy saja aku ulang alik balik which is masa mengandung bulan ke 6 dan 7. Bila kandungan dah 8 bulan lebih nak masuk 9, aku balik kampung terus untuk beranak.

Tak ada lah tiap-tiap bulan balik. Masa kami awal2 kahwin, kami memang selalu balik kampung dan lepas tu dia tinggalkan aku seminggu dua kat kampung sebab dia sibuk kerja.

Sebab dah terbiasa kerap balik kampung, jadi aku rasa okay saja untuk selalu balik sebab nya dia bukan selalu ada kat rumah pun.

Tak payah lah aku nak cerita detail kerja nya macam mana tapi pokok pangkalnya, aku ada ke tak ada kat rumah tu sama saja sebab dia jarang sangat balik rumah. Dia balik untuk makan dan berehat saja, sebab next day nak masuk kerja balik dah.

Sibuk tak sibuk tapi macam tu lah kerja dia, ke dia buat2 sibuk aku tak tahu lah, tapi kalau suami ada kat rumah ko rasa kenapa aku tergedik2 nak balik kampung?

Baik aku duduk rumah habiskan masa dengan dia walaupun dia serabut tengok muka aku nak manja-manja dengan dia. Haa nak cakap aku tak faham suami la tu, suami balik kerja penat2 lagi mahu nak manja2.

Aku tinggal suami 2 minggu, sehari satu kali belum tentu dia call aku. Kalau aku call dia mesti dia sibuk ke apa. So, siapa yang cakap aku abaikan suami tu sama lah macam mak dia, tak faham nature kerja dia macam mana dan tak tahu sebenarnya aku yang terabai.

Kadang dia balik aku eksaited nak bercerita, dah dia pun penat kerja, serabut kena marah ke apa dan nak rehat saja, aku pun pendam dan diam saja lah. Nak ajak keluar lagi lah tak ada masa.

Suami aku kerja badan beruniform, bahagian jenayah. Siapa yang tahu kerja nya macam mana, dia tahu lah betapa sibuk dan tak ada masanya orang yang bekerja macam ni untuk pasangan, jadi memang kebanyakkan kerja rumah aku buat.

Lepas tu korang tahu tak aku ni suka berjalan, suka keluar, suka shopping.

Jadi bila anak dah besar sikit aku heret dua2 anak aku pergi shopping mall jalan2, sorang dalam stroller sorang pegang tangan, kadang2 bawak dorang pergi kidzonia yang dalam aeon mall tu, gigih tau. Nak tunggu laki aku bawak, memang tak lah.

Jadi bila dia nampak aku ni macam lebih berdikari dan boleh buat semua sendiri, lagi lah dia buat tahu dan tak ambil tahu hal dalam rumah.

Dia tengok aku keluar berjalan bawak anak, dia ingat aku takde kerja agaknya, padahal aku dah tepu dan bosan duduk dalam rumah.

Jadi kerja dia sekarang ni macam supply duit saja, dia ingat aku ni mata duitan agaknya, dia tak tahu aku ni membeli sebab stress and that’s my only escapism. Kalau betul aku ni mata duitan gila duit, aku tak kawin dengan dia, aku cari orang yang kaya lagi lah.

Aku cuma nak perhatian, nak rasa disayangi dan dihargai, tak dipandang rendah sebab tak kerja. Aku boleh saja kerja, cuma aku yang tak nak kerja, konon nak berkhidmat untuk keluarga jaga anak2 dan suami, sekali kau ambil khidmat tak dihargai gtuh.

Pasal anak,anak kedua dah umur 4 tahun, lepas anak kedua dilahirkan, aku terus pakai implan dan lepas 3 tahun, aku buang implan dan tak terfikir untuk pakai lagi sebab sepanjang pakai implan, aku tak period, jadi benda ni buat aku lagi emosi sebab hormon tak stabil.

Ni mindset aku saja, kalau kajian saintifik aku tak tahu adakah kalau tak period masa pakai implan boleh efek hormon.

Jadi nak dijadikan rezeki, aku mengandung lagi selepas 4 tahun. Kami merancang untuk tidak ada anak sampai lah 5 tahun lagi tapi kalau dah rezeki, nak buat macam mana.

Ingat aku tak mental tiba2 tahu mengandung musim2 covid ni? Korang tahu tak masa tahu mengandung anak kedua aku menangis dan fikir untuk gugurkan sebab aku tak sedia.

Anak tengah melasak, tiba2 mengandung lagi padahal kami dah merancang masa tu. Tapi merancang secara semula jadi ni tak selalunya menjadi.

Dalam berjaga2 dan bersama ikut waktu yang sepatutnya, lekat jugak. Nak buat macam mana, kami terima walaupun aku tahu aku bakal penat.

Lepas anak kedua lahir ni aku terus pakai implan ye. Jangan nak cakap aku tak merancang, tapi rancangan Tuhan lagi hebat. Lepas 4 tahun, aku mengandung lagi.

Ya pasangan aku mampu untuk upah maid tapi kami tak nak upah maid sebab tak selesa ada orang lain dalam rumah.

Hujung minggu memang ada upah orang kemas rumah sampai lah agensi yang aku biasa berhubung tu semua maid dia kena tangkap dan bila aku try orang lain, setiap kali dia hantar maid, main buat kerja tak bersih sampai aku kena ulang kemas balik, benda sama saja.

Dah bermacam jenis maid yang aku jumpa, biasanya maid ataupun orang kemas rumah ni yang datang ni orang indon dan i tell you what, mereka suka memuji itu ini dan last2 mintak itu ini. Dah lebih 3 orang aku jumpa jenis macam ni yang datang kemas rumah.

Aku pernah stick dengan satu maid ni, tiap2 minggu aku request dia datang sebab dia buat kerja tiptop sampai lah tiba2 bos dia bagitahu dia kena hantar balik sebab sakit. Dah pulak dah.

Lepas tu tiba-tiba covid, 2 tahun covid, aku pun tak keluar rumah dan orang luar pun tak sewenang-wenang aku nak bagi masuk rumah dan aku tak rasa cleaning service agency beroperasi masa covid last year dan awal tahun ni.

Bab duit alhamdullillah, senang. Tapi entahlah kan, betul lah bila orang cakap duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Aku memang jenis order makanan, ada hari yang dia tak balik, aku order lah makanan setakat aku dengan anak duduk bertiga saja. Biasanya aku akan masak waktu hujung minggu atau waktu dia off day.

Kalau hari dia ada dan aku tak masak dan order makanan saja, aku jadi penat dan nak marah dan mental bila sesimple2 plastik kuah makanan pun dia tak boleh nak buang dalam tong sampah, apatah lagi nak tolong lap kuah tumpah ke apa.

Bila aku tegur, dia kata nak buat lah ni sambil marah-marah aku balik, lepas tu lap2 kasar marah2 sampai nak terbalik meja tu sebab aku tegur macam tu. Dah tu, setiap kali nak macam tu?

Itulah yang aku cakap aku penat. Bila tegur tak jalan, bila tak tegur lagi lah tak ada kesedaran.

Ke macam mana nak suruh lelaki buang sampah makanan dalam tong sampah? Kau ingat masa aku tegur tu aku bentak2 ke? Macam2 ayat fikir aku susun supaya bila tegur tidak menyakitkan hati dia.

Pasangan aku ni kategori narcissist, terlalu konfiden dengan diri dia and so on, orang narcissist ni ego jugak.

Bukan aku tak pernah melawan, selalu saja bergaduh dan melawan dia sebab apa yang dia buat tu tak kena. Ada yang komen kena didik suami dari awal, yes itulah kesilapan aku.

Aku tidak mendidik suami dari awal. Nak berkomunikasi dengan orang macam ni payah. Bukan aku tak pernah nak bercakap, tapi dia akan mengelak dan alih topik lain. Last2 aku buat tak tau dan buat hal sendiri.

And yes, i’m hoping to walk out from this marriage one day. Bila anak2 semua dah besar. Buat masa sekarang, anak2 masih kecik dan attached to their father.

Dia bukan lah ayah yang tak bagus, dia bagus dengan budak dan pandai melayan budak, anak-anak pun suka dia, jadi korang faham tak bila selalu saja dengar bertahan sebab anak-anak? Aku lah salah sorang tu.

I am having a really good relationship with my parents. Selalu call, selalu mintak doa, selalu tanya khabar dan keperluan.

Mak ayah aku banyak habiskan duit untuk aku, dan aku sampai sekarang tak terbalas jasa dorang, setakat handbag perfume harga beratus tu berapa sangat lah nak dibanding dengan pengorbanan dorang.

Tapi aku tahu limit aku. Aku bukan buat mak ayah aku macam hamba, dorang tetap teruskan kehidupan dorang macam biasa cuma bila aku balik kampung, masak jadi extra saja lah. Tu saja lah.

Mandikan anak aku, suap anak aku, tidurkan anak2 tetap aku. Aku cuma rasa boleh rehat sebab tak payah masak dan buat laundry things.

Lepas tu aku bagi lah duit dapur tu walaupun balik paling lama 2 minggu, tak pun aku beli barang dapur siap-siap dan stock up dalam peti.

Mak ayah aku tertunggu tunggu aku balik, punya sayang ayah aku ni kat menantu dia, bila dapat tahu nak balik dia belikan siap-siap air tuak untuk suami aku.

In fact, suami aku lebih suka habiskan masa kat rumah mak ayah aku berbanding rumah mak ayah dia sendiri, sebab tu la kot mak ayah dia jadi cakap macam tu. Aku pun tak tahu.

Mostly cakap pasal communication and yes, benda tu betul. Tapi dah suami aku tak nak bercakap, aku nak buat apa? Nak tulis surat panjang-panjang bagi dia baca? Whatsapp kerja pun dia tak baca, korang rasa kalau aku tulis surat panjang2 meluahkan, dia layan ke?

Aku bersyukur dan bertahan sekarang ni sebab suami aku mampu dan keperluan aku dan anak-anak tak pernah terabai. Apa saja yang aku nak dia boleh bagi, apa saja yang anak-anak aku perlukan dia boleh bagi.

Aku kalau stress atau bergaduh dengan dia, memang aku habiskan duit dia saja, tu saja terapi aku. Nak manja2 dengan dia nak sweet talk ke nak bagi pick up line ke dia tak layan.

Kadang tu bila dia tanya aku nak makan apa pun aku rasa nak nangis dah, rasa macam disayangi sebab dia tahu aku memang tak makan apa yang aku masak. Aku masak untuk dia dan anak2, lepas tu apa aku nak makan aku order.

Kadang lepas makan nasi dia tanya aku dah order ke belum makanan aku, pun aku rasa macam nak nangis terharu dah. Dia jenis lelaki ego, dia tahu saja keperluan aku, apa aku nak apa aku perlukan cuma dia jarang sangat ungkapkan dengan kata-kata.

Kadang tu sebelum balik kerja dia tanya nak makan apa, dia akan belikan, tapi harap maklum lah call tanya nak makan apa pukul 6, pukul 10 malam baru balik. Kebulur dulu aku dengan anak-anak kalau tunggu dia.

So aku order makanan lain, lepas tu dia balik dan tengok dah makan, lepas tu dia sentap.

Fikir logik lah berjam jam nak tunggu dia balik bawak makanan, kebulur anak anak aku. Sebab tu aku fikir kadang aku dengan anak ni macam sekadar di pinggiran, atau beban bagi dia. Kalau gaduh memang aku suruh cerai saja.

Dia tak membantu dalam kerja rumah sebab dia jenis lelaki ego, dia tengok family belah aku merajakan anak lelaki dan dia pun nak jadi macam tu jugak.

Awal2 aku memang lah merajakan dia sebab awal2 kawin kan, konon nak prepare semua benda and sampai hari ni pun aku masih sediakan semua benda untuk dia.

Dia cakap masa dengan mak dia, mak dia masak saja lepas tu siapa2 nak makan ambil sendiri bawah saji.

Tapi bila hidup dengan aku, masuk family aku, dia terkejut tengok layanan terhadap kaum lelaki dalam keluarga aku. Makan berhidang, lepas makan ada air panas pulak, tak de nak sama2 kemas dapur ke apa, semua perempuan buat.

Lelaki tinggal makan, lepas makan basuh tangan lepas tu hembus asap rokok tunggu kaum perempuan hidangkan air panas pulak. Lelaki mana saja tak suka kan tapi ini tradisi keluarga belah aku yang aku sendiri pun tak suka dan bukan senang nak ubah benda ni.

So bila dia masuk family aku dan alami benda ni, dia jadi syok tau. Siapa saja tak suka orang layan kita macam raja kan.

Aku tak ceritakan sisi bagus pasangan aku, apa yang aku tulis lebih kepada meluahkan saja. Tak tulis lah dalam diari sebab nak jugak dengar apa orang nak komen pasal cerita aku ni, barulah seronok ada interaksi walaupun kebanyakkan mengecam saja.

Aku memilih medium ni untuk bercerita sebab ini boleh masuk kategori masalah rumah tangga yang tak elok nak bercerita kat orang yang aku kenal, apatah lagi keluarga sendiri. Since dalam ni tak ada yang kenal aku, aku rasa okay saja untuk bercerita dan meluahkan kat sini.

Macam yang aku cakap, aku nak meluahkan aja. Dan mestilah aku cerita part aku saja. Terima kasih lah ada seorang dua yang faham.

Berpisah is not always the option but sometimes it is the best option. Cuma orang perempuan ni hatinya sangat lembut dan jiwanya kuat. Selagi dia mampu bertahan-dia bertahan, aku lah tu.

Tengah bertahan lah ni. Aku selalu saja cakap kat dia kalau tak sebab anak-anak, dah lama aku tinggalkan dia. Aku tak takut nak walk away and start new sebab aku tahu kemampuan dan kelebihan aku, tapi anak2 aku rapat dengan bapak dorang.

Pasangan aku bukan abusive partner dan nafkah dan keperluan dia bagi cukup dan sempurna, cuma dia tak membantu dalam urusan rumah tangga.

Yang faham aku tu, terima kasih sangat rasa macam nak peluk cium saja sebab faham. Yang mengecam aku tu, aduhhh seronok ye korang.

Korang mesti dah kawin dan bahagia gila kan? Semoga perkahwinan korang kekal bahagia sampai bila-bila dan doakan aku jugak tau.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *