The Key is Religion

Assalamualaikum wbt :)

Aku ila. Cerita ni aku nak tunjukkan betapa pentingnya Islam dalam kehidupan kita -pelajaran, kerja, cinta and many more. Tapi aku bahagikan kepada tiga points ni.

PELAJARAN

Aku masa sekolah rendah boleh dikatakan jahil. Solat masih tak sempurna dan aku tak berapa sukakan guru sains dan english sbb aku rasa mereka pilih kasih. Aku jahil sampaikan dalam solat pun aku doa masa sujud verbally “Ya Allah bagi aku straight A upsr” budak budak masa tu, tk tahu apa lagi. Puasa pun tinggal banyak. Oh ye upsr aku 3A2B and guess what B tu english dgn sains. Aku sedih gila sbb aku nak sangat 5A. Form 1 aku pindah ke satu negeri ni (the most social state) aku masuk kelas pertama over 10 classes. Banyak gila class sekolah tu. Aku masih jahil lagi dalam ilmu agama. Solat masih main main sbb pengaruh environment masa tu sangat kuat. Last sekali ayah aku suruh pindah balik kampung semula sbb tgk anak dia teruk sgt dgn pakaian tk tutup aurat dengan sempurna. Suka hati pakai tudung tapi lengan pendek. Masuk form 2, aku sekolah di sekolah akak aku. Better. Dekat dengan mak aku. Aku masih jahil tapi improve. Aku menjadi pelajar cemerlang secara tiba tiba (my turning point) jadi pelajar cemerlang. Aku jadi pelajar pertama dalam batch aku sampai form 3.

Walaupun aku masih nakal, baju ketat, tudung sekolah masih pendek (tapi labuh lah kalau dekat sekolah tu) tapi aku selalu berdoa supaya jadi anak solehah, wanita solehah dan hamba Allah yg solehah. Aku ada seorang teacher yg bertudung labuh. Aku sayang sangat dia. Dia tak pernah tegur cara aku secara kasar. Dia berdakwah secara lembut, dgn kasih sayang. Aku terlalu sayangkan dia. Alhamdulillah dgn berkawan dengan teacher tersebut, aku makin mengenali agama. Lepastu, pmr aku Alhamdulillah straight As dan aku dapat masuk sbp. Sbp tu sbp yg religious sikit. Kebanyakannya bertudng labuh dan ketika itu tudung aku lah tudung paling pendek. Waktu form 4, aku masih bertudng pendek. Aku selalu dalam batch dapat 20 (belas2). Batch aku ada seratus lebih. Lepas asyik kena tegur dan ditarbiah oleh bestfriend aku, aku berikrar dan berijtihad utk menjadi lebih baik kerana Allah. Naik form5, aku labuhkan tudng ku, pakai handsock, stokin tak tinggal, pakai baju besar, amalkan tahajjud dan dhuha setiap hari.

Alhamdulillah, tak aku sangka, dari top 20, masa trial spm,aku di top 5. Spm aku juga Alhamdulillah cemerlang. Aku masuk iium. Course aku course yg tough. Aku makin keliru antara belajar dan agama. Makin besar, pandangan agama sangat mencabar dan berbeza. Kdg kdg aku kedekut masa ku dengan Allah, aku pentingkan study. Aku diuji. Apabila aku banyak membuat aktiviti keagamaan spt berusrah etc, result asasi aku hanya 3.67-3.75. Namun, bila aku hanya fokus kepada pelajaran, result aku 4.00. Sangat teruji. Tapi aku dapat rasakan tak berkat result tu sbb aku masih rasa tk bersyukur. Kemudian, Alhamdulillah aku dapat degree dalam course aku. First sem aku daat deanlist. Second sem sangat mencabar. Dengan jadual yg padat, kerja, csr, dan aku merupakan committee satu persatuan ni. Tapi second sem aku mendekatkan diri dgn Allah. Sangat susah nak berkorban utk agama over study. Cth,esok aku final. Malam kena terawih. Ada org dia akan berkira.

Tapi masa tu,aku kuatkan diri utk Allah. Ramadhan datang sekali je setahun. Walaupun sunat, aku tak nak tinggal satu malam pun utk terawih. Rezeki result tu Allah yg punya. Jadi aku berdoa dan tawakkal moga Allah sempatkan aku study dan dapat jawab dengan terbaik. Alhamdulillah, aku tak dapat deanlist sem ni tapi aku tk merungut. Aku terima dgn tenang. Ye tenang. Berbanding sem 1, walaupun deanlist. Aku tak bersyukur. Merungut. Tapi apa apa pun, aku masih kena buat yg terbaik utk next sem. Kena perbetulkan apa yg salah dan kurang. Point aku is apa yg paling kita ingini ialah ketenangan dan kesyukuran. Ada org kaya bertingkat tingkat rumah, masih tak tenang dan bahagia. Ada org rumah sederhana je, tapi sangat bahagia dan tenang hatinya. So macam mana nak tenang dan dapat berkat? The key is -Religion

KERJA

Aku bukanlah bekerja tetap. Aku seorang guru persendirian. Gaji aku bukanlah banyak. Tapi aku sedekahkan agar ilmu tu jadi ilmu yg bermanfaat utk anak anak murid aku. Ramai yg tanya kenapa tak kerja kilang je kalau nak duit. Aku sendiri terfikir tak sibuk ke aku annti dengan study lagi. Tapi bila aku fikir balik, anak anak murid aku tu sangat memerlukan pertolongan dan perasaan bila mereka berjaya tu tak dapat ditafsirkan. Plus, semoga ilmu tu merupakan ilmu yg berguna dan menjadi bekalan yg takkan putus untukku bila aku dah tiada nanti. Banyak juga ujian semasa aku bekerja. Nak kena hadapi seorang pelajar yg tak tentu emosinya. Bila jadi keadaan mcm ni, aku doa dalam hati supaya Allah lembut kan hatinya utk belajar dan Alhamdulillah budak tu semangat nak belajar dan tunjukkan prestasi yg baik. Kita rasa susah sangat nak hadapi sesuatu tapi percayalah Allah yg mentakdirkn semua tu dan mintalah pertolongan daripada dia.

CINTA

Aku ni pernah bercinta waktu spm dan lepas spm. Ingat tak masa spm aku dah berubah? Aku jaga iktilat ku. Ye aku sukakan lelaki tu. Dia nakal tapi bila disiasat rupanya dia baik dan bukan lah teruk sgt. Cuma dia suka mencarut dan kenakan perempuan. Bila aku tahu dia sukakan aku, aku rasa benda yg aku buat tu salah. Aku tak nak couple aku tak nak buat benda berdosa. So aku tanya guru2 dan rakan2 punya pendapat. Aku istikharah. Tapi aku masa tu jahil tak reti nak kenal pasti petunjuk dari solat istikharah ku. Aku makin leka. Leka dengan cinta lelaki tu. Aku yg mengharapkan dia utk berubah jadi baik, tapi aku pula yg tersungkur. Aku berdosa. Wsapp dan call tanpa batas. Layankan nafsu dan syaitan. Jadi clingy dan jealous tak tentu pasal. Semua tu akibat cinta yg Allah murka. Dia dah pun jumpa dengan parents aku utk eratkan lagi hubungan kami. Dia juga bawa aku jumpa sedara mara dan family dia. Selepas beberapa thun kami menjalinkan hubungan, kami diuji, dia ditimpa masalah. Cgpa dia tak bagus walaupun aku bertungkus lumus bantu dia. Aku selalunya akan habiskan study cepat lepastu spend masa utk ajar dia pula.

Ada je subject yg dia cemerlang. Tapi overall final cgpa teruk juga. Tapi dia masih dpt course yg dia nak. Aku ni memang sayangkan dia sangat. Aku tk pernah bayangkan yg aku akan kahwin dgn org lain selain dia. Macam macam aku buat utk dia (bayarkan kereta dia sikit, belanja dia setiap bulan masa aku kerja, tolong jawab quiz dia, siapkan some of assignment dia and banyaklah) dia pun berkorban juga utk aku tapi akhirnya dia curang. Dia ada perempuan lain dan tinggalkan aku mcm tu je. Aku dapat tahu dia curang dari classmate lelaki dia. Bukan dia yg bgtahu aku. Dia? Tinggalkan aku mcm tu tanpa alasan apa apa. Bila aku dapat tahu yg dia curang, aku redha. Walaupun sedih depress smpai rasa nak bunuh diri sbb masatu aku agungkan cinta dia, tapi mana Allah di hati aku? Aku sedih sgt sbb rasa hina sgt diri ni. Lama aku nak move on. Tapi aku fikir nilah jalan yg terbaik. Lelaki tu pun makin lama makin pelik perangai. Selama dengan aku, sikit pun tak pernah mencarut. Sekarang suka hati dia je nak mencarut dekat mana mana. Aku tak nak describe gf dia macam mana sbb tak baik judge org. Tapi apa yg aku doakan semoga kita semua sama sama di jalan Allah.

Selepas beberapa lama aku bersabar dan redha denga ketentuan Allah, Allah hadirkan sebuah hati yg aku tak dapat tafsirkan betapa aku bersyukur memiliki hati itu. Hati ini dimiliki oleh lelaki yg insyaAllah soleh orangnya. Aku panggil dia buah hati (BH). Sepanjang proses aku sedih move on etc, aku consult dengan lecturers aku, lecturer aku banyak ceritakan pengalaman mereka sendiri. Ada satu doa yg aku ingin kongsikan disini oleh lecturer aku. Dari sekolah dia berdoa “Ya Allah semoga Kau kurniakan aku bakal suami yg Setia lagi soleh..” dia cakap, lelaki soleh ni ramai tapi tak semuanya setia. Nak cari lelaki yg setia ni susah sangat. Alhamdulillah suami dia mmg setia. Jadi aku pun amalkan dalam doaku. BH ni sepanjang hidupnya dia tak pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Dia ada pengalamannya dengan perempuan yg membuatkan dia membenci perempuan.

Ada perempuan yg bertudnug labuh tapi bercakap benda tak baik, bertudnung labuh tapi perangai tak serupa perwatakan. Jadi, dia jadi benci dgn perempuan. In fact, aku yg tegur/approach dia dulu. First time jumpa dia masa aku buat part time. Baik org nya (perbualannya penuh berbekalkan nasihat). Masa tu dia customer aku. Setahun aku cari dia dan rasa nak berhenti cari sbb tak jumpa jumpa. Masa aku masuk degree, aku berhenti cari dia tapi ada satu moment yg gerakkan aku utk buat istikharah. Selepas tu, aku tergerak hati utk cari dia semula. Hebat kuasa istikharah. Aku jumpa walaupun dia memakai nama samaran di social med. Ye aku sukakan dia. Dia perwatakan yg aku mahu dan doakan (tapi dengan harapan Allah bagi petunjuk yg benar). Kali ni, aku mahu ikut cara Islam yg sbenar.

Aku tak mahu buat kesilapan yg sama dan dapat balasan yg menyakitkan lagi kerana melanggar hukum Allah. Aku siasat latar belakangnya melalui rakannya. Rakannya ada bertanya niat sebenar aku mencari BH, aku jujur dengan rakannya itu. Lalu aku beranikan diri utk tegur BH berkenaan hal sewaktu dia jadi customer aku dulu. Aku saje berbasa basi mcm “lama juga ye nak jumpa akaun awk. Susah betul nak cari. Agak dtermine lah kan” lepastu dia reply, “patutnya determine buat kebaikan dkt dgn Allah, not me” Deep. Tapi saya suka dan puji cara dia kasar dgn perempuan stranger. Maksudnya dia menjaga. dua hari lepastu, ada org dm saya (terkejut juga lah) rupanya dia. Guess what? Rakan dia tu ss conversation kami dan send dekat dia. Jadi dia pun tahu yg saya suka dekat dia rupanya. “Do you still like me up until now?

I want to apologize if i mistreated you. This is my phone no kalau awk maafkan saya. Kalau awk sudi, we will share some great advices” katanya. Aku pun jadi pelik, aik whats that mean? So i give myself some time and aku contact dia. Apa yg dapat aku cakap, Alhamdulillah dia baik. Jaga pergaulan. Jaga border antara lelaki dan perempuan. Kami contact tapi kami akan adakan waktu tertentu utk kami contact. Cth, dua bulan sekali. Tapi waktu smester, dia mmg takkan ganggu. Pada mulanya kami berkawan je. Tapi aku pelik bila dia start tolong aku. Dengar satu masalah aku masa aku depress teruk. Aku breakout. Breakout teruk sampai kena tegur dengan lecturer smpai satu kelas dengar. Aku sabar je masa tu. Muka aku memang tgh merah dan mengelupas and penuh dgn acne. Aku terlanggar deal utk tak contact while in semester sbb aku dah tak tahan dgn breakout aku.

Setahun dah mcm ni and getting worse. aku menangis dalam solat and lepas solat aku try call mak aku, tak berjaya. Try reach bestfriend juga tak berjaya. Lastly, aku wsapp dia dan cerita masalah aku. Dia masa tu risau sangat. Sampaikan esoknya dia dtg nak tgk keadaan aku, so dia mmg dtg. Aku mmg takde confident langsung, dgn malunya muka macam ni but guess what? dia layan aku dgn baik dan buat aku ceria sikit supaya aku tak sedih dah. Aku dah redha kalau dia tak boleh terima aku, maksudnya he isnt the right one lah. Tapi aku bersyukur dia layan aku dgn baik bagi kata kata semngat etc. Terharu sangat. Then a month after, aku ni senget pergi hantar gambar performance aku dan kawan2 masa tu dekat dia. Hmm padan muka aku dapat kaunseling free. Niat aku nak share the happiness je sbb performance tu gempak.

Tapi dia cakap, “dont try to reach me for no great reason. We agreed with our deal to chat after end of ur semester. Dont play with heart. It is dangerous. We are still friend, right?” Aku rasa bersalah tu mmg lah bersalah. Betul apa dia cakap. Tapi ayat dia buat aku keliru, are we just friend? Aku drkat seminggu lebih terfikir, mintak maaf balik dengan Allah, tgk ceramah2 antaranya mufti menk, and last sekali aku pi consult dengan lecturer aku. This one lecturer ni pun baik. Dia pun cerita pebgalaman dia. She said that lelaki ni boleh buat kebaikan yang sama dengan 10 org wanita yg berlainan sbb sifat mereka naturally baik dgn wanita. So she suggested me utk merisik. Macam saidatina khadijah buat. So aku pun merisik melalui kawan BH yg awal awal tadi tu. I asked him utk tanya BH apa perasaan dia sebenarnya, serius ke tak etc. Then tetiba malam tu, BH wsapp utk jauhkan diri. Aku sekali lagi, redha.

Allah sebaik baik Penentu. Tapi aku ceritakan kepada dia regarding consultation aku dengan lecturer aku. Keesokan pagi dia ws aku cakap yg dia sebenarnya ada perasaan dekat aku. Tapi dia takutkan kehilangan dan masalah dalam hubungan. Dia takut kalau aku lalai and one of the biggest reason dia bukan dalam berkemampuan dalam mendirikan rumah tangga. Ye dia baru je nak bina career dia. Then dia mintak aku second chance and decided utk consult dengan mak dia. Alhamdulillah sekarang kami mengenali family masing masing. kami masih menjaga hubungan seperti biasa, tak contact walaupun susah nak resist the temptation tu tapi dia selalu nasihat “tak manis selalu contact except suami isteri yg sah” thanks BH sbb awak jaga. Aku sayang mak dia.

Mak dia baik and perangai dia dgn mak dia adalah lebih kurang sikit2. Dia first time jumpa mak aku, terus sayang mak aku. cepat betul! Katanya mak aku senang paham dia. Mak aku pun suka sangat dia tu. Aku susah nak tgk mak berbual rancak tapi dengan BH, seronok pulak dia. Alhamdulillah. Satu tips dari mufti menk, istikharah ni result dia dari doa istikharah tu sendiri. kalau rasa urusan kita dipermudahkan, fikir lah jawapannya. Kalau rasa dalam hubungan, kita bermaksiat etc, terang2 Allah bagi petunjuk. Istikharah aku dengan lelaki sewaktu di sekolah tu, dah diberi petunjuk sebenarnya melalui call etc tapi aku jahil. Tapi setiap kejadian, ada hikmahnya. Aku belajar banyak benda.

Berdoalah agar Allah jaga hati kita, lindungi kita dari maksiat, dan supaya kita tak mencemari cinta kita sendiri dengan dosa kita. Cinta fitrahnya suci tapi kita yg cemarkan dengan maksiat. Ingatlah kebahagiaan ketenangan tu datang dari berkat Allah. Kalau kita punya hubungan tak diberkati, bahagia yg kita dapat hanya sementara. Kerana apa? Cinta berlandaskan nafsu, mengetepikan Allah tu rasanya kosong dan membosankan. Tapi yg diberkati, pasti Allah hadirkan rasa sayang yg membuatkan kita bersyukur tak terhingga. Apa yg aku inginkan dari BH agar membetulkan niatnya utk memperisterikan aku. Beribadah bersama sama dan membina sebuah baitul muslim yg kukuh pada suatu hari nanti. Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu. Assalamualaikum :)

– Qurratu A’yun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *