This Is How To Move On From Your Partner

Assalamualaikum semua.

Setelah gigih aku membaca komen korang satu persatu, ditambah pulak asyik tak sihat menjelang saat-saat akhir nak beranak ni, maka niat nak berkongsi pengalaman time dicurangi satu ketika dulu selalu terbantut, disamping yelah kau tahulah kerja sbg pendidik di Universiti ni memang mencabar. Tercabar kewibawaan aku nak mengajar anak2 bijak sekarang ni, tak masuk publication, research dsb aduiduidui, tak masuk lagi bab Bos dah bising aku tak sambung-sambung PhD. Eh, tak whininglah. Bagitahu je.

Sebelum aku berkongsi pengalaman aku, suka untuk aku bagitahu yang aku pun tak pasal jadi sakit hati jugak bila baca komen ada yg cakap sedang sakit kena tipu dengan boyfriend/girlfriend dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa, yang kita ni sangatlah lemah, hati kita ni sangatlah mudah berbolak-balik. Kita mungkin boleh memaafkan, tapi susahnya nak lupakan. Sampai sekarang, aku dah kawen, anak nak masuk dua, aku tetap ingat betapa sakitnya benda yang pernah berlaku ni. Jadi, kepada yang sedang mengharungi, layan je guys. Sebab sampai bila boleh lupa, aku pun tak tahu. Gitulah.

So, berbalik kepada tajuk. First and foremost, kau kena ingat yang bila kena tinggal dengan someone yang kau sayang, ini bukanlah the end of the world. You just need some (or maybe more than just some) times for you to recover and move on. Ini nak bagitahu jugak kpd yang sedang masyuk bercinta, berkasih i love you,you love me, hashtag till jannah semua tu, time tengah syok ni, JANGAN NAK SAYANG SANGAT SAMPAI JADI BUTA, SERAHKAN SEGALANYA HARTA DAN NYAWA, APETAH LAGI BODY DAN APE2 LAGILAH selagi belum halal ye. Sebab, kalau dah buat yg mcm aku caps-lock tu, mungkin kalau nanti takde jodoh (mudah-mudahan berjodoh betul sehingga ke Jannah), lagi susah kau nak move on, lagi susah nak bangkit, lagi susah nak recover. Sebab dosa-dosa tu akan menghantui kau. Aku yang asyik dok ke Kepulauan Borneo setahun 2-3 kali tu pon aku rasa menyesal sampai sekarang rasa mcm hoi gila gatal diriku ini. So ni selit sikitlah.. nasihat pada korang. Selagi lom halal, bertenang je. Dan bagi yang sedang melalui fasa baru kena tinggal ni, bear in mind yang: this too shall pass. Percaya sesungguhnya, korang masih hidup, masih kena makan, kena minum dan masih ada keluarga Mak Ayah yang sayang korang.

Ye, baliklah kepada Mak Ayah korang. Aku rasa apa je yang berlaku dalam life aku ni, berkat Mak Ayah aku yang doakan aku setiap hari. Oh ye, aku tak perlu cakaplah ye pasal kena solat, mengadu kat Allah, mengaji, istikharah dsb (dsb ni dan sebagainya. nanti ada yg tanya wp tu apa pulak. wp tu walaupun k bai). Sebab benda ni, relationship hamba dengan Tuhannya ini memang sangatlah basic. Kau happy ke, kau sakit ke, kau sihat ke, kau sedih ke, kau memang kena buat semua ni. WAJIB. Bukan time kena tinggal partner je baru kau hegeh2 nak jaga solat, nak mengaji, nak doa panjang2. So aku skip bab hubungan hamba dengan Tuhannya ini ya. Ini mmg tanggungjawab ultimate kau. Dan memang kena jaga. Aku memang sampai sekarang sangat rapat dengan family aku, dan memang semua aku share esp dgn mak aku. So, kekuatan dan kemudahan untuk aku bangun time tu memang aku rasa datangnya dari berkat doa Mak Ayah aku. Fix your relationship with your family. After all, bagi aku lah.. family je lah yg kau ada bila everyone else turn their backs on you. So jaga diorang betul2. Bagi yang cakap, eh hebohnya kena tinggal boyfriend je pon ape kecoh sangat. Penerimaan setiap orang berbeza, begitu juga harapan, impian, kekuatan, surrounding, dsb. For me, this thing give quite a big impact on my life pada waktu tu. Tapi kalau bagi kau, this is not even a deal, Alhamdulillah. Syukur yang kau tak perlu jalan guna kasut aku. Gitulah kalau translate ke Bahasa Melayu. hehe.

Sebenarnya dari fasa penerimaan nak ke fasa recovering, memang susah dan payah dan kat sini ramai orang lagi hanyut. Kau nak menerima hakikat yang si dia is not with you anymore, worse, ada pulak perempuan/laki lain. Menangislah kalau rasa ia membantu. Tapi, kau kena ingat jugaklah.. sampai bila nak menangis? Asingkanlah diri, kalau rasa itu membantu. Again, sampai bila? Maksud aku, time ni, memang ko rasa lemah sangat, sakit sangat, semualah yang negatif, tapi kau nak benda tu mcm tu sampai bila? Takkan sampai bila-bila kan? So untuk melepasi fasa penerimaan ni, kau sendiri memang kena pull yourself out dari benda-benda ni. Seingat aku, sungguhpun aku melayan rasa sakit ni dengan penerimaan yg mcm mendera diri sendiri (nangis, tak makan, tidur je) ni, deep down aku tahu, this is not right. Aku aware, aku tahu, dan memang betul pun, cara aku ni memang salah. But I am giving time to myself.. Aku tahu aku akan get up one day. So aku rasa, korang pun kena mcm tu. Korang yang kena stopkan sendiri benda ni. Korang yang kena kentalkan hati sekental2nya. Kena!Orang lain boleh bagi advice je, kau jugak yang kena recover sendiri. InsyaAllah lepas kau dah melalui fasa penerimaan, the next steps will be easier.

Ok, sambung. Lepas baiki hubungan kau dengan family kau, kau juga perlu occupied yourself with something useful. Tak semestinya kena g lepak mamak dengan kawan kau setiap malam. Tapi kalau boleh, jangan duduk sorang-sorang, gelap-gelap pulak tu. Memang syaitan suka. Time aku tengah down ni, aku pun pada awalnya took a wrong step. Aku dok bilik sorang-sorang, aku tak g class. Aku mengalami masalah tidur, aku cuma baring je, tak boleh tidur pun, aku suka pejam mata dan fikir entah apa-apa. Pastu bila dah pagi, aku rasa tak nak bukak mata, aku lebih selesa ‘tidur’, seolah-olah aku rasa selamat dalam pemikiran aku sendiri. Aku dengar lagu-lagu putus cinta The Script semua tu. Ini serius, dan ini juga adalah tanda-tanda awal depresi. Aku tak makan, aku cuma survive dengan minum air putih. I got dehydrated, UTI, cirit birit, dan merasa jugaklah berat badan hilang 20kg in a very unhealthy way, in a short period of time. So, please. if you think sharing stories with you friends mengurangkan rasa sakit tu, just do it guys. Aku tak suka share sangat dengan kawan-kawan, so aku banyak pendam, diam, and for some time, memang aku hilang among my friends (sebab aku banyak share dgn family aku). So, apa yg aku buat sebenarnya to keep myself occupied? I did a whole lot of volunteer works. Like there was no weekend yang takde activity. In fact, malam2 pon aku g join bagi makan kat homeless. Entah, mungkin sebab ini sesuai dengan aku, so Alhamdulillah, by doing these things, aku memang cepat jugak recover. Ada yg cakap kat komen, life aku cam happening. Sebenarnya aku tak ramai sangat kawan time aku tgh ‘sakit’ ni. Aku g join volunteering works ni pun, aku g sorang, and make friends with other volunteers. Ni antara yang aku actively joined last time, some maybe dah tak active sekarang: TFTN – Teaching For The Needs, The EcoWarrior – ni best pi tanam pokok balak kat hutan-hutan, Reach Out Malaysia – ni bagi makan kat homeless, SUKA Society – ni untuk development of Orang Asli (Asal) kat Malaysia. Ni antaranyalah. Memang serius banyak gila aku join. Some memang aku join actively, ada yang join kadang-kadang. So, point aku adalah, do something. Jangan duduk sorang2 dalam bilik menangis. I mean, of course kau boleh menangis, tapi berpada-padalah. Kau kena terima yang orang dah tak suka kat kau. Takkan kau nak hegeh.

Lagi satu, time korang tengah down, sakit dsb, aku cadangkan kau fokus kepada pembangunan diri kau. Maksudnya, dah! Jangan fikir nak cari pengganti yang lebih baik ke, lagi hensem ke, nekad nak pegi langgar kereta orang ke, dengan harapan dapat laki hensem, tak payah. Sejujurnya, once aku dah okay sikit — okay sikit ni maksudnya aku dah tak nangis2, aku dah boleh tidur tanpa ubat tidur, aku dah mula makan balik, aku ambik peluang ni perbaiki diri aku. Just be someone better, untuk diri aku. Harapan aku, time tgh tak okay ni, korang tak payahlah nak buat status facebook kasihannya-diri-aku-ini-ditinggalkan-kekasih kind of status atau acah-acah I am a better woman now, so lelaki soleh, silalah pilih aku jadikan aku isterimu. Eh tak payah. Kau bukannya hidup dalam sosial media tu pon, attention siapa yang kau nak catch sebenarnya? Aku memang stop blogging, and facebook. Lama jugak, dan bagi aku, apa orang nak kata is not important. Apa yang paling penting pada waktu ini adalah, aku recover, dan aku move on. Setakat makcik pakcik jiran JKKK kampung tanya kau kenapa tak kawen-kawen lagi ni, tak yahlah korang stress sangat. Buat tak tahu je. Diorang pun tahu yang jodoh ni bukan kita yang kawal. Dorang saje je tu..

Kalau korang mengamati cerita aku yg lepas, aku single pada waktu kawan-kawan aku yg lain dah mempunyai satu hubungan yang stabil — ramai yg dah bertunang, berkahwin, dah ada anak pun ada. Tapi, time hujung2 nak masuk 3 series pulak kau tetiba single. Yakin je perancangan Allah terbaik guys. Pada waktu-waktu camni, kau surround yourself dengan benda-benda baik je. Buat benda baik, cakap yang baik-baik, niat yang baik-baik.. InsyaAllah yang baik-baik je datang kat kau. Dahlah baik, hensem pulak tu. Eh ni mcm cerita aku je. K gurau. Tak dinafikan, waktu ni ada jugak yang nak berkenal2.. tapi aku tak rasa nak get serious with anyone. Mungkin jugak rasa tak kuasa nak start everything all over again like: Hi. what’s your favourite color? Green? Ooo, mine is red. Gitu nak bagi contoh haha. Jgn niat nak jadi lebih baik supaya dapat boyfriend/girlfrend lebih baik. Mana nak tahu dia lebih baik? You will never know. Tu pentingnya kau jadikan dulu diri kau tu baik, sebab kau memang perlu jadi orang yg lebih baik. Untuk kau, bukan untuk orang lain.

Eh sebenarnya takdelah tips sangat pun kan. Apa yang aku cakap ni, semua orang pun tahu. So, bagi yang tengah melalui fasa-fasa sedih begini dalam hidup, layan je guys. Don’t rush things, don’t make yourself sound so pathetic, chin up, move on! The best is yet to come.

Sekian.

notakaki: Korang jangan ingat best sangat ye terlanggar kereta orang wp jodoh sendiri. Berapa malam aku tido tetiba tersedar secara terkejut rasa macam terlanggar kereta orang. So, jangan nak cuba-cuba. Tu baru langgar kelisa, ada yang kata nak p langgar Ferrari? Jangan buat pasal.

– Paris Hilton

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit