Salam. Terima kasih kepada admin jika confession saya dipublishkan. Mari aku perkenalkan diri dulu. Nama aku mimi, umur aku 24 tahun dan sedang berada di semester akhir pengajian di peringkat ijazah. InsyaAllah engineer to be, mohon doa daripada kalian.
Cerita aku start dari zaman diploma dulu. Biasalah time diploma buat final year project (FYP) kena berdua. Then dah alang2 aku rapat dengan sorang ni nama dia Intan(bukan nama sebenar) so kitorang deal nak satu group. Aku betul2 tak sangka itu adalah permulaan langkah yang silap. Kitorang diberi masa 1 sem untuk siapkan FYP kitorang, tentulah masing2 gelabah sebab masa yang diberi terlalu singkat.
Jadi Intan bagi cadangan yang dia buat prototype then aku buat report. Okey fine. Then aku rujuk kawan aku yang lain untuk tahu format dan sebagainya untuk dimasukkan kat dalam report. Tengah sebok2 tu Intan kol aku suruh aku buat prototaip pulak, aku cakaplah tengah dok sebok buat report. Dia punya melenting Ya Allah sampai dicarutkan aku. Sumpah aku cakap, prototaip tu sangat senang. Just buat kotak, then gam2 just it. Nenek kesayangan aku pon boleh buat. Sebab coding, schematic diagram dan operational program 95% aku buat. Tahu tak coding tu susah nya ya amatttt.. Mana aku tak bengang bila dia dah suruh aku buat jugak pasal prototaip.
Aku tahu mesti korang cakap kenapa aku lurus kan? Jujur aku lurus time tu, sebab aku bergantung sangat dengan dia dari segi transport untuk ke kelas beb. Dalam kelas aku dan dia je yang duduk luar, classmate girl yang lain duduk dalam asrama. Sebabtu bila bergaduh, aku sebolehnya nak settle cepat and aku yang mengalah. Kalau bergaduh terus masak lah siapa nak hantar aku pergi kelas. Hahaha. Okey balik cerita tadi dia dah pung pang pung kat aku, then aku akur. Aku tolong lah jugak buat.
Dah siap semua and tiba masa untuk present Alhamdulillah kami dapat pengiktirafan best project dari Universiti Awam yang lain sebab waktu tu panel Universiti lain pon hadir. After 2 weeks present our project adalah masa submit report. And seriously, aku betul2 fikir dia yang akan buat report tu sebab aku dah buat prototaip plus coding. Rupanya hancusss.. Dia tetap nak aku yang buat. Then aku berkeras tapi dia mendesak. Lagi makian dan cacian yang aku dapat dari dia. Waktu tu aku tak bergantung dengan dia lagi sebab aku tumpang duduk asrama member baik aku dan kalau aku nak ambil baju dan barang mandi pon bakal tunang aku tolong hantar aku ulang alik asrama ke rumah sewa. Dia pon sama U dengan aku tapi berlainan kos, jadi jadual kami memang lain. Sebabtu aku takde mintak tolong hantar ke kelas. Kalau korang baca, aku betul2 hutang budi kat korang. Tak ada korang waktu tu, tak tahu la aku nak kemana.
Okey pasal report tu Aku tak lepas tangan wei, aku still balik rumah sewa nak buat report sama2 dengan dia. Tapi dia takde kat rumah, aku tak tahu dia ke mana mungkin nak elak daripada jumpa aku. Then after beberapa hari before result exam keluar, ada someone bagitahu aku yang Intan pergi jumpa Supervisor FYP kitorang untuk GAGALKAN aku. Alhamdulillah Allah selamatkan aku, dan Supervisor aku tak termakan dengan hasutan dia malah dia tanya kepada Intan macam ni ‘ Saya tengok mimi yang selalu buat kerja, saya nampak effort dia dan tiada alasan kukih untuk saya gagalkan dia’. Then Intan keluar dari bilik tu. Dari mana aku tahu? Dari anak emas Supervisor aku lah, kebetulan dia ada dalam bilik tu.
Sekarang aku sedang menunggu hari2 untuk habiskan pengajian, tiba2 teringat kisah 3 tahun lepas. Menitik airmata ni. Aku pesan kat semua adik2 yang tengah dan mahu sambung belaja, jangan lah kamu bergantung 100% pada kawan. Disebabkan pergantungan tu mesti korang akan akur je dengan apa yang disuruh oleh orang lain. Hidup dalam dunia belajar ni memang mencabar. Cuba lah untuk jadi diri sendiri walaupun sebenarnya aku sendiri belum cukup kuat untuk itu. Terima kasih membaca.
– Mimi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit